Followers

Monday, March 19, 2012

KISAH HARI AHADKU DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Back in Penang again.

Malam tadi sampai Penang jam 1am..ambik bas pukul  9pm..hari ni actually ada course di Sunway Comvention Center di Sunway Carnival Mall.Course start jam 8.30am so tak perlu nak rush sangat this morning..aku nak story sikit pasal kisah semalam..seharian di HKL.


Sampai di KL jam 6am..aku ke Masjid Jamek KL dulu untuk solat subuh then naik LRT Masjid Jamek ke Titiwangsa dan menapak sahaja ke HKL..dekat sangat dah..sampai HKL mak dan ayah duk solat lagi..Faiz pun ada rupanya..tertidur di satu sudut..last week hari lahir dia (11 Mac) so aku ingat boleh la sambut besday dia skali hari ni.apa apa pun kami sarapan pagi dulu..


aku ada belikan nasi lemak lauk kerang dan sotong..siap bawak pasembur dari Padang Kota lagi..hehee..saja lah bawak sebab aku tahu mak dan ayah suka makan pasembur ni.Kat Hospital rupanya ada banyak lagi makanan lain..ada nasi kunyit ada nasi dagang..sedap nasi Kunyit Gulai Ayam tu.abis aku makan.


Selesai sarapan pagi ada doktor datang cek ayah..and this doktor tanya pasal mak punya kesihatan sekali..mak pun sebenarnya ada masalah di Buah Pinggang..ada Cys yang tumbuh di buah pinggangnya..dan doktor kata tak ada ubat boleh remove cys tu.untuk pembedahan pun tak boleh.so mak just makan ubat yang ada dan minum air banyak banyak seperti yang disarankan doktor..Aku berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat Ibu dan bapa ku..Sakit dan sihat tu semua datangnya dari Allah..Kita ni Hamba-Nya sahaja.maka selayaknya lah Dia uji kita dengan berbagai Ujian..Sabar.itu kunci utama.


Aku pun tak tahu apa kena ngan adik aku ni nak balik awal.aku baru plan nak keluar kejap lagi cari kek Besday dan hadiah sempena Ulangtahun kelahirannya sekali boleh pulak dia balik awal ke USIM.ada hal katanya.gagal rancangan lah nampak gayanya.aku nak halang pun tak reti since dia insist nak balik awal.entah.actually sejak Faiz meningkat Remaja ni aku semakin sukar nak berkomunikasi dengan dia.masalah remaja kot.ada dunia mereka tersendiri.Biarlah.dulu aku pun pernah jadi remaja.sedikit sebanyak mengerti jugaklah permasalahn remaja macam dia..semoga kau baik baik saja ya adikku!jangan jadi remaja juvana sudahlah.


Alang-alang berada di KL aku ambil kesempatan untuk hantar laptop lama yang rosak kat Plaza Low Yat.sekarang aku dah pakai laptop baru..laptop lama Graphic cardnya rosak so ganti baru dekat RM300 jugak abis..tengah bulan ni duit adalah semakin meruncing.huhu..sementara tunggu laptop siap aku ke Berjaya Times Square jalan jalan then beli satu Ice Blended Coral Blue di Cool Blog punya Booth.ada pearl kat dalam.menarik jugak!!sedap.aku suka!


Ambik Laptop yang dah dibaiki then aku terus ke HKL..Abang Jalee dan Kak La serta anak anak Kak Tie pun ada skali di Wad ayah.memang meriah pulak lah.tu belum ada Shuk dan Kak Ina lagi..bawak anak masing masing habis lah tak muat wad ni..sampai di HKL solat dulu then makan nasik..lapar..lauk ikan singgang dan Ikan Bakar.yang lain lain dah makan..


Abang Jalee pun mengejar waktu sebenarnya sebab dia pun dah nak balik ke Kemaman.esok kerja..so terus bersalam salaman dengan ayah lah..sekejap sangat aku boleh jumpa diorang.kalau diorang datang pagi pagi tadi maybe boleh la spend masa lama lagi bersama..tapi you know lah kan..ada anak kecik semua ni payah la nak bergerak awal..


Qayyum yang semakin membulat!!


Ayah bermesra dengan Qayyum si Bulat


i love this pic sebab ayah senyum!susah nak cari gambar ayah senyum!!


Turun ke bawah tempat parking kereta Along dan Ika tunjuk Result exam pada Kak Tie..Alhamdulillah Along dapat anugerah pelajar cemerlang Tahfiz dan Ika pulak dapat anugerah cemerlang bacaan Tahfiz!!Tahniah anak sedaraku!!pok zim bangga dengan kalian berdua..teruskan kecemerlangan ya!!


Adat pertemuan pasti disusuli dengan perpisahan..Ibu nak berpisah dengan anak mesti lah berat..nak buat macam mana anak anak kak Tie semua sekolah di Kampung Sana..semoga suatu masa nanti anak dan ibu ini akan bersatu jua akhirnya.Insya Allah.


Hati hati drive abangku!!semoga selamat sampai ke desinsi yang dituju


Kembali ke wad ayah semula lepas hantar diorang..Tinggal lah aku dan Kak Tie jer teman ayah dan Mak di wad..jam dah menunjukkan pukul 6 pm..Mak duk susun Ubat yang ayah kena makan hari hari..ada berbagai bagai jenis ubat ayah kena makan setiap pagi setiap petang dan setiap malam..Ayah beruntung dapat mak jadi pembantu peribadi yang setia..apa saja kehendak ayah mak turutkan.walaupun kena marah atau apa saja sekalipun, mak tak pernah bantah..i love you mum!semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar untuk mak!


Masa aku dan kak Tie nak beransur pulang, Mak Pah pulak datang lawat ayah bawak Bihun Goreng dan mee Goreng mamak..kebetulan sebelum Mak Pah datang ayah duk sembang sembang kata teringin nak makan Bihun..Alhamdulillah ada rezeki ayah, tetamu datang bawa Bihun Goreng siap ngan ayam goreng skali..habis ayah makan sorang satu bekas..kebetulan memang ayah tak makan apa apa lagi hari ni.dia dah tak selera tengok makanna Hospital..Terima kasih mak Pah!!lain kali datang bawak lah lagik..:)


Then its time to say Goodbye..Pukul 7pm aku dan Kak Tie beransur Pulang..Mak dan ayah, ada umur kita akan berjumpa lagik..Insya Allah!Kitorang naik LRT Titiwangsa dengan destinasi berbeza..aku berhenti dulu di Plaza Rakyat dan Kak Tie meneruskan perjalan ke Ampang..aku ambik tiket bas jam 8.30pm Konsortium tapi bas bergerk dalam pukul 9pm..sampai Pennag malam tadi then terus get a rest..Alhamdulillah Allah izinkan lagi aku untuk berjumpa mak dan ayah buat kesekian kalinya..

*Tengah course HIRADC Review Workshop di Sunway Convention Center.hari ni dan esok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails