Followers

Monday, February 6, 2012

HERE I AM, BACK IN HKL AGAIN : BREAKFAST WITH AYAH & MAK

Alhamdulillah selamat sampai KL jam 6 am tadi.

Terus ke rumah Kak Tie untuk mandi dan bersiap siap untuk ke Hospital Kuala Lumpur Semula..Aku dan Faiz berdua sahaja dulu ke HKL pagi ni sebab Kak Tie nak rehat dan ada beberapa perkara yang nak diselesaikan.dari rumah Kak tie aku cari sarapan pagi di Kampung bharu..tujuan sebenar nak jugak bawak Ikan Kukus Goreng yang ayah teringin tu..tak lah dia menunggu lama sangat..


Singgah bungkus Nasi Lemak di Warung Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Bharu



Bila telefon ayah kata nak datang sarapan sama sama pagi ni terus suara dia berubah..ceria semacam..suka lah tu anak anak nak datang makan sama sama ngan dia..Tanya mak kat mana ayah kata mak keluar pergi beli roti canai di seberang jalan.aku terlambat sikit telefon kalau tak mak tak perlu lah jalan kali ke sana.Biar aku saja yang belikan sarapan pagi kali ni..


Sampai Hospital terus siap siap makan untuk sarapan pagi.Bawa lah sekali Ikan Kukus yang dah siap Goreng..Punya lah ayah berselera makan ngan Nasi Lemak..cuma dia kata tak cukup masam.sebenarnya asam dah banyak adik da buat cuma tak sempat nak meresap masuk betul betul lagi..Mak kata kena tunggu dua tiga hari baru akan terasa masam masam tu..so pagi ni kami berempat lah sarapan pagi sama sama..


Nasi Lemak sambal Kerang.Lama dah terasa nak makan.

I know.actually this is not good for ayah punya keadaan.Time dia sakit ni memang sepatutnya kena jaga makan.tapi actually bila makan sama sama macam ni sahaja keadaan yang paling happy buat ayah bila berada dalam hospital.he cannot go anywhere, hanya mengharapkan tetamu dan anak anak datang melawat..Mak ada juga tegur ayah supaya jangan makan lebih lebih..kadang ayah ikut dan kadang dia tak ikut..Yang penting aku nak mak dan ayah tahu kami anak anak will always be there if they need any help..Cumanya bila duduk di wad macam ni in case anthing happened nurse akan sentiasa ada di luar sana..


Lepas dah siap makan sembang sembang kejap ngan ayah dan mak.cerita pada mereka pasal anak adik da waktu kami melawat di Terengganu..mak tengok gambar cucu cucunya..Alhamdulillah dah makin besar keluarga Haji Ashaary..Tadi ayah dah tertidur so sekarang aku just online je lah dari dalam wad ni.Tunggu kak Tie sampai nanti petang nak bawak mak ke PWTC sempena Pesta Buku di sana..

*Hari ni masih bercuti.Esok akan pulang ke Penang semula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails