Masa pergi ke Kota Kinabalu Februari yang lalu, aku tak melepaskan peluang untuk makan Lokan Panggang dan minum air kelapa segar di sini..Setiap kali datang KK ni jer lah Gerai yang akan aku singgah based on recommendation Abang Shah dan abang Bear..diorang kata gerai ni paling sedap.so malas nak ambik risiko rasa lokan panggang kat gerai lain.actually sepanjang kalan Norowot ni banyak gerai Lokan Panggang..Pilih jer mana yang anda suka.
Gerainya ada alas Biru di atas meja
Ini ialah Kelapa Bakar ya tuan tuan dan puan puan sekelian.Kelapa ni di bakar sampai Itam macam ni.Isi Dalamnya akan jadi warna kelabu sikit..ada aroma air kelapa tersendiri tapi aku tak gemarkan rasanya.Pernah Order last year masa ke KK bulan Mei.tobat lahumm tak mau order dah.tak berapa sedap.tak kena ngan selera tekak aku.
Better ambik kelapa segar macam ni jer
Tujuan asal ialah nak makan Lokan Panggang. Lokan panggang ni dah di kategorikan ikut saiz..ambik saiz sederhana sahaja takut tak abis makan..then minta tokey kedai buat garing sikit.kalau tak garing member aku sorang ni tak makan.macam macam lah kan.cerewet sungguh!Harga yang di paparkan aku tak ingat..tapi tak mahal pun.
Sedapnya air kelapa muda!!
Woww.Pengguna Blackberry yang tegar di situ!!
Lokan yang telah siap dipanggang.nampak tempting tak???
Sambal atas Lokan tu yang buat this lokan panggang jadi sedap
Ini ialah set untuk kuah sambalnya..kena hiris limau kasturi sendiri then campur ngan kicap campur lada campur gula.ikut korang lah nak masam lebih ker nak masin lebih.tapi paduan Kicap dan lada serta asam limau ni sangat lah masuk dengan Lokan panggang yang kami makan.Yummeeehhh!!
Sambal Kicap Lada perah asam limau
Sedikit selingan : Teknologi sekarang mendekatkan orang jauh dengan kita..walau duduk beribu batu terasamacam dekat sangat bila ada smartphone..tapi keburukannya kita semakin jauh dengan orang yang dekat dengan kita.aku dah lama perhati orang sekarang dah tak bercakap time keluar sama sama.semua sibuk mengadap Henpon ataupun Ipad/ tablet.Tak kata kat orang, aku pun sama...sekarang tengah berazam tak mau main henpon sangat bila tengah deal ngan orang yang penting dalam hidup.
Gerai gerai yang menjual Lokan Panggang ni terletak di Jalan Norowot.area mana aku tak ingat laah..kalau tanya penduduk setempat mesti mereka tahu.sedih tak baca blog aku tapi tak berinformatif sangat?nasib korang lah sapa suh baca blog aku.haha..aku ngan Nikli makan dua dulang okeh.tak cukup satu dulang Lokan panggang tu.memang sedap amat!aku ngan bende bercangkerang memang lah ibarat lagu dan irama.suka sangat!!!
Dalam perjalanan pulang sempat singgah di Satu kedai Frozen Food untuk beli Udang Harimau..untuk family di semenanjung.Malas dah aku nak beli mutiara atau souvenir lain.kali ni kita tukar beli Udang dan Isi KKetam bawak balik.tapi a bit expensive lah harga Udang tu..memang saiz besar so agak mahal lah.sekali sekala untuk keluarga tercinta..:)
First time singgah di Masjid Negeri Kota Kinabalu.solat Zohor dan Solat asar sekaligus di sini..This day merupakan hari terakhir di Kota Kinabalu..Flight malam nanti..so dari Masjid kami bergerak balik ke Rumah Abang Shah untuk kemas barang dan bertolak ke Tanjung Aru untuk menikmati Sunset dan dinner di situ.Ada satu lagi entri pasal Trip Kota Kinabalu ni.Tunggguuuuu..
(*matilaaaaa berkurun zaman nak update blog kan.nak wat camana..BUSY lah!!!)
No comments:
Post a Comment