Followers

Friday, September 24, 2010

SAMBUTAN 2 SYAWAL 1431 HIRAH

2 Syawal 1431 Hijrah.

Keadaan pagi raya kedua macam tak berapa meriah.Sebab pagi pagi lagi Mak dan Ayah ke Hospital Besar Kemaman demi mematuhi Jadual Dialisis ayah..So tinggal lah kami beberapa kerat jer kat rumah..

1

Kak Ina ngan Adik Da serta suami masing masing dah siap siap nak balik rumah mertua..Kak Ina nak pi jenjalan kat Kelantan dengan Keluarga belah suaminya dan adik da balik ke Terengganu sebab nak beraya kat sana pulak..so tinggal lah kami beberapa kerat ni..

2

Masa ni aku tak mandi lagi..hantar diorang balik..

3

Plan nya hari raya kedua nak berjalan ke Kemaman..so semua bersiap siap kemas rumah makan pagi apa yang patut then aku,kak tie dan anak anak,Faiz dan Ami bergerak ke Kemaman,lepas ayah dah habis Dialisis kami beraya di Rumah kenalan mereka.

4

Kawan Ayah ni ada buat Open House..makan nasi Ala Kampung..syiok jugak.lama dah tak makan gulai Rambai ngan Ikan kering..

5

nasi kenduri ala kampung

6

Cuaca sangat lah panas masa ni..lepas balik dari makan kenduri,ayah balik rumah sebab penat sangat baru sudah habis Dialisis,Mak naik ikut kami berjalan jumpa tok sedara di Seberang Tyur..biasa Ayah tunjuk jalan kali ni kena cari jalan sendiri..tu pun puasa telefon ayah tanya direction..heheee..Cuaca di seberang Tayur sangatlah panas sampai aku takder mood nak ambik gambar.

7

Balik dari Kemaman semua rehat..aku tidur kejap bangun untuk sembahyang maghrib..Mak ayah dan adik beradik lain duk sibuk bukak hamper di Ruang Tamu.Hamper ni dapat masa majlis berbuka Puasa sedara mara yang aku tak dapat hadir..

8

Takder plan apa apa malam ni,so kami pakat pakat bersiap nak berjalan ke MESRA MALL KEMASEK..saja jalan jalan di hari raya

9

Ami sempat lagi bagi kucing kesayangannya makan Biskut

10

Sampai di Mesra Mall kami decide untuk makan aiskrim di Mesra Mall..saja makan ramai ramai..seronok bawak bebudak ni pun yer..Bila lagi nak jalan jalan kan..

11

Masa ni orang dah tak ramai sebab kedai dah nak tutup..

12

makan ringan ringan macam ni jer..

13

Kak Tie dan Mozarella Cheesenya

14

Mari menjilat aiskrim

15

aku dan kak tie

16

Happynya diorang makan aiskrim!

17

Sampai pintu dah hampir tutup macam ni baru kami keluar kedai..haha..nasib lah kan..Customer always Right

18

Bergambar lagi dan lagi sebelum balik rumah

19

Balik Rumah siap siap makan malam sebab belum dinner lagi..Lewat kami makan malam pukul 11..heheee..tapi makan di Ruang Tamu sebab ayah tak larat nak berjalan.lately kaki ayah semakin sakit dan semakin sukar untuk dia Bergerak..aku berdoa agar kaki ayah akan sembuh jugak suatu hari nanti..Kesian tengok ayah mengaduh kesakitan malam malam..

20

Sebelum terlupa ni Kek Lapis Orang Miri Sarawak yang bagi..Terima kasih pada kamu!!nanti raya tahun depan bagi lah lagi yer..hehee...sedap kek Ni..mana nak cari kat Terengganu..Dan begitu lah hari raya kedua aku di sambut dengan penuh sederhana.

Ok aku nak pi solat jumaat ni.

Chiaow.

8 comments:

Kaktiny said...

Salam Axim..
Salam Syawal..

pekena sekerim tgh2 malam.. layanzzz.... hihihihi...

sepul said...

sedap pulak nasik kenduri kampung tengah hari jumaat macam gini.

hebat kemaman. ada bege king. syabbashh!

@xiM said...

KAK TINY,

Salam kak tiny..salam syawal..

:)

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

jangan tak taw Burger king ni tak sampai sepuluh minit dari rumah aku..

Penang pun takder Beger King okeh!!
bukan setakat burger King ada kat sini,Secret Recipe,Starbuck,Big apple Donut,Roti Boy semua ada okeh..jangan men men..:p

sepul said...

cisss..
agak meninggi diri di situ ye!

@xiM said...

SEPUL,

yer..memang aku meninggi diri sangat..hehee..

Hebat tak kampung aku?Bowling yang sama macam dekat One Utam tu,U Bowl..wayang tak lama lagi nak bukak kat Pekan Kemasek yang kecil tu..TGV..makin rosak lah orang kampung aku nanti.huhu

rasp said...

tingin nak rasa gulai rambai ikan kering tu...
cam sedap je bunyinya....
smoga kaki ayah u cepat2 sembuh seperti sediakala...

Unknown said...

wah sempat lagi g mkn eskrem kat situ yer,
yg best tue sampai kedai tue nak tutup lah korang mkn yer,
hihihi...

kek lapis,
nyum nyum,
sedap nampaknya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails