Followers

Friday, March 9, 2012

AKU, DIA, TUTTI FRUTTI & PELANGI PETANG

First time aku nak try rasa Frozen Yogurt di Restoran Tutti Frutti..Selalu dengar orang cerita pasal This yogurt yang sedap..This francais merupakan milik NAZA Group, dan aku rasa dah banyak cawangan yang ada di seluruh negara.aku jer yang terlambat baru nak buat review pasal this franchise.


Tutti frutti yang aku pergi ni berdekatan dengan Queensbay Mall..


Siap ada parking khas untuk customer.tapi tetap lah kena bayar jugak parking kat sini


Kosep Layan diri..pilih mangkuk apa korang nak.besar atau kecik.sendiri yang tentukan


Mula mula tengok this machine timbul jugak lah rasa macam jakun.aku tak reti nak guna mein macam ni..Pekerja nya pulak takder yang assist.so main hantam je lah tengok perisa apa yang ada then tarik pemegang pastu keluar lah frozen yogurt yang di ingini..ada macam macam flavour pulak tu..aku ambik flavour vanilla,Cokelat dan strawberry.Oleh kerana konsepnya ambik sendiri maka pandai pandai lah korang campur sesedap hati korang.


Lepas dah ambik yogurt boleh customize pulak campur macam macam..ada cip coklat ada corn flakes ada chocolate rice ada oreo ada buah kiwi buah strawberry dan macam macam lagi benda tambahan yang boleh korang tambah..harga akan dikira ikut berat iaitu 53 sen setiap 10 gram.so ambik lagi banyak barang lagi berat = lagi mahal!


This is apa yang di ambil..ada campuran Vanilla, Cokelat dan strawberry..satu bekas macam ni ialah RM25..Gulp!!a bit mahal aku rasa untuk frozen yogurt macam ni..lain kali kalau nak murah jangan letak berat berat..hehe..sekadar nak rasa boleh la makan tapi takleh selalu..


aku suka Frozen Yogurt Cokelat tu..pahit pahit dan sedap!


Jujur aku katakan rasanya memang sedap!! padan lah dengan harga pun..licin aku makan satu bekas ni..sebulan sekali boleh la kot nak lepas hawa makan kat sini..boleh cuba perasa lain pulak lain kali.aku pun tak ingat apa dia perasa lain tapi macm best best juga..


Dekorasi dalamnya pun simple dan nice.dinding dalam adalah cermin.nampak luas kedainya..


Sekarang memang musim hujan kan..kat KL hujan kat Penang pun selalu hujan..mana mana tempat pun hujan lah kot rasanya..dan lepas nak balik rumah dari Tutti Frutti lalu atas Penang Bridge i just saw a beautiful Rainbow seolah olah merentangi jalan di atas Penang Bridge..Pelangi Petang yang sungguh indah..Subhanallah!terus teringat lagu Sudirman Pelangi Petang..Teringat lagu Sudirman teringat kat si Dia jugak..terus jiwang sekejap dalam kereta.Saya hadiahkan pelangi petang ni pada awak ya! : )

*malam tadi ada tournament Bowling Kelab Kilat..dari 63 peserta aku dapat ranking ke empat.haha.Ok lah tu..kalau ada masa nanti aku update pasal that Bowling Tournament..sekejap lagi akan ke KL pulak..Hujung minggu ni ada Half Marahon 21 KM Brooks di Stadium Bukit Jalil..Wish me luck Guys!semoga dapat finish that run dalam masa yang ditetapkan.dan mudah mudahan tak lah banjir area yang kami kena berlari tu.Ameen.

1 comment:

zafi said...

I had it last 3 weeks for my short holiday back home in Malaysia! what can i say? ermm




marvelous!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails