Followers

Wednesday, March 28, 2012

ROTI BAKAR TRANSFER ROAD vs BAWAL GORENG WAN ZAI BANDAR PERDA

(Sambungan daripada entri sebelum ini)

Dari Padang Kota lama,Masing masing dah kelaparan..Dah berlari 17 KM mau nya tak lapar..so aku bawak diorang (baca: #Gengkakilari) datang makan Roti Bakar dii Transfer Road..aku pernah pergi sekali jer tempat ni.tapi Roti Bakarnya not bad lah..nak ke Transfer Road pun boleh nak sesat sesat.nasib baik ada 'gps' sebagai panduan..:)


akhirnya sampai lah ke Roti Bakar TransferRoad..Insya Allah tak sesat dah lepas ni



Keistimewaan Roti bakar yang ada di Transfer Road depan Milea Bakery ialah kerana Rotinya di bakar atas arang dan bukan guna toaster elektrik.Maybe tu yang buat rasa roti bakarnya lebih enak..Roti Benggali yang dipakai di supply oleh Melia Bakery kedai Roti Opposite this stall.


Dah siap bakar Roti pecah telur separuh masak dua bijik..siapp!!!


 Khusyuk masing masing mengadap makanan..semua order menu yang sama.actually aku tersilap order Roti Bakar ngan Telur ni..rasa nak makan roti canai banjir sebenarnya.tapi masa nak cancel Roti Bakar dah siap buat dah.tak apa lah.aku boleh maan lagi lain kali..kata duk kat Penang..Makan Roti bakar ngan telur separuh msak ni aku tak habis..entah.macam tak sedap perut..nasib baik ada orang sebelah tolong habiskan..selesai makan terus balik ke Villa Azim Ashaary untuk mandi dan rest rest..tidor dulu lah mana yang sempat..depa nak balik ke KL dah kejap lagi.


Tidor sampai jam 2 petang..kemudian lepas solat zohor aku bawak diorang Lunch di Bandar Perda..di Gerai Wan Zai..aku suka set bawal Goreng kat sini.sebab karinya sedap.Dah puas tidor bila bangkit perkara pertama yang muncul di fikiran ialah nak makan.lapar!!Tapi tuan tuan kena ingat ye, kat Wan Zai Restaurant ni bukan bawal goreng jer ada.Ayam Goreng, Keli Goreng pun ada juga.Untuk keterangan lanjut boleh call number yang tertera macam dalam banner di atas.


Untuk keadilan, aku mintak tiga tiga benda Goreng.Ayam, Ikan Bawal dan Ikan keli


Bawal Goreng


Ayam Goreng


Ikan Keli Goreng


Ulaman dan sambal belacan serta sambal kicap


Set macam ni datang dengan kuah kari..kesedapan meal adalah bergantung pada Kuah Kari yag disediakan which is kuah karinya adalah sedap.bagi aku lah.diorang pun kata sedap.so mengikut suara ramai aku berani reccomend kat korang.Actually ramai yang kata Bawal Gireng kat juru di ladang kelapa sawit lagi sedap.wallahulaam sebab tak pernah rasa.


Lauk pauk semua dah sampai apa lagi, serbu lah.. sebenarnya kalau ikut plan asal aku nak bawa mereka makan di Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas.tapi masa tak mengizinkan..keluar rumah dah dekat pukul 4 pm for sure Ikan Bakar Din tu dah tutup kedai..Tak ada rezeki kalian..lain kali sila datang Penang lagi nanti aku bawak korang kat situ ya.


Makan kat sini pun siap bertambah nasik lagi..Alhamdulillah rezeki Allah Taala beri..kenyang dan puas hati lah dapat makan..selesai makan terus pulang semula ke rumah sebab diorang nak bersiap siap untuk pulang ke Kuala Lumpur semula..esok kerja dah.Holiday is about to Over!


Kepada #Gengkakilari, korang jangan serik nak datang Penang lagi..banyak tempat lagi tu kita tak sempat nak eksplor sebab kekangan masa..selagi aku masih berada di Penang ni insya Allah boleh nak jadi Tuan Rumah kalau korang datang sini lagi di lain waktu..semoga kita bertemu lagi di Larian Bendang 8 April 2012 menara Condong Teluk Intan..Insya Allah!

Salam bertemu lagi!

3 comments:

aShaBuLz said...

bawal zai perda tu memang superb....tapi kalau tak salah aku, ada lagi satu tempat dekat dengan kampung benggali. ada restoran bawal goreng sedap gak...lupa nama. haha

@xiM said...

ASHABULZ,

haah..betul..kat ampung benggali tu pun ada.mantap jugak!

Unknown said...

Boleh la pi ye nnt. Din ikan bakar dah merasa. Hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails