Followers

Friday, May 7, 2010

ALLAH TAK PERNAH JADIKAN SESUATU PERKARA ITU SIA-SIA

'jim,ni surat 'cinta' untuk kau..dah lama ayah terima ni.kebetulan kau ada kat sini baru lah ayah dapat bagi pada tuan empunya diri..'
Ayah menghulurkan satu surat pada aku..dalam hati tertanya-tanya,surat dari siapakah ini..surat 'CINTA' seprti yang di istilahkan ayah seperti punya pengertian lain..ada yang 'admire' pada aku dalam diam kah?entah..aku malas mahu menduga..Perlahan lahan aku buka sampulnya..
'Haaaaaaaaaa..SAMAN lagi????
Kali ni aku benar benar geram..seingat aku tahun lepas sahaja aku sudah berhabis rm900 untu melangsaikan saman Trafik..entah apa yang tak kena asal aku bawa kereta pasti akan kena saman..paling kurang pun saman majlis bandaran atas kesilapan parking,walaupun aku parking 5 minit semata-mata nak mengambil duit dari mesin ATM berdekatan..kadang kadang mahu mencari Parkir bukan kerja mudah di tengah bandaraya..Nasib selalu tidak menyebelahi aku.
Aku terus merungut dan merungut..Bukan apa,sesungguhnya aku amat tidak berpuas hati dengan saman yang asyik di keluarkan Polis..paling aku geram bila di saman melebihi had laju kebangsaan 110 km/j,bila tercatat laju yang aku bawa 118 km/j..Kadang di Lebuh raya 120 km/j terasa seperti sangat lembap.tapi aku malas nak bising lagi sebab salah tetap salah.
Dalam pada aku terus-terusan mengecam saman yang aku dapat itu,perlahan-lahan Mak tarik tangan aku ke satu sudut di dapur.Aku mengikut sahaja tanpa banyak soal..
'Zim..Ni mak nak cakap sikit ni..Setiap sesuatu yang Tuhan buat tu sentiasa bersebab..sentiasa ada Hikmah..Tuhan tak pernah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia..' Itu mukaddimah yang emak bagi.
Aku bukan tak mahu dengar..tapi setiap kali apa apa terjadi itu lah yang akan emak pesan..aku dah lali benar dengan kata-kata itu.memang,aku akur bahawa setiap apa yang terjadi ada Hikmah tersendiri..cumanya aku gagal untuk jejaki di mana hikmah itu bersembunyi..sebab itu aku seakan menolak bila kata-kata ini di ulang-ulang kembali.
'Jim nak tahu tak.Allah jarang sangat berikan apa yang kita mahukan dalam dunia ni..sebaliknya Dia akan berikan pada kita apa yang kita perlu..' sambung mak lagi..
Aku hanya mampu terdiam di sudut itu.
'Pasal Saman tu,Cuba zim pikir balik..ada tak zim dah terpakai atau tersalah guna sesuatu yang bukan milik kita?kebarangkalian itu ada kan..Jadi tuhan mungkin membalas balik apa yang kita buat dengan pendekatan Saman yang zim kena bayar..Cuba zim halusi kembali..mesti ada tersilap di mana-mana,yang menjadikan punca pendapatan dan rezeki kita ni tidak berkat dan pasti akan habis di mana-mana sebegitu sahaja..' mak cuba mengingatkan aku..
Aku berfikir sejenak..ada betul juga apa yang mak kata tu..
'Maksud mak,Tuhan mengambil balik apa yang kita ada dengan cara yang lain?? aku bertanya
Mak hanya tersenyum sambil mengangguk..Sebetulnya pada masa yang sama dia sedang menyiang Ikan,untuk makan tengahari.Kiranya Tazkirah ini bertempat di dapur sebelum masa makan tengahari tiba..
'Kalau ikutkan apa yang mak kata tu,saya rasa memang ada silap saya..seringkali juga saya pakai telefon pejabat luar dari kerja rasmi..seringkali juga saya buat sesuatu yang lain pada waktu bekerja..dan seringkali juga saya tidak menepati waktu dalam tempoh bekerja..kadang kadang masuk lambat dan kadang kadang sengaja untuk berlengah-lengah..' panjang lebar aku memberitahu mak perkara sebenar.
'zim,“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. begitu juga dengan keburukan yang kita lakukan ..mungkin dengan saman yang zim kena bayar tu dapat mengimbangi segala perbuatan yang tidak berkat di pejabat,mana kita tahu kan..Itu semua kerja Tuhan..Allah maha berkuasa dalam menentukan aturan setiap makhluknya..' Mak menambah lagi,dan kali ni kata-kata itu benar benar menyentuh hati dan perasaan aku..
'Apa yang mak cuba nak bagitahu,kalau boleh jika ada apa apa terjadi jangan asyik nak menyalahkan takdir atau orang lain..Cuba lihat diri sendiri dahulu..mesti kita ada buat salah dan silap di mana-mana hingga Tuhan jatuhkan Dugaan dan cabaran pada kita..Allah tak pernah buat sesuatu sia-sia,dan Allah juga tak akan timpa kan sesuatu pada Hamba-Nya jika dia tahu Hamba-nya tidak cukup kuat untuk harungi dugaan tersebut..yang penting kita kena muhasabah diri sendiri dan cuba cari jalan untuk jadi Insan yang lebih baik di masa akan datang..Tuhan itu Maha Kaya Zim..Yakin lah dengan Janji Tuhan..Buat baik akan di balas baik dan Begitu lah sebaliknya..Bukankah Tuhan Itu maha Adil??..Zim faham kan apa yang mak cuba sampaikan ni?
Aku mengangguk lemah.
Dan kali ni aku bermuhasabah sendiri..
Betapa kerdilnya aku rasa diri ini..Sedangkan dugaan yang sebegini kecil pun aku sudah merungut,apatah lagi jika Tuhan timpakan sesuatu yang lebih besar di kemudian hari.Mendengar kata kata mak itu cukup untuk menjadikan aku sedar dengan kedhaifan diri..Kita hanya Makhluk yang cukup lemah..Allah maha berkuasa..segala sesuatu yang Dia buat dan aturkan semua telah tertulis di Loh mahfuz.Siapa lah kita untuk mempersoalkan kerja Tuhan.
Astaghfirullahalazim..
*Terima kasih mak atas peringatan.kadang saya leka mengejar dunia dan di saat itu kau akan muncul membawa aku pulang ke tanah asal..

19 comments:

rizal kamaruzaman said...

tersentuh membaca d pagi jumaat~ :)

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

suka baca ayat2 dari mak azim.....

kucingorengemok said...

betul, tapi biasa lah, kadang² kita lupa... untung ada mak yang mengingatkan :)

Cik Wanie said...

tersentuh baca entri ini,
tambahan pulak part kata2 dari mak azim,

hurm...

PUTUBAMBU said...

betul tu kata mak axim..

yg pastinya..setiap yg berlaku..ada hikmah di sebaliknya...

DrSam said...

terimakasih axim. suatu peringatan yang bagus dan amat menyentuh sanubari. Allah tidak pernah dan tidak akan berlaku zalim. Semoga kita semua bermuhasabah dengan entri yang baik ini. Terimakasih axim.

DrSinga said...

Hari Ibu tidak lama lagi...
:)

tunbegia said...

kasih emak membawa kesyurga tuh, kasih bapak takdok tolok bandingnya jim kannnns,

salamm,

sepul said...

mcm novel

Kniedaz said...

ya ada kebenaran di situ..mari bermuhasabah bersama

CAHAYA said...

sweetnya mak Azim. ;)

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

@xim.. seyus beergenang airmata mie bila baca apa mak tulis....

begitu mendalam kan kata kata nasihat mak nie ....

kim salam mak ye nanti.. time kasih kat dia sebab dia cakap mcm tuh kat awak.. n tq kat awak jugak sebab kongsi dalam nie.. macam kiter pun tengah dinasihati oleh ur mum....

:D


by the way my parents is at my home.. visiting me...

owhh balik karang nak memeluk emak.. :D

mummysyafie said...

peringatan untuk akak gak..thanks zim sebab share..

f.A.r.A.h said...

thanks. post yang best.

Wahidah said...

makcik sya suke la dgn kata2 makcik ne..nasihat yg sgt bermakna..:) muhasabah diri tu pnting..aper2 yg berlaku pasti bersebab..Allah lebih mengetahui..kdg2 kita terleka sbb tu Dia uji kita dgn sesuatu..opss..khutbah jumaat pulak..:P happy weekend axim

Ziana said...

thanks coz share..
sometimes kite terlupa hikmah sebaliknya..

tq again..

Faisal Admar said...

cerita betul atau rekaan? i like! :)

p/s: keith selalu bengang bila kena saman! haha

anne said...

thanks axim sebab kongsi nasihat mak axim kat sini. bukan benda yg kita tak pernah dengar atau baca, tapi kadang2 kita perlu di beri peringatan macam ni.

\""/ said...

nice reading..
thank you for sharing..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails