Followers

Friday, March 23, 2012

KOTA KINABALU WEEKEND GETAWAY PART 5 : RUMAH TERBALIK KG.TELIBONG, TAMPARULI SABAH

Last day in Kota Kinabalu.

Abang Shah kerja pagi ni.tak dapat nak teman kitorang.so pandai pandai urus diri sendiri lah.dah bagi tumpangkan rumah tu pun dah seribu rahmat dah sebenarnya..Maybe thats another reason jugak kot why aku suka ke Kota Kinabalu.sebab Abang Shah dan Abang Bear ada kat sana.maknanya soal penginapan dan transport Insya Allah depa boleh tolong kalau diorang ada kat sana.Sejuta penghargaan untuk korang berdua ya!


Lately kan aku suka join event berlari.so kesempatan pagi ni pi berlari kat Rainforest Park.5 KM sahaja.this park sangat dekat dengan rumah Abang shah.so aku dan Nikli just leisure leisure sahaja berlari.taking our own sweet time.tak ada plan apa apa sangat pagi..Kata holiday.rileks rileks sudah..


Habis berlari balik rumah then bersiap siap untuk agenda seterusnya.kami ke Karamunsing Capital sekejap.nak tanya pasal Laptop aku yang rosak.actually kalau tak sebab laptop rosak dah boleh update dah blog malam tadik.so bila tanya aku decide untuk buat kat penang or KL saja lah.kang jadi apa apa susah nak refer balik..time lunch makan di Asiarasa Restaurant.Menarik jugak Restorannya..banyak pilihan nasi campur yang ada.Harga reasonable dan bersih!like!


Terima Kasih Abang Bear bagi pinjam kereta.Time ni abang bear berada di KL.so kereta dia aku dan Nikli boleh lla pakai buat kesana ke mari.. Senang sikit nak plan perjalanan.


Kekwa berkedipp-kedip abang jebat


Dari Bandar Kota Kinabalu kami decide untuk ke Tamparuli untuk Visit tarikan terbaru di Borneo Sabah.Baru buka pada 1 February 2012 yang lalu.Tak lah jauh sangat, dalam 40 minit perjalanan.ikut je lah signboard yang ada untuk ke Tamparuli.


Here we are at RUMAH TERBALIK BORNEO

The first of its kind in South East Asia. This building is situated along the main highway to Mount Kinabalu, Kiulu river rafting and all the districts on the east coast of Sabah (ie; Sandakan, Lahad Datu, Semporna and Tawau) .This brand new attraction is located in Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, district of Tuaran.


Jangan betulkan skrin PC anda.memang rumah dan kereta ni terbalik.bukan aku rotate gambar ni.tapi ni merupakan tarikan terbaru di Sabah, iaitu Rumah Terbalik.Memang nampak binaannya pun terbalik.Upside Down.ngan kereta kereta tu skali terbalik.camana ntah diorang gam jadi terbalik macam tu.Khabarnya pembinaan Rumah ni menelan Belanja RM1.2 Juta.


Berapa tiket masuk ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli?

RM18 untuk dewasa.
RM10 untuk dewasa pemegang MyKad
RM5 untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.


Sebelum masuk ada briefing oleh petugs kat situ.Dia terangkan ada 3 Rules yang perlu di ikut :1)dilarang keras ambil gambar/video dalam rumah ,2) Lalu di laluan karpet merah sahaja, 3) dilarang menyentuh apa apa yang ada dalam rumah.


Amaran Keras!! kalau tak denda RM100


Jom masuk ke Rumah Terbalik!just wonder apa ada kat dalam tu


Seperti Ritual rasmi, sebelum masuk ke rumah kena ketuk gong dulu


Oh.saya dan Nikli.bersua sekali lagi di bumi Sabah


Nak masuk ke dalam rumah kena ketuk Pintu.Then ada orang bukak Pintu..sorry lah gambar dalam Rumah memang tak ada sebab dilarang ambik gambar.apa ada kat dalam?just macam rumah di kampung, cuma bezanya semua barang yang ada kat dalam tu ada lah terbalik semuanya!!pening jugak kepala duk tengok pada mulanya.haha..TV terbalik, mesin basuh dan mesin jahit terbalik,semuanya adalah terbalik dalam rumah tu..Unik lah.


 Tingkap dan kereta sorong yang terbalik


Cuma rasa macam tak puas berjalan dalam tu.kecik sahaja.dalam 10 minit jer dah habis Tour.we pay RM10 for nak tengok semua yang terbalik.Unik tu unik lah.tapi kalau nak datang lagi lepas ni dan bayar RM10 untuk masuk lagi,rasnya tak lah kot..nothing to look for unless tetiba dia buat rumah lain pulak terbalik.


Beli lah souvenir sikit bawak balik sebagai kenang kenangan


Saya dah sampai!!anda bila lagi???


Overall aku rasa this gonna be a new unique attraction to Sabah..dah la laluannya ke Kinabalu Park,Kundasang dan ke Sungai Kiulu.sure konpem bas pelancong mesti akan berhenti punya..Lokasinya di Kampung Telibong Tamparuli dan hanya tepi jalan.kalau drive memang boleh nampak tepi jalan lah..Jadi kalau korang ke Kota Kinabalu jangan lepaskan Peluang untuk melawat this Rumah Terbalik ya!!

4 comments:

Mehmet Wie said...

wah.. menarik tu.. tak sabar nak kesana nanti..

Kak Mahh said...

Tk bagi ambil gambar ......ala,rugilah kalau ambil dari luar aje.

Kak Mahh said...

Tak seronok lah kalau tak bagi ambil gambar dalam rumah terbalik tu.

lily lotus said...

bestnya dapat tgk sendiri umah terbalik tu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails