Followers

Monday, February 6, 2012

KISAH BALIK KAMPUNG PART 5 : SANTAI PETANG @ PANTAI TELUK KETAPANG

Daripada rumah Adik Da,Kitorang tak terus balik ke Kemasek.

Ada misi nak di selesaikan. Misi yang telah sekian lama dipendam..kebetulan ada kesempatan untuk ke Kuala Terengganu maka misi akan terlaksana sebentar lagi.actually aku berhasrat untuk makan Ikan Udang dan Sotong celup di Pantai Teluk Ketapang.last sekali menyinggah makan masa Outstation ke Terengganu bulan April 2011..(Klik sini untuk cerita lalu).


Allah Peliharakan lah Terengganu..


Sampai di area Pantai Teluk Ketapang, kelihatan begitu ramai sekali manusia yang ada dengan berbagai bagai aktiviti..lupa pulak kan sebab cuti panjang sempena maulidur Rasul dan Cuti Thaipusam.Maka berpusu pusu lah orang balik kampung..Tengok kat Pantai ni ramai family yang duk ada..


Sampai di Kedai makan Ikan Celup tepung, kami singgah di Restoran ICT Pok Long..situ memang ramai sebab terbukti kesedapannya..last sekali aku makan masa outstation di Kenyir last year kat situ lah.tapi orang ramainya masya Allah.kena tunggu dua tiga jam kot baru dapat makanan..sebab kami kesuntukan masa (nak shoot balik ke KL pulak lepas ni.) so kami pindah ke Restoran sebelah yang sangat lah lengang..tengok menu semua sama macam kedai ICT Pok Long.so duduk je lah kat sini..Insya Allah kalau dah rezeki tak ke mana.


Keropok Lekor Goreng..Nyammm


Sotong Celup tepung


Ikan Pari Celup Tepung


Udang Celup Tepung.Kesimpulannya makanan di Restoran ni tak lah sesedap ICT Pok Long..Thats da reason why lah orang tak ramai..tapi sebab malas nak menunggu kira boleh lah..yang paling tak leh telan kat sini jemput jemput nya.Rasa macam mana ntah.Yang lain lain tu so so jer lah..Minyak banyakkkkkkk sangatttt..tapi dah dapat makan celup tepung macam ni kira ok lah..tak la teringat ingat bila dah balik ke Penang nanti.Apa apa pun kena syukur pada Allah atas rezeki yang diberi..


Nak di jadikan cerita.

Kebetulan time aku datang terengganu ni ada wedding seorang member zaman sekolah dulu.Wedding Rahman.dia ada jemput aku di FB dan aku jawab Maybe boleh join..tapi kekangan waktu menyebabkan aku tak dapat nak attend wedding dia di Kampung Kota Manir..masa makan di Pantai teluk Ketapang ni terserempak dengan Bakhtiar dan Izman, Roommate Rahman di Shah Alam sana..both of them runner as well tu yang boleh jadi kenal..First time jumpa Izman masa Mizuno Run January yang lalu..Ada rezeki pulak bertemu di Terengganu..:) Diorang pun singgah sini lepas balik dari attend Kenduri kahwin Rahman lah.


Nice to meet both of you!nanti ada umur kita jumpa lagik..


Dari Pantai teluk ketapang terus kami bergerak pulang..dalam perjalanan singgah beli jagung tepi jalan di area Merchang sebab Tok wan pesan..Sampai di Dungun singgah rumah Kak Ina untuk solat dan makan malam..Thanks kak Ina sebab goreng mee basah yang sedap!!Kemudian singgah di Kemasek untuk hantar Jagung kat Tok Wan dan drop adik mimi..yang meneruskan perjalanan ke KL ialah aku, Kak Tie, Faiz dan Abang Jalee sekeluarga.Nasib tak menyebelahi abang jalee anak dia demam so sebelum amsuk LPT dia dah patah balik untuk ke klinik.last sekali kami satu kereta sahaja lah ke KL( masa ni dah pukul 2 am..bergerak slow slow lah..mengantuk yang amat sebenarnya..)..Sampai KL jam 6 pagi..Berhenti tidur di RNR Temerloh dan hentian sebelah Gombak..Janji selamat sampai..Alhamdulillah.

Dan berakhirlah percutian singkat ke Kuala Terengganu sempena cuti panjang ( Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusam..).Kalau ikut memang letih but we have to do what we have to do.after all life is short right?Buat lah apa yang kita rasa nak buat asalkan tidak melanggar syariat islam..

1 comment:

sepul said...

dapnyaaa celup celop,. dapnyaaaaa. penah makan kat kedai depan laut otw ke airport tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails