Followers

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN 1433H : SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT!!

Assalamualaikum..

Di kesempatan ini aku nak mengambil peluang untuk mengucapkam selamat berpuasa kepada
semua muslimin dan muslimat sekelian.Aku minta maaf kepada semua atas perbuatan yang sengaja ataupun tidak sengaja yang kurang disenangi mana mana pihak..Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur kita untuk menyambut Ramadhan buat kesekian kalinya.



Salam Ramadhan 1433H buat semua..Ramadhan kali ini berbeza. Ramadhan kali ini tidak sama lagi seperti tahun sebelumnya. Ramadhan kali ini kami sekeluarga akan lalui tanpa ayah di sisi..Ya Allah, andai Ramadhan kali ini ialah Ramadhan terakhirku, Kau limpahkan lah berkat dan rahmatMu untuk Ramadhan kali ini agar Kami terasa nikmat berpuasa dalam madrasah Ramadhan..Dan Kau Ampunkanlah dosa arwah Ayah dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan kita semua..


Selesai Solat Taraweh di Malam 1 Ramadhan tadi, ada kesayuan menyelinap dalam hati... Jika tahun lepas, 1 Ramadhan 1432H aku berkesempatan untuk solat taraweh bersama ayah di Masjid Nabawi Madinah..Tapi kali ini keadaan nyata berbeza sama sekali. Ayah sudah tidak bersama kami lagi. Ayah terlebih dahulu berjumpa Tuhan, atas rencana Tuhan yang tidak kami ketahui..Allah Maha Mengetahu segala-galanya..Terima kasih ya Allah. Kerana Kau berikan kesempatan pada Ramadhan yang lalu untuk sama sama kami mengerjakan ibadah Umrah bersama arwah ayah..Nikmat yang tidak akan dapat dicari walau di mana mana sekalipun.. Tabahkan hati kami sekeluarga untuk terus beribadah dan taat kepadamu Ya Allah..seperti Sabda Nabi s.a.w : Cukuplah kematian itu sebagai peringatan..


Pantasnya masa berlalu..sedar tak sedar setahun berlalu pergi..Ramadhan menjelma lagi..Pengalaman semasa berpuasa awal Ramadhan tahun lepas di Makkah amat berharga bagi aku..Itu lah umrah pertamaku bersama arwah ayah, dan itu merupakan umrah terakhir arwah ayah..masih teringat ingat waktu berbuka puasa bersama sama di masjidil Haram dan juga di Restoran Felda..serta berbuka puasa makan nasi arab di Hotel..Itu semua kenangan yang takkan aku pernah lupa sampai bila bila..Terima kasih Allah atas kesempatan itu!!


Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah ayah dan juga dosa kami sekeluarga..Ayah, tenanglah di alam sana.untuk yang masih hidup, Jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buat kita semua..semoga kita tidak membiarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan sia sia..Insya Allah..

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


*Insya Allah akan sempat berbuka puasa bersama keluarga pada 1 & 2 Ramadhan ..

3 comments:

KakNi said...

Al-fatehah didoakan kepada arwah ayah Azim. Salam Ramadhan dan semoga ibadah di bulan mulia ini diberkati Allah.

geraugebang said...

Assalam. Tahniah buat Ami, Jayyid Jiddan. Bagus tu...Alhamdulillah. Selamat Berpuasa...moga roh arwah ayah Axim dicucuri rahmat... Alfatihah..Amin

geraugebang said...

Assalam,
Tahniah buat Ami, Jayyid Jiddan...bagus tu...Alhamdulillah. Moga roh arwah ayah azim dicucuri rahmat Insyaalllah...Alfatihah...amin.Selamat Berpuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails