Kembali bekerja seperti biasa.
Yang aku perasan bulan February ni banyak pulak cuti panjang since Tahun baru China hari tu lagi..Ok lah tu.Banyak sikit masa aku boleh spend dengan family..semalam baru sampai dari KL, dan hari ni masuk opis seperti biasa.Banyak kerja duk pending lagi tengah nak setelkan apa yang patut..Ada training Instrument baru sampai jugak untuk my staff..Dan tengahari tadi ada Fareweel Lunch untuk Eksekutif yang akan bertukar tempat kerja.Itu highlight untuk hari ini.
Farewell Lunch di organize oleh syajaie bertempat di Nurul Ikan Bakar, Batu Uban.This Restaurant actually cuma bukak malam sahaja..tapi atas special request they just open for us tengahari ni.Aku dah banyak kali juga singgah makan at This restaurant.rasa makanan yang tidak menghampakan.kalau time malam orang mesti ramai..tak pernah tak ramai..konsep dalam taman yang diketengahkan memang menarik perhatian orang ramai untuk datang berkunjung.Murah rejeki depa.
Sementara menanti ketibaan tetamu lain
Para jemputan adalah terdiri dairpada eksekutif sahaja..
Semua tetamu mengambil tempat duduk.satu meja 4 orang
Encik afzainizam menjadi pengacara majlis kali ini..setelah menyampaikan sepatah dua kata Ustaz Shafie dijemput untuk membacakan doa makan..dah lapar so kena lah makan dulu..Ucapan dari orang yang akan bertukar ke tempat kerja lepas makan nanti..
Selesai bacaan doa makan, Jom kita seraaannngggggg!!
Antara lauk pauk yang ada..
Sotong Goreng tepung
Masing masing Khusyuk menghadap makanan..ramai jugak yang dah bayar tapi tak datang so means to say makanan banyak lebih..satu meja 4 orang pun tak larat nak habiskan semua lauk yang banyak tu..aku just ratah lauk jer pun kenyang gila gila..Alhamdulillah rejeki dari Allah.Cuma nya tak best sebab our GM tak dapat bersama sekali masa ni.sambung terus cuti seminggu gamaknya.
Makanan yang telah licin dibedal
Overall rasa makanan di Nurul Ikan Bakar adalah sedap dan di rekemen untuk korang cuba lain kali..Sambal Ikan Bakar yang taruk sekali dengan Ikan ni masa bakar vey nice!Tomyamnya sangat sedap!Sotong Goreng Tepungnya biasa sahaja..Overall A aku rate this restaurant.(Markah berdasarkan rasa makananan,Kebersihan dan suasana kedai.).Suka hati aku lah nak rate camana pun kan.Tekak aku yang merasa.heheee
Selesai makan Tuan Haji Jamal selaku wakil Pengurus Besar Stesen menyampaikan sepatah dua kata..sempat Tuan Haji Jamal menyampaikan Ucapan Penghargaan kepada dua warga kerja yang bakal berpindah ke tempat Baru iaitu Haji Shukree akan ke SJ.Jana Manjung, dan Tajul Salman akan berpindah ke REMACO Kuala Lumpur..dua dua orang kuat PKPI dah hilang lah maknanya ni..
Yang belah kiri gambar TUAN HAJI SHUKREE..ni boss aku lah kiranya ni selepas Encik Megat..kami sama sama di bahagian Operasi stesen..dan dia seorang yang sangat Humble..masa mula mula dia datang stesen kami dia tumpang Rumah aku..Senior manager tumpang rumah aku..Haji Shukree ni walaupun pangkat dia tinggi, dia tak sombong..boleh buat macam kawan kawan di luar waktu kerja..time kerja kena strict lah kan..yang penting dia ni disenangi ramai..
Yang belah kanan gambar TAJUL SALMAN HASSAN.member baik aku since zaman mula mula masuk kerja kat sini..selalu keluar makan sekali dan sembang kat opis aku pun selalu..masa Tajul kahwin pun aku jugak menjadi pengapit dia..kira memang rapat di tempat kerja..and now dia dah nak pindah ke KL sebab naik pangkat..Cepat dia naik..Alhamdulillah.i'm happy for you bro!
Semua duk buat Khusyuk dengar Ucapan dari dua orang sahabat yang bakal berpindah
Tuan Haji Jamal menyampaikan sumbangan dari kami dan dari PKPI
Bergambar kenangan depan Restoran
Selamat maju jaya aku ucapkan kepada kalian berdua!semoga terus mengekalkan kecemerlangan dii tempat baru..Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang Tahu..Hanya Allah sahaja lah yang mengetahuinya..dua dua ni dapat naik pangkat..Tahniah sekali lagi aku ucapkan!!ada umur Insya Allah kita akan berjumpa lagi..Bertemu dan berpisah kita adalah atas Rahmat dan Kasih dari Allah..Aku mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita..
*Salah satu golongan manusia yang mendapat perlindungan Allah S.W.T di hari Akhirat ialah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T.apakah maksud kerana Allah??ianya bermaksud 1)Menyintai seseorang ikhlas kerana Allah tanpa ada apa-apa kepentingan.2) Menyintai seseorang tidak mengatasi cintanya kepada Allah, rasul dan kedua ibubapa. 3) Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syara’
1 comment:
ishhh tajul ni aku rasa mcm penah terserempak dgn dia.... ish kat mana ntahhhhhhhhhhhhhhhhh
Post a Comment