Pagi 7 Julai 2012
Seawal jam 7 am setelah selesai solat subuh dan sebagainya,aku, kak tie, dan abang jalee sekeluarga bertolak dari Ampang menuju ke Kuala Kubu Bharu untuk sama sama meraikan Hari istimewa ami.Hari ni dia akan berkonvokesyen setelah tamat pengajian di Darul Quran Kuala Terengganu dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat..Abang Shuk dan Kak Feeza pula dari Tanjung Malim, so tempat pertemuan adalah di JAKIM Kuala Kubu Bharu Ampang pecah.
Ni gambar masa Ayah Konvokesyen pada tahun 1974..bawak gambar ni untuk beri semangat pada Ami. supaya dia tahu mak dan ayah akan sentiasa ada bersama sama..Mak tak dapat nak ikut datang melihat kejayaan ami sebab masih dalam tempoh iddah..tak boleh keluar rumah..so gambar ni sahajalah menjadi pengganti..tapi versi yang muda sikit lah..since 1974..
Aku dapat bayangkan ayah mesti gembira kalau dia ada sekali..masa ni mesti aku duk tolak ayah atas kerusi rodanya..Mak pun ada sama..dan Ami mesti sangat gembira mak dan ayah dapat hadir majlis konvokesyen dia kali pertama..Tak mengapa.Kadang apa yang kita nak tak semua Allah beri..ada perkara lebih baik lah tu Allah akan beri nanti..Insya Allah. Yang penting dalam hati masing masing tak pernah lupakan mak dan ayah..
Bila sebut pasal konvokesyen mesti tak lepas dari bunga segar..aku dah la tak bawak hadiah apa apa untuk Ami..tak sempat nak beli..nanti lah abang beri hadiah kat Ami..Kak Tie belikan bunga satu jambak ni dulu..Orang yang duk jual ni sakan duk promote. Perniagaan keluarga rasanya.
Kitorang sampai lebih kurang macam abang shuk dan Kak feeza sampai..ok lah.ngam ngam.
First thing to do ialah cari Ami dulu..jumpa sekejap sebelum dia naik pentas
Kena dukung Qiadah sebab selipar dia hilang sebelah..kalau tak boleh suruh dia jalan sendiri jer..nanti kita try cari selipar yer..ada banyak booth jual jual kat tepi sempena konvokeseyen day ni.
Jumpa Ami dulu kat dewan kecil tempat berkumpul sebelum masuk ke Dewan Konvokesyen sebenar..Pass kan gambar mak dan ayah kat dia. Terus dia letak dalam poket. tak tahu lah dah pulang balik pada Kak Tie ker tak sebab Gambar ni Kak Tie simpan.heheee..at least ada gambar ni tak la Ami terasa sangat mak dan ayah tak ada bersama sama.
Bergambar sebelum majlis bermula
Adam tak ikut sekali. Tinggal di Shah Alam dengan Mak Kak Feeza
Tadi pagi keluar dari rumah Kak Tie memang tak sarapan apa pun. so agak kelaparan lah..sementara menanti budak budak konvo masuk dewan cari nasi lemak dulu kat gerai gerai yang ada..beli nasi lemak dan makan bawah khemah yang disediakan untuk semua tetamu.Boleh la buat alas perut. nak beli Kelantan Freid Chicklen tak siap goreng lagi. Kelantan Freid Chicklen. Bukan aku typo. Tapi kat Banner gerai ayam goreng tu memang eja macam tu. Freid Chicklen. aku tak tahu lah takut tu gimik dia. wallahualam.
Perbarisan para graduan masuk ke dewan..di iringi selawat ke atas nabi. Ingatkan diorang pasang CD ker apa ker. Rupanya Live dari atas pentas satu group nasyid berselawat sebagai suara iringan sambil para graduan masuk ke dewan..macam macam graduan yang ada..diploma dan Ijazah.yang lain lain aku tak sure lah pulak.
Yang boleh masuk ke Dewan sebenarnya seorang sahaja. Abang Jalee masuk sebagai wakil. tak lama lepas tu ada sekretariat bertugas panggil lagi orang sebab seat ada yang kosong.. Kak tie, Kak feeza dan Abang Shuk masuk sama lah dalam dewan. aku tunggu kat khemah ni sahaja dengan Kak la..ada budak kecik dua orang tu susah jugak kalau masuk dewan..
sementara tunggu giliran Ami jalan jalan dulu kat Gerai yang ada
Aku tengok kat skrin TV jer lah Ami naik pentas..Congrats adikku!!
Then bila majlis tamat baru lah semua orang dapat berjumpa dengan para graduan..riuh rendah keadaan di luar dewan.standard lah hari konvo..teringat balik masa aku konvo dulu di Uitm shah Alam back then in 2006..masa tu ayah still boleh berjalan lagi..Miss that moment..tapi tu moment yang dah berlalu..ni moment untuk adik aku pulak mengorak langkah untuk semakin maju ke depan.
Istiadat Konvokeseyen Darul Quran kali ke 21
Ambik gambar atas pentas
Ami dan kawan-kawannya
Selesai ambik gambar, Ami on phone dengan Mak Pulak..seronok bukan main dapat bersembang dengan Mak..Mak kalau boleh memang nak ada sama sama kat sini..Bila bagitahu pasal gambar tu terus mak jadi sedih.maafkan kami mak.Bukan niat nak suruh mak rasa sedih..Gambar tu sebagai simbolik sahaja..
4 anak lelaki Allhyarham Haji Ashaary. Faiz seorang tak ada..dia teman mak di Kemasek. ni pinjam baju konvo ami duk bergaya saja.hehe..ada ambik pakej RM240 untuk gambar family di studio yang diseiakan. Kaya lah orang yang dapat business ambik gambar Konvo..Bukan murah..then masa macam ni orang tak berkira sangat berapa harganya..janji dapat ambik gambar buh dalam frame.
Terserempak dengan Tuan Haji Zahir, Senior Manager sama kompeni..dulu dia sama sama kat Gelugor now dia dah pindah ke Conaught Bridge..Rumah kat Penang yang aku duk sekarang ni Bekas Rumah dia lah tu..hehe. keciknya dunia. Kat sini pun boleh jumpa. Tuan Haji Zahir meraikan konvokesyen anak perempuan sulungnya..Tahniah untuk anak Tuan!!
Tahniah sekali lagi buat adikku, Ami!! you did it well!!Selamat maju jaya di masa akan datang..kami sekeluarga bangga dengan kamu dan akan terus memberikan sokongan padu..Dalam bulan 9 ni Ami akan melnjutkan pelajarannya di Universiti Azhar Mesir..Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan lancar..Insya Allah.
"Dan
orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi
kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh
keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
-surah Al-Ankabut ayat 69
No comments:
Post a Comment