Followers

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN 1431 HIJRAH

Hari ni hari pertama semua Umat Islam berpuasa.

Salam 1 Ramadhan 1431 Hijrah.

Pagi tadi aku sempat bangun sahur..Bangun pukul 5 pagi,nak keluar cari makanan malas sangat..so bukak lah peti sejuk cari apa yang ada..Tengok ada Bihun sepeket so combine lah dengan Ayam dan sedikit sayur dalam peti-Jadi lah Bihun Sup buat Sahur..lawan pulak dengan air kacang soya yang ada balance setengah gelas lagi..Then pukul 5.40am sebelum imsak balun air masak 500ml jer.Cukup kot nak tampung sampai berbuka karang.

Kali ni tahun keempat aku berpuasa sendirian.I mean,jauh dari keluarga dan sanak saudara terdekat.Kengkawan kat sini ramai lah yang ada..Tapi feeling tu tetap tak sama kalau dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga.Tapi macam orang cakap-Alah bisa tegal Biasa..Terlalu lama bersendirian kat sini buat aku dah jadi kebal.Aku dah tak kisah dah..Kadang aku rasa lagi baik sensorang macam ni..Bukan aku tak suka berteman,tapi mencari teman hidup sekarang bukan semudah yang di sangka..Banyak faktor yang perlu di ambil kira.

Persoalan tu aku simpan untuk hari kemudian.:)

Ramadhan kali ni aku terasa sedikit sayu.Bila mengenangkan amalan dan Tanggungjawab aku sebagai Hamba Tuhan buat aku jadi malu..Amat sedikit amalan yang aku lakukan jika di bandingkan dengan Rahmat dan kasih sayang Allah pada aku..Sesungguhnya DIA Maha Kaya dan Maha Memberi..Sebab itu Ramadhan kali ni aku harap dapat jadi titik permulaan untuk aku jadi Insan yang lebih bertaqwa..Aku harap Ramadhan kali ni aku dapat lalui dengan penuh makna..Banyak Fadhilat dan Hikmah di Bulan mulia ini,semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan Keberkatan.

Insya Allah.

Bulan Puasa ni aku ada sedikit azam.Azam di Bulan Ramadhan:

1-Aku tak nak tinggal sahur.Baginda Rasullulah(S.A.W) pernah bersabda pada setiap sahur itu ada keberkatannya maka hendak lah kita bersahur walaupun hanya dengan seteguk air.sesungguhnya Sahur itu lah yang membezakan Puasa Umat Islam dengan Puasa Yahudi dan Kristian.

2-Perbanyakkan amalan.Sekurangnya aku akan cuba untuk bersolat Tarawih sepanjang bulan ini..Sebab solat taraweh hanya muncul dalam Ramadhan..rasa rugi pulak kalau tak turut serta mencari Redha Allah..Quran pun kalau boleh aku nak khatam..satu juzuk satu hari.Insya Allah.Moga Allah memberi Pertolongan.

3-Makan dengan sederhana Waktu berbuka.Untuk tahun ni,aku tak nak jejakkan kaki dah ke mana mana Bzaar Ramadhan.sebab pengalaman lepas banyak mengajar aku.Makanan kat Bazaar Ramadhan memang tak berapa sedap.so dari aku cela makanan nanti baik aku tak payah beli terus.Berbuka dengan kurma dan air suam pun lagi baik..

4-Tetap melakukan aktiviti kecergasan-Bab ni macam payah sikit tapi aku akan cuba..Lepas Tarawih pun boleh berkardio apa..tak pun sebelum sahur.Sebelum berbuka puasa kang kalau duk berjoging silap silap pengsan..hehee..takpaa,aku akan cuba buat mana yang termampu.

Aku rasa 4 azam ni dah cukup untuk rangkumkan semua perkara yang aku perlu buat dalam Bulan Ramadhan ni..Doakan aku ya kawan-kawan..Semoga kita semua di beri Petunjuk dan Hidayah oleh Allah SWT.

Insya Allah..Jazakallohukhoir.

*Selamat berpuasa dan selamat beramal..Bulan puasa ni aku tetap akan Post gambar gambar makanan di Blog..jangan marah yer..Ujian semua tu.heheheee..

30 comments:

bspotgurl said...

Semoga hajat awak itu akan termakmul. Amin

Cik Wanie said...

Salam Ramadhan jugak buat kamoo,
mudahan2 hajat kamoo itu akn termakbul,

mmg pun adakalanya beli kat PARAM nie x semuanya sedap,
nampak je mcm sedap,
bila dah beli,
hurm....
tau2 sendiri lah kan,
lebih baik masak sendiri kat umah,

Apapun Selamat Berpuasa ok:)

kucingorengemok said...

sokong no3! hehe

selamat beramal :)

nikli said...

Bravo encik hajeem..

Salamat Barpuasa di seberang perai..
Aku balik mggu nih..

Sox skali nanti ok..?
Tau dak sox tuh apa..?

Bukan socks, or socks berlubang ok..!

mazddaud said...

azam yg bagus....InsyaAllah, kalau niat itu baik, Allah akan mudahkan...:-)

@xiM said...

BSPOTGURL,

Insya Allah..sama sama kita beramal ok..

@xiM said...

CIK WANIE,

selamat berpuasa buat Wanie dan Mama ok..semoga tabah menghadapi dugaan..

Teringat tahun lepas beli Nasi Kerabu Mentah..tu yang terus serik nak beli kat PARAM..

@xiM said...

KOG,

Nombor 3 tu azam ko jugak kan..tanak ke Param dah..haha

sama sama kita selamat beramal..:)

bluecrystaldude said...

Alhamdulillah. Selamat berpuasa ya bro! Hehe

@xiM said...

NIKLI,

Hang balekk minggu ni??rajin benor balik kampung..baguih laaa..:)

bila hang balik?Jumaat?kalau sempat boleh jaa nak SOX sekali..

SOX = sahur

betui kan?

@xiM said...

MAZDAUD,

hello there,long time no see you in Blog arena.haha

Insya Allah..selamat berpuasa Maz!

@xiM said...

HAAZIQ,

Selamat berpuasa untuk hang jugak!

Beruang Madu said...

Azimmmmm....

samalah azam kita... abang pun sama gak kecuali yang ke empat tu macam susah banget... cuma nasihat abang kalau bulan posa ni kardio tak digalakkan... nanti sugar dalam badan jatuh teruk... cuma lah wat senaman yg membentuk badan, errrr abang dah ajar kan dulu... kalau tak henjut jer dumbell tu... at least ada muscle kat lengan nanti balik raya... hahahaha

Ziana said...

Alhamdulillah..

thanks coz mengingati..
terasa juga diri nih jauh sgt ngan amalan2 tuh..
insyaAllah akan cuba perbaiki diri..

sesame lah kita ingat mengingati.. tegur menegur..
insyaAllah..

slamat sox sesame :)

sepul said...

sox is sahur atau sahoq. selamat berpuasa. fuhh bazar ramadhan fuhh

rasp said...

smoga tercapai semua azam u!
bab PARAM i agree sesangat...
kkdg pegi tak tak beli hehehehe
sekadar jamu mata je :D

angah sam said...

selamat berpuasa dari aku & sam :) insyaAllah, mesti bole nye mencapai azam tu.nak seribu daya kan?hehe..

Cik_daya said...

selamat menunaikan ibadah puasa

@xiM said...

ABANG BEAR,

sama ekk azam kita..haha..Ok lah tu..ambil yang jernih buang yang keruh..

kalau kardio dekat dekat nak berbuka ok jugak kot..leas kardio terus supply gula dalam badan waktu berbuka..:)

nak henjut jugak dumbell dalam rumah tu..kasi otot mantap sket..:p

@xiM said...

ZIANA,

ingat mengingati amalan mulia..

tengok lah nanti macam mana kalau mamat miri tuh sudi nak SOX sesama..biasa dia tu payah.duk ngan family jer kerjanya.

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

selamat selamat selamat..
Bazaar Ramadhan??tak mau dah pi..serik.haha

@xiM said...

RASP,

jangan jamu mata lebih lebih kang kering pahala puasa nanti..:p

@xiM said...

ANGAH SAM,

insya Allah..selamat menyambut Ramadhan buat korang berdua..rindu nak ketemu ntah bila lagi la boleh jumpa kan..

@xiM said...

CIK DAYA,

selamat menunaikan Ibadah Puasa juga buat CIK DAYA..:)

CAHAYA said...

selamat berpuasa Axim. ;)

xplorer said...

selamat berpuasa azim , btw i send you a friend request in FB

mummysyafie said...

selamat berpuasa azim..

insyallah..semoga tercapai semua azam azim tu

@xiM said...

CAHAYA,

selamat berpuasa to u too..

@xiM said...

XPLORER,

oredy approved your request..

Selamat berpuasa untuk ko sekeluarga ok..

@xiM said...

KAK NOR,

thanks Kak Nor!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails