Followers

Saturday, February 18, 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR ADIK DAH DI WAD AYAH, HOSPITAL KUALA LUMPUR


Ini ialah ikan Kukus yang digoreng.

Sebenarnya dari duu lagi family aku suka makan ikan kukus yang digoreng ni.tapi aku tak pernah ambik port.kalau ada aku makan tapi tak pernah terpikir pulak yang ikan kukus memang sedap.sekadar mkan sebab tengok orang lain makan.lately bila ayah duk suka makan kan kukus dan mintak nak makan ikan kukus sementara dia masih berada di hospital ni aku pulak jadi naik suka makan ikan kukus..Serius sedap beb!


Lauk paling sedap dalam dunia : Ikan singgang!!ni lauk kegemaran mak turun temurun.ada ikan singgangg memang kalah la lauk lain walaupun kari ayam kke kari daging ker dan yang sama waktu dengnnya..Cara nak buat ikan singgang sangat la mudah..letak semua bahan dalam satu mangkuk then rebus..kalau kat belah luar terengganu panggil ni asam rebus.Benda yang sama jer sebenarnya..


tak lengkap lah kalau makan ikan singgang tak ada Budu sebagai penyeri.walaupun budu ni busuk taapi ianya sedap!!kitorang siap makan buat macam kuah..orang lain makan buat cicah cicah shaja..bahaya jugakk kalau makan banyak banyak sebab rasanya yang sangat lah masin..


tudiaaaa siap berkampung dalam wad ayah..ada periuk nasik semua segala..lengkap..wad ni dah jadi macam rumah dah..Adk da la tu yang bawak peruk nasik dari Terengganu sebab nak memasak kat Hotel..senang.takyah la beli makanan kat luar..Aku rasa Nurse dan sekuriti kat HKL ni pun dah naik lali nak tegur kitorang sebab jenis tak makan saman.Nasib baik lah ayah dapat bilik untuk seorang so tak la ganggu orang lain.


Telur masin dan Timun mesti tidak di lupakan


To be frank lauk ni aku boleh tambah sampai 4 pingan.macam over kan tapi hakikatnya memang macam tu..Bila budu,Ikan Singgang dan Ikan Kukus bersatu dalam satu pinggan bersama nasik serta di taburi cili padi, maka ianya akan menghasilkan satu rasa yang aku pun tak reti nak eksplen macam mana.For me meal macam ni lagi sedap dari nsi beriyani,nasi bukhari mahupun nasi minyak..lidah orang kampung sangat kami ni kan..:)


Jom makan..ayah duk atas katil sensorang.level up skit.hehe


Ulangtahun kelahiran Adik Da pada 19 Januari yang lepas.sebulan yang lepas.Tapi ni jer masa yang sesuai untuk sambut hari lahir dia.even more special sebab dapat sambut skali ngan mak dan ayah, walaupun dalam wad..Kek Green Tea ni aku beli semalam kat Times Square..kecik jer.sekadar tanda ingatan..


Selamat Ulangtahun kelahiran adik ku sayang!semoga menjadi ibu mithali kepada dua puteri mu (setakat ni.dengar citer diorang rancang nak 9 orang anak..).semoga terus menadi isteri yang baik kepada suami..semoga beroleh keberkatan hidup dan semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah..Abang doakan kamu..Insya Allah.


Selesai makan pagi dan makan kek saja lah duk bergambar ngan ayah dalam wad ni..mak duk sibuk bungkus keropok keping sebab nak beri pada staff staff yang bertugas di HKL ni..lagipun bukan senang nak bergambar degan ayah sebb ayah bukan jenis suka bergambar.dulu kalau nak ambik gambar ngan ayah mesti dia tak berap nak.tapi sekarang tak kisah la dia sudi ker tak sudi tetap laah aku nak ambik gambar dengan ayah..sebagai tanda kenang kenangan..lagipun ini antara jalan cerita yang kami kena lalui dan hadapi, sebab tu aku keep this on my virtual diary (AXIMUD).nanti aku kana look back and read this entry, tersenyum dn akan menangis.


Dari HKL mak,kak tie, adik da dan Zul hantar aku ke LCCT sebab hari ni aku akan fly ke Kota Kinabalu..just a short break..3 hari dua malam.aku ambil cuti isnin ni..aku suka lah Kota Kinabalu.tak tahu kenapa.tapi rasa macam kalau pi tiap tiap tahun pun aku tak kisah..Thanks pada semua yang menghantar aku!!

*to be continued.

2 comments:

fendifid said...

Lauk kampung memang the best...esp air tangan keluarga. Sometimes, simple is nice.

sepul said...

sebenarnya lauk pauk yang anda sajikan sangat menguji kesabaran dan ketahan mental. hanya insan yang mempunyai hati waja sahaja mampu menahan godaan seperti yang disajikan ini. namun begitu kita sebagai insan harus saling hormat menghormati di antara satu sama lain. semoga anda terus berjaya dan berjaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails