Followers

Wednesday, August 25, 2010

MAJLIS IFTAR : HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS

Ini kisah Petang semalam.

Saya mendapat jemputan berbuka puasa di HOTEL SERI MALAYSIA KEPALA BATAS..jemputan ni dari stesen sendiri,bersama sama dengan organisasi lain yang kami selalu berurusan..nak build rappo lah kiranya ni.pihak DOE ,DOSH,Bomba dan Penyelamat antara Organisasi lain yang di jemput memeriahkan majlis berbuka puasa.

1

Bersama Rakan kerja yang turut serta

2

General Manager dan Senior Manager yang lain..Top management

3

Buffet Ramadhan di Hotel Seri Malaysia quite affordable harganya sorang satu kepala RM35..Tapi saya tak perlu lah bayar..Stesen yang bayar..nama pun invitation..Hajat di hati Ramadhan kali ni tak nak makan buffet buffet ni tapi Undangan takkan nak tolak..

4

masuk main entrance dah ada band main music..

5

Cumanya keadaan kat dalam ni macam a bit sempit dan menyukarkan nak lalu lalang..kalau pihak hotel boleh luaskan lagi kawasan tempat makan ni mesti lagi selesa..Pilihan makanan rasanya bersesuaian lah dengan harga RM35 satu kepala..banyak pilihan dan nampak menarik..

6

3 meja di peruntukkan untuk pihak kami

7

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardu Maghrib dan boleh berbuka puasa(7.30pm)..Saya lupa nak ambil kurma,ambil kuih kuih ni jer lah sebagai hidangan pembuka..Lamanya tak makan kuih buah melaka..

8

Then saya teruskan sessi makan dengan ambik Murtabak dan Roti John..Murtabak makan dengan Kuah Dalca,Roti john makan dengan sos kat dalam tu lah..Rasa Murtabak boleh tahan tapi macam banyak telur..

9

Ini ialah mee Kari Nyonya..tertarik dengan mee ni terus tak ambik nasik..walhal lauk pauk nasik bukan main banyak yang ada..Nasi pulak ada dua tiga jenis.ntah.tak bernafsu sangat tengok nafsu.maybe sebab nafsu dah jadi lemah setelah seharian berpuasa.(ehhh cop.saya ada ambik sepiring kueytiow goreng nak rasa sebab nampak menarik..tapi takder gambar.heheee)

10

Last sekali ambik buah sebagai pencuci mulut..kat buah ni tetiba terselit kuih seri muka dan agar agar apa ntah.hahaa..tu jer yang aku makan.Rasanya stesen silap pilih orang kot jemput saya makan buffet.Rugi sebab tak bedal puas puas.tapi saya rasa cukup lah kot..Makan banyak banyak sedap pun sejengkal jer kat leher.then takder rasa apa dah..:p

11

Selesai makan pi bersolat maghrib di Tingkat 1 then turun sambung balik sembang sembang kat meja..nasib boleh masuk balik tempat buffet ni.Ramai member duk sambung makan lagi..saya dah surrender..minum air suam boleh la.Lupa nak cakap seleksi makanan kat Hotel ni pun banayak juga..ada Kambing bakar,ada Roti John,ada Murtabak,ada booth ais kacang/Cendol,Ada mee Udang/Mee kari,ada bubur lambuk,ada sup tulang,Nasi ada dua jenis-Nasi Putih dan nasi Kurma berempah dengan pilihan lauk yang pelbagai,ada tempat kuih kuih dan ulam ulaman..Kira ok dan berpadanana dengan harga per person.

12

bersantai bersama colleagues dan our top management

13

Lebih kurang pukul 8.40 kami bersurai..Isyak masuk dalam pukul 8.44 kat area sini..so kalau nak balik ke kawasam Kuarters tak sempat nak berjemaah Isyak rasanya.So kami menuju ke Masjid AL-TAQWA kepala Batas dulu.Siap solat isyak dan bertaraweh kat sini.

14

Biasa kalau di Balai islam Tazkirah Ramadhan selepas Taraweh tapi kat sini sebelum solat taraweh ada tazkirah dulu.maybe sebab tak nak bagi orang balik dulu..Tapi ramainya lah penduduk datang masjid.Seronok tengok(tapi gambar kat atas ni lepas da siap taraweh 8 rakaat..tu yang orang dah takder.hehehe)..Cuma Ustaz yang bagi tazkirah agak kalut tak taw nak pi mana,duk cerita atas mimbar tu laju laju sampai aku tak sempat nak faham..Lain ustaz lain lah approachnya kan..

*Selesai Taraweh baru bergerak pulang..Malam 15 Ramadhan dah berlalu..separuh sudah Ramadhan kita tinggalkan..Teruskan berjuang dan beribadah sahabat-sahabatku!

9 comments:

kucingorengemok said...

sesungguhnya, ko dah improve sekarang, takde lagi "pinggan macam²" cam dulu tu ye, hehehe... syabas! ;)

@xiM said...

KOG,

'pinggan merepek' dah takder..heheheee..Syabas Bette!!

rasp said...

uish rasanya RM35 tu memang berbaloi2 dengan food yg dihidangkan....

rindunya akak nak dapat berterawih berjemaah kat masjid....
setahun dua insyaAllah dapat lah kot...

sepul said...

tahniah encik axim. teruskan usaha anda. sesungguhnya membazir itu amalan syaitonnirajim

Ted Hardy said...

nyums nyums!

mummysyafie said...

naper opismate azim macam arabian semua erkk..muka warak gitew..hihihi..

Faisal Admar said...

aku tengok ko sorang je muda?

Beruang Madu said...

Huiiiiii seleksi makanan dahsyat kemain... tu kalau kat tempat lain tu mau double harga tu... siap ad kamben bakar lagi...

Cik Wanie said...

uish murah tue,
hurm....

tahun nie x dptlah bawak mama berbuka kat luar atas sbb2 kesihatan:(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails