Followers

Friday, March 2, 2012

HERE I AM @ UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE !! (AGAIN..)

Bismillahirrohmanirrohim..

Misi untuk ke Universal Studio Singapore berjaya akhirnya!!..Pagi pagi lagi aku dah bangun sebab nak ke airport Senai JB untuk hantar seorang member nak catch flight ke Penang jam 7.25am..balik dari airport Senai terus balik hotel dan siap barang barang untuk Check Out.
 

Lepas dah check out dari Hotel Grand Blue Wave JB aku ke medan selera Balai Bomba Larkin untuk sarapan pagi..kat sini ada kacang pool Haji yang sedap..lagi sedap dari Kacang pool di Plaza Larkin.kat sini jugak ada kedai juallempeng kelapa..sedap jugak lempeng tu.something yang unik..sambil makan sambil isi Pass untuk masuk ke Singapore.


Percaya atau tidak aku makan dua set kacang pool ni!!!


Lepas dah siap sarapan pagi terus masuk ke Woodlad berpandukan GPS yang ada..ni kai ketiga aku masuk ke Universal Studio..kali pertama tahun 2010 masa USS Mula mula dibuka..kali kedua tahun lepas bersama Rakan kerja then ni ialah kali ketiga.Reason aku masuk pun sebab aku dengar Game Transformers The Ultimate 3D Ride dah dibuka sejak December 2011.


Here we are at Sentosa Island Singapore


Malas dah nak bergambar kat Globe ni.heheheee


Masa masuk Alhamdulillah orang tak ramai macam weekend..datang weekdays ni lah keuntungannya..aku beli Tiket online 68SGD dan dapat retail voucher 6SGD and meal Voucher 6 SGD jugak..dapat pass ekspress untuk Transforers the Ultimate Ride sekali.ohh i'm excited!!jom kita explore Universal Studio Singapore!


Di Hollywood street dah terjumpa Woody Woodpecker dan Kungfu Panda


Lalu jer di area Madagascar.malas nak main game bebudak


apa nama menatang yang macam hantu tu yek???


wajib bergambar di teksi kuning ni.konon konon New York lah sangat


Game Transformers yang baru bukak di Sci Fi City


Dan inilah mender yang aku tunggu tunggu nak main sangat..Transformers The Ride..Seriously aku rasa game ni sangat best!!mula mula kita kana naik satu macam kereta ataupun autobot aku pun tak sure then akan dibawa dalam satu journey 3D yang memang mengujakan..!!get addicted weehhh naik benda ni..contohnya bila jatuh bangunan kita semua akan rasa macam jatuh betul tu padahal tengok spek 3D saja..canggih manggih betul!!Puas ati sesangat dah dapat naik this Transformers Ride.


Bumblebee puna karakter


Dua kali yang aku masuk sebelum ni aku tak pernah try untuk main Roller Coaster yang ada..kali ni for the sake of been there done that aku beranikan diri untuk cuba..ada satu roller coaster kaler Biru untuk cyclon kononnya..kaki tergantung dan satu lagi untuk human, warna merah dan kaki takder tergantung..aku cuba naik kedua duanya dan hasilnya : Tobat lahummmm aku tak mau naik dah!!masa mula mula naik tu rasa lah fun tapi tengah tengah aku rasa macam nak mati..gugur jantung rasanya..terpusing pusing terguling guling atas tu..erghhhhhhh..seram!!!!


Maaflah.lepas ni kalau mai USS lagi tak mau naik dah.bertaubat.


Segmen The Mummy ni naik Roller Coster jugak dalam bangunan..Yang ni walaupun laju tapi my body can take it.Ok jugak this Roller Coaster.laju memang lah laju tapi still tak scary macam cyclon dan Human tadi.Enjoy!!


Lalu sahaja d bahagian Jurassic Park dan The Lost World


Sampai di Bahagian Water World ingat sempat nak tengok show..kami terlambat 15 minit show dah bermula.Ingat boleh masuk lagi tapi depa tak bagi masuk dah.takder rezeki lah nak tengok show ni.actually dah tengok pun masa datang Oktober tahun lepas.tapi sebab best tu yang teringin nak tengok lagi..dah kena tunggu sampai pukul 3 petang so takpaa lah.skip yang ni.next time lah yek.


Shrek 4D show dalam istana..show yang memang menghiburkan..kalau bersin kita kena aiir..ada labah labah menggelikan kaki bawah seat..naik kuda kerusi kita pulak terhuyung hayang macam naik kerusi..memang best lah..sebab tu namanya 4D ..kita boleh rasa sekali efek efek nya..sempoi!!


Terjumpa Kucing Comel ni!!Puss in Boot


Kali ni bernasib baik sebab dapat jumpa Shrek dan Fiona..tak pernah dapat jumpa karakter ni..tapi masa nak ambik gambar petugas kata dah terlewat depa dah tutup dan suh mai balik pukul 2.30pm nanti.jawabnya takder dah la nanti tu..so tak sempat bergambar dengan shrek dan Fiona.ambik gambar dari jauh macam ni pun boleh lah..


Lapar..Restaurant Mell's Station menjadi Pilihan..Halal ok.


Ramai pulak dah orang..kena beratur panjang


Makan set Burger Shiok..apa yang shioknya burger ni??ada serunding ayam ngan kepingan daging serta daging burger bersalut Cheese..terlupa pulak aku nak mintak jangan buh cheese.tak pasal pasal aku kena kupil satu persatu Cheese yang ada..entah.tak berapa gemar.tapi Burger ni memang shiok okeh!!


azim ashaary black & white Version


Masa tengah makan Hujan lebat membasahi Bumi USS..nasib baik dah sempat round semua temat dalam USS ni.kalau tak leceh la jugak nak kena redah hujan pulak..nampak tak dewan Monster Rock dalam gambar di atas?show nya sangat best.tapi masa ni tak pergi lah..sebab masa tak mengizinkan.kalau korangs ampai USS wajib lah korang tengok show monster Rock ni okeh.memang best!!


Lepas dah makan aku try pi balik tempat Shrek dan Fiona kata aan muncul balik..dah dekat pukul 3 petang..alih alih petugas kat situ kata 'if the rain is heavy they will not showed up'..hmmm sangat kecewa tapi biar lah.nasib baik dah ambik gambar shrek dan Fiona tadi walaupun dengan orang lain.


Welcome to Universal Studio Singapore!!


Untuk kali keduanya main lagi sekali Transformers Ride..Guna Pass Ekspress yang ada so tak perlu beratur panjang..and amazingly walau dah naik tadi bila naik lagi skali rasa best jugak!!memang addicted lah game ni..naik banyak kali pun takper..this gonna be a concrete reason kalau aku nak datang ke USS lagik..yang lain lain tu biasa jer.ni memang game paling best lah so far!habis main singgah masuk store nya dan aku beli satu Fridge Nagnet untuk menambahkan koleksi FM di peti ais rumah.


Tapak tangan Shrek, Donkey, Pinnochio and papa mama baby bear


Dah puas ronda beli lah sikit souvenir sebagai kenang kenangan..


Keluar dari Universal Studio singgah beli Garret Popcorn 2 gallon, The Chicago Mix..first time aku makan pop corn ni masa beli di KLCC..aku tak nafikan rasa this pop corn memang sedap!tapi terlalu manis pun tak elok untuk kesihatan kan..aku beli ni pun sebab esok nak raikan majlis hari lahir Nurul Nadiah Salwani di Wad Ayah..kebetulan kak Ina dan kak Ija datang kke KL..hope they gonna love this pop corn.


Singgah jugak Hard Rock Cafe bei t-Shirt sehelai.Pinjam duit member dulu sebab aku terlupa nak tukar duit cash SGD sebelum masuk singapore..ada 50 SGD jer so mana cukup..maaf pada seorang kawan yang minta tolong aku belikan satu tshirt USS..tak cukup duit maa..maaf ya.lain kali kalau aku mai lagi sini aku belikan untuk hang.Insya Allah.


Dan berakhirlah sudah trip ke Universal Studio Singapore pada hari ni.Kira Daytrip sahaja sebenarnya.Tersilap timing keluar dari Singapore time orang balik dari kerja..so sampai JB dalam pukul 6 petang jugak lah..aku singgah ke Masjid Jamek Bandar Baru Uda dulu untuk solat asar sebelum ke kampung Melayu Majidee untuk makan Mee Bandung Muar yang dikatakan sedap!!beli bungkus sekali untuk ayah,dia ada pesan suruh beli..malam ni nak terus balik ke Kuala Lumpur..

*Wish me to  have a safe journey to Kuaa Lumpur !!semoga aku akan selamat sampai..Overall i really enjoy my off day in Universal Studio Singapore!!Thanks pada teman-teman yang mengiringi aku sepanjang berada di JB/Singapore ni.Insya Allah lain kali kita berjumpa lagi ya.Insya Allah.

6 comments:

Lieya said...

Orang JB pun belum berkesempatan nak jejakkan kaki ke USS ni... saddisssss

sepul said...

oh besnyaaaaaa transformers ride. inshallah jika masih nyawa panjang tunggu umar besaq sikit nak pi jugak lah.. nak piii nak piii nak piiiii nak piii nak piiii nak piii nak piiii

Unknown said...

bessnyer...tak sabo nak pi

@xiM said...

Lieya,

alahai..dah dekat tu..sila pergi ya..

@xiM said...

encik sepul,

amtlah digalakkan anda membawa umar shadiq..sangat best menjilat jari okeh!!

@xiM said...

POSH,

yeap.sangat best!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails