Followers

Tuesday, July 3, 2012

ANTARA KEMEGAHAN YANG ABADI & KEMEGAHAN YANG SEMENTARA

Sekarang musim audit mengaudit

Last year aku audit di Port Dickson..This year dapat audit di Paka pula. just stay di rumah je lah jawabnya..Pagi tadi mak buat nasi Goreng..lama dah tak rasa mak buatkan sarapan pagi..Terima kasih mak buatkan sarapan..then baru keluar rumah menuju ke tempat kerja..sambil drive ke Paka i just see myself in the future kerja kat sini. Yup. Aku akan balik ke sini juga nanti. Di sini tempat asalku. I wanna grow old here..sama sama dengan family kat sini.


Sampai stesen terus buat site audit..audit bukan nak cari kesalahan. Just nak perbetulkan mana mana yang perlu di improve.. bila buat audit at least aku dapat nampak perkara yang boleh aku implement kat stesen sendiri nanti..asyik sangat buat audit sampai semua tak keluar lunch.just makan nasi goreng yang tuan rumah sediakan..malas nak keluar sebenarnya..


Time minum petang pulak ada keropok lekor disediakan..dah nama audit di Terengganu wajib lah ada keropok lekor..Memang minggu ni ialah minggu makan makan sedunia lah jawabnya..tambah lagi duk kat rumah memang tak berapa boleh nak control makan..next week baru start training berlari balik..lagi dua minggu ada half marathon di Seremban. 


Waktu menunjukkan jam 5.30pm.jom kita balik!!


On the way nak balik rumah sempat singgah di Mesra Mall sebab ada a few barang aku nak beli..Nampak Big Apple Donut  saja lah beli 6 bijik..bawak balik rumah..aku tengok ada Kedai dah bungkus kat Mesra Mall ni..Starbuck dah tutup, ada spa dah tutup..mesti sebab business tak bagus..ye lah.kawasan kampung.nak beli kopi segelas 18 ringgit?kalau ada duit pun baik beli benda lain lah.


Kat rumah anak anak abang jalee ada..Qiadah ngan Qayyum.Seronok tengok dia makan Donut..tapi mokla kata qiadah tak berapa boleh makan benda manis..nanti akan jadi Hyperaktif..takpe lah.bukan selalu pok zim balik kan..Qiadah anak sedara kesayangan faiz.hehe.Baik sungguh ngan Pok Iz dia sebab Faiz rajin melayan..


Sampai rumah semalam mak jamu dengan Sotong.. hari ni pun ada sotong lagi..yang penting semua sotong ni padat dengan telur kat dalam..Kak Tie ada kirim sotong 3 KG suh wat balik KL nanti..Insya Allah lah kak Tie kalau ada rejeki nanti saya bawak ke sana..Puas hati dapat makan telur sotong banyak banyak!!


Lepas solat isyak berjemaah, Mak ajak pergi ke Kijal, tempat Che Ngah mengajar..ada kuliyyah ilmu malam ni..belajar Kitab Al-Hikam..Amee, Mok Har ngan Tok Wan ikut sekali..abang jalee sekeluarga sekali pun ikut sama..Belajar topik 86 : Antara kemegahan Abadi dan kemegahan sementara..antara kemuliaan yang abadi dan kemliaan yang sementara..anatara intipatinya :

Manusia mencari kemuliaan melalui berbagai-bagai cara. Mereka mencarinya melalui harta, pangkat dan kekuasaan. Ada yang mencarinya melalui ilmu dan amal. Ada yang mencarinya melalui wajah yang cantik dan suara yang merdu. Ada pula mencarinya melalui tindakan yang mencabar seperti terjun dari tempat yang tinggi. Semua kemuliaan yang diperolehi dengan cara demikian bersifat sementara. Bila orang yang berkenaan berpisah daripada alat yang menjadikannya mulia maka hilang juga kemuliaan yang dimilikinya. Semua kemuliaan tersebut adalah fatamorgana. Orang yang berpangkat, berkuasa dan berharta akan tidak berasa mulia lagi bila berhadapan dengan orang yang tinggi pangkatnya, lebih besar kuasanya dan lebih banyak hartanya. Orang yang dimuliakan kerana kecantikannya tidak dimuliakan lagi apabila wajahnya sudah berkedut. Orang yang dimuliakan kerana kemerduan suaranya tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih merdu suaranya. Orang yang dimuliakan kerana berani terjun dari tempat yang tinggi tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih berani terjun dari tempat yang lebih tinggi.

Hanya Allah s.w.t yang memiliki kemuliaan. Tidak ada satu pun makhluk yang dapat mengwujudkan kemuliaan. Apa yang dicipta oleh makhluk hanyalah gambaran yang menurut sangkaan. Kemuliaan sejati hanya boleh didapati dari Allah s.w.t. Jalannya adalah dengan mengambil perhatian kepada aspek batin yang bersangkutan dengan ketuhanan. Hamba Allah s.w.t yang tidak tertipu oleh zahirnya alam akan terus berpegang pada aspek batinnya yang memberi peringatan dan petunjuk. Mereka bersabar dalam menempuh gelombang takdir Ilahi sehingga mereka terdampar di pantai keredaan Ilahi.

Seronok bila ada dalam majlis ilmu macam ni..sebab tu lah kita kena pilih dengan siapa kita berkawan..berkawan dengan orang baik insya Allah kita akn jadi orang yang baik juga..Kuliyyah habis pada jam 11.30pm.Banyak perkara juga aku belajar malam ni..sebenarnya apa yang kita ada dalam dunia ni semua milik Allah..maka kenapa kita berlumba lumba untuk mencari kemewahan dan kemegahan dalam dunia? pesanan untuk diri sendiri juga..sedangkan destinasi kita yang pasti ialah akhirat..Sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan..

Insya Allah.

5 comments:

::FAIZ:: said...

lama tak mkn big aple

zana-norzana said...

Sedapnya dapat makan sotong....

Selamat datang ke Seremban for half marathon.....

Papa-NtiQ said...

Salam Zim..memang asal dari Paka?....saya belum sampai lagi sini sebab bila travel terus je ke KT...kalu x silap kat situ ada YTL so kalu dpt keje situ dekat la ngan kampung kan.
saya kalu nk top up stock keropok kat rumah sanggup travel sampai kuala kemaman semata2 nak bawak balik keropok...ada satu gerai tak jauh dari jeti kuala kemaman best jugak rasa keropok dia. Sambil tu terus beli ikan2 fresh baru naik kat situ.
Tinggi hits blog Azim. Camne ek nak increase trafik...saya punye sedih la :) baru start blogging 7 bulan lepas...

@xiM said...

PAPA NTIQ,

saya asal kemasek..dekat lah ngan Paka..kalau dapat bekerja kat sana alangkah seronoknya..dekat ngan mak dan adik beradik yang lain..

Caman anak tinggikan hits saya pun tak tahu actually..just share story kat sini..saya start blogging 4 tahun lepas..:)

Papa-NtiQ said...

dekat pantai kemasek yg cantik tuh!....ooo dah lama azim start blogging so byk la hits ya....bolih tak azim tolong masukkan blog saya dalam bloglist azim jadi moga2 lebih ramai yg visit blog saya...mana la tahu kan...tapi topik saya kat sini hanya limited pada makan jer so tak berapa menarik..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails