Followers

Friday, February 17, 2012

MY LIL SISTER IN KL & DINNER WITH OLD FRIENDS

Hari jumaat yang indah..

Indah la sebab aku dah cuti hari ni..sepatutnya traveling day sebab dua hari lepas ada course di GrandDorset Subang jaya..berkesempatan lah meluangkan masa lebih panjang di Hospital Kuala Lumpur bersama mak dan ayah..Aku pun tak sure berapa lama lagi ayah akan berada di wad HKL ni..dah nak masuk 3 bulan dah..Doakan lah untuk ayah saya ya agar dia dapat discharge secepat mungkin..Insya Allah.


Mak duk bercakap telefon ngan Kak Ija..Next week kak Ija akan balik  ke Malaysia..bestnya!!dah lama tak jumpa kak Ija..Harap harap di sihat sejahtera..kali ni Kak Ija akan balik for good..dia dah tak akan kke Mesir agi..dah habis pengajian di sana dan akan bekerja di sini..bakal lengkap lah kami sekeluarga 9 beradik nanti..seronok sangat ada keluarga besar macam ni..


And its even better sebab petang tadi lepas Jumaat Adik Da dan suaminya Zul baru sampai KL..bawak sekali cahaya mata baru mereka untuk ayah tengok..Diorang stay di Asia Hotel Chow Kit..Asia Hotel tu sekarang naanya City Villa..dulu masa kecik kecik bila ayah ada hal di KL hotel City Villa tu lah ayah akan stay sebab senang nak makan dan macam macam kemudahan ada..teringat kisah lalu la pulak..Banyak sangat kenangan indah dalam hidup kita ni kan..kenangan tak indah pun ada tapi eloklah kita jadikan pengajaran dan iktibar..


muka Solehah ni macam mak dia or ayah dia??


sejak Bahjatul Solehah lahir ayah masih tak berkesempatan nak tengok cucu barunya ni..Seronok lah dia dapat tengok solehah dengan mata kepala sendiri..sejak Solehah lahir ayah dah berada di HKL tu yang tak dapat nak tengok..Adik Da pulak baru jer habis pantang terus datang KL..mak bising la jugak takut dia masih tak sembuh sepenuhnya tapi aku kenal adik da ni macam mana.takdak pantang pantang punya semua main redah je..janji bahagia.apa apa je lah adikku..janji awak bahagia abang pun turut bahagia..


Actually malam ni aku plan nak jumpa Sally, Sam dan Angah..lama dah fantastic Four ni tak berjumpa so kebetuln Sally pun ada di KL esok baru balik Sarawak semula..Tapi tak ada rezeki nak jumpa sally since dia dah ada plan dengan member dia yang lain.Salah aku jugak lah sebab bagitahu lambat..Lain kali lah kita jumpa ya Sally..Insya Allah.Maka Plan asal diteruskan dengan aku, Sam dan Angah..


Mula mula plannya Sam nak ajak makan kat Restoran apa ntah aku tak ingat namanya tapi berhampiran dengan UM..last minit cancel dan makan di Old Town Waterfront Ampang..at least tak lah aku sesat barat nanti  nak cari jalan ke UKM sana..masing masing memang tengah kelaparan so order memang mengikut hawa nafsu sikit lah..


Nasi Lemak Angah yang Punya


Sam Order Laksa Penang..just so so rasanya


Aku makan Kuey Tiow Sup ni jer


Sosej yang dibaham bersama


Aku baru jer beli Blackberry Playbook..Beli dengan harga diskaun sikit lah dari seorang staff Celcom..kawan Shuk..aku memang dalam proses nak cari Tablet..tengh berfikir nak beli Ipad 2 or Galaxy Tab..Rasanya lebih berat pada Galaxy Tab.tetiba Shuk bagitau Kawan dia ada nak jual Playbook Blackberry dengan harga rendah dari pasaran Biasa..terus la aku berminat..lagipun memang aku pengguna Blackberry bold 9780 dan jugak Torch 9800..so boleh bridge connection untuk Internet ngan Playbook ni..sempoi jugak lah..aku suka saiz nya yang sangat handy..terpulang pada selera masing masing.


Last aku jumpa sam dan angah masa Mizuno Run di UPM bulan Januari yang lalu..tak ada lah lama sangat aku tak jumpa diorang.tapi rasa macam lama..tujuan sebenar memang nak jumpa sally sebab susah nak jumpa orang sarawak ni..tapi ye lah planning tak berapa cantik alih alih sally dah ada plan..tak ada rejeki lah tu maknanya.kalau tak mesti dia belanja kitorang malam ni.heheee


Irsyad siap dah tidor lena...Zzzzzzz


Sampai kedai makan tutup baru kitorang gerak..


Nice to meet you again Sam dan Angah!!Doakan lah supaya kita semua mendapat keberkatan hidup..Insya Allah..Irsyad daripada tidor sampai dah bangun dah..sorry bro kenaa keluar lewat lewaat malam macam ni..kesian kat budak Irsyad tu lah..angin malam mana elok kan..Thanks for your time!ada umur pasti kita akan berjumpa lagi.Insya Allah.

*Nak kena tidor awal ni esok akan ke Kota Kinabalu..just a short Trip to KK..aku nak buat white water rafting di sungai Padas..Jom!!!

1 comment:

sepul said...

hai sam hai angah hai irsyad hai azimashaary hai oldtown hai hai hai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails