Followers

Wednesday, July 11, 2012

AMI'S CONVO CELEBRATION : DINNER @ PAKYA CHINESE MUSLIM FOODS CORNER RESTAURANT

Selesai main Bowling di Ampang Superbowl, kami semua ke sebuah Restoran untuk makan malam.Restoran yang aku maksudkan ialah Restoran Pak Ya Chinese Muslim Foods Corner.lokasinya terletak di sebelah Galaxy Ampang..actually dulu this restaurant di Kg.Pandan Dalam.now dah berpindah ke sini.kalau korang tahu galaxy ampang konpem jumpa This Restaurant.dekat dah dengan area dagang avenue.tak tahu jugak?nah alamat:

Venue: RESTORAN PAK YA CHINESE MUSLIM FOODS CORNER
Address: Galaxy Ampang, Taman Dagang, hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, near the well known TT place Restoren Bonda

GPS Coordinates: N3° 8' 53.50", E01° 45' 20.92"
 

Dah beberapa kali dah aku datang this Restaurant..menu yang paling aku suka kat sini ialah Ketam Telur Masin..so kali ni pun memang hajatnya nak makan Ketam Telur masin lagi. aja lah makan besar kononnya ni meraikan hari bahagia Ami..sekali sekala kan. Bukan selalu..


Kedai ni tutup pukul 11pm..kami sampai dalam jam 10 lebih..sempat lagi lah order makan..dapur belum tutup lagi..Tokeynya sendiri yang ambik order..so kami order lah apa yang patut.


air apa ntah aku mintak ni.Lemon ais rasanya. sebab aku suka bekas tu.boleh?


Sebelum makan Ustaz Ami kena baca doa dulu..


SOTONG GORENG BUTTER YANG ENAK


TELUR BISTIK SEAFOOD


UDANG MASAM MANIS SIZZLING


BEAN CURD


KETAM TELUR MASIN


SAYUR CAMPUR


Nama nama menu tu aku tak sure lah betul ke tak sebab abang shuk yang orderkan makanan..kitorang sampai lambat ske diorang dah order dulu. tapi lebih kurang macam tu lah..seindah nama seindah rupa dan seindah rasa makanan kat Restoran Pak Ya ni memang sedap sedap..Alhamdulillah..semua makanan adalah habis dan licin..meratah ketam tu yang paling best!!


lepak sembang sembang sampai kedai dah tutup..ingatkan nak sembang lama lagi tapi kena rest jugak esok ada run 7km NTV7 Feel Good Run di Bandar Utama (aku dah story dah dalam entry hari isnin baru ni).Kak Tie pun join Kenny Rogers Run di Desa waterpark..


Waktu operasinya ada dalam  gambar di atas..malam ni jugak Abang Shuk dan Kak Feeza balik ke Temerloh..aku, Ami, Kak tie dan abang jalee sekeluarga balik ke rumah Kak Tie di Ampang..semoga kita bertemu lagi di masa akan datang..Insya Allah..Bulan puasa pun dah nak dekat..nanti boleh kita buat family gathering lagi..Tahniah sekali lagi untuk ami atas kejaaan nya menggulung Diploma Tahfiz Quran dan Qiraat..Selamat maju jaya!!Terima kasih semua dan salam bertemu lagi!

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."
-surah Ali-Imran ayat 160

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails