Followers

Thursday, July 15, 2010

TRIP BANGKOK / PATTAYA DAY 1 - THE ARRIVAL & NIGHTLIFE

Bismillahirrohmanirrohim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

7 JULAI 2010

Hari rabu yang cerah.

Seawal jam 7 pagi kami mengorak langkah keluar dari kediaman Ziana..malam sebelum tu sempat layan Bola Holland VS Uruguay yang menyaksikan Holland menang dan dapat ke Final(tapi kalah ngan Spain..hua hua hua..)..pukul 5 pagi baru tidor,then 7 pagi dah kena bangun sebab nak bertolak ke LCCT..memang lebam lah mata..Penangan World Cup punya pasal..Nak travel pun tak cukup rehat..

3

Aku,Zie,Nikli ngan Aida gerak sekali dari Ampang naik teksi ke KL sentral..dari KL sentral kami ambik bas ke LCCT.Liana dah ready tunggu di LCCT jer sebab rumah dia di Putrajaya..dekat dah ngan area airport sana..Thanks to mama ziana sebab dah book kan teksi sehari awal..pukul 7 pagi teksi ni dah tunggu..tu pun kami sempat la meraikan Birthday kakak serba ringkas..potong kek dan minum secawan teh then baru gerak keluar rumah..Hepi Besday kakak!!moga panjang umur murah rezeki..ameenn.

4

Bercakap pasal Currency Thailand,aku pun tak sure berapa rate duit BAHT..yang aku taw 100 Baht = RM10..kalau 1000 Baht = RM100.macam tu la lebeh kurang..Duit kat atas ni Aida dah tolong kami siap siap tukar kan.nasib baik dia dah tukar..aku quite busy a few days before nak travel ni so tak sempat..itu lah gunanya kawan kawan.Tolong menolong di kala kita memerlukan.

5

Kami dah siap buat Web Check in..so tak rush sangat lah.just sampai LCCT dalam pukul 9,terus Check in Bag then menuju ke Old Town White Coffee for Breakfast.Liana dah tunggu kat situ..so untuk membuang waktu(sementara tunggu nak boarding) kami lepak lah dulu makan minum di sini..Boleh kata sini jer lah port wajib kitorang lepak sebelum fly.hahaaa.

6

Makan lah serba sedikit..Order Chocken Hor fun dua mangkuk,Roti double kaya butter Toast ngan Roti apa nama ntah yang si Nikli order..aku pun tak sure..tapi roti tu tebal.ada elemen susu kat dalam..Layan kan ajer.

7

Flight Number FD 3572 ke Bangkok ni pukul 10.40 am..di jangka tiba di Bangkok pada jam 11.40..aikk??sejam jer??tak lah..dua jam sebenarnya perjalanan ke Bangkok dari KL..tapi waktu kat Thailand awal satu jam dari kita..kalau kita pukul 12 diorang baru pukul 11..macam tu lah..so that's the reason why pukul 1140 da sampai sana.waktu Thailand.

8

Alamak,gambar kat atas ni terpecah pulak pixelnya..silap resize..maafkan saya.kami naik FD iaitu Thai airbus,Air asia yang di uruskan oleh pihak Thailand..Kaya kan Tony Fernandes..Jeles..FYI,first flight ni aku,Aida ngan Nikli jer yang bertolak dulu.Ziana ngan Yana flight seterusnya..ntah macam mana kami beli tiket dulu tak sama plak..janji dapat harga tak mahal sangat.tak kisah lah,as long as semua dapat ada kat Bangkok nanti..Bangkok here we come!!!

9

Jika mengikut kitaran jam,gambar first tu gambar aku lah.takkan gambar mat salleh pulak.second gambar-Dequadin..First time aku makan Gula gula kerongkong ni.biasa rembat Strepsil jer.kebetulan masa ni aku sangat lah sakit kerongkong..nak bercakap macam takder suara..nak demam pun yer.tapi demi nak travel gagahkan diri jua..Order makan jugak atas flight walaupun dah makan kat Oldtown tadi..haha..Grilled chicken ngan BBQ sos tu sedap tapi Viatnamese Spring Roll yang kaler ijau tu tak sedap!konon nak try sebab available dalam flight FD saja..tapi tak sedap.Now we know,you know.

10

Dalam pukul 1140(waktu thailand..strat from now on waktu Thailand akan di pakai guna untuk entri ni.) kami sampai lah ke SUVARNABUMI AIRPORT..cantik lah building airport ni..tak bosan melihatnya..dari tempat kapal terbang mendarat kami naik bas pula ke main Airport..Free shuttle bas.

11

Masa nak masuk ke Main airport sempat lah bergambar sakan depan signboard 'Welcome to Thailand'..garang muka polis yang duk jaga pintu..masuk dalam airport duk rewang rewang ,pi kedai gambor lah ambik gambor for fun..sebabnya nak tunggu Zie ngan Yana punya pasal..flight diorang lambat sejam macam tu dari kitorang.

12

Struktur airport nya pun macam rumit..sesat sesat jugak lah duk dalam ni..tak taw nak tuju hala mana last last kami benti jer tepi jalan duk bersila sambil discuss tempat mana nak pi nanti di Bangkok sementara tunggu pasukan berdua lagi sampai.NN macam biasalah,seronok duk baca peta.aku duk menyibuk jer.

13

dekat sejam lebih jugak tunggu..lepak tepi jalan.

14

Akhirnya mereka berdua tiba,terus kitorang cari kaunter tiket bas untuk ke Area Si Lom..sebab kami dah book satu Hostel kat situ..harga tiket Bas dalam 150 Baht which mean 15 ringgit Malaysia Tunai..ok lah takder mahal sangat..aku lupa dah bas nombor berapa tapi tunggu jer kat depan stesen bas mesti ada orang panggil nanti.

15

Tunggu bas dalam sepuluh minit jer..Bas sampai then naik bas menuju ke area Si Lom..orang bas tu siap tanya lagi nak ke area mana,maybe memudahkan diorang untuk turunkan penumpang..bas nya ok lah.quite selesa.dalam bas kami duk makan biskut apa yang ada sebab dah kelaparan..around pukul 3 petang dah masa ni.

16

Bas berhenti,then kami menyambung perjalanan..quite confusing jugak nak cari jalan ke Hostel yang kami booked.tapi mat peta ada so serah jaa pada yang pakar..i will follow you.kalau ko sesat maka kitorang pun akan sesat..muhahaha..

17
'Take a Nap:The sleeping room' hostel and budget hotel in Bangkok city, Thailand, offers great value, friendly backpacker and budget accommodation in central of Bangkok City.
Try napping in our sleeping room, where thirty of them have been designed and furnished by a different theme. The rooms are all decorated so differently, with varying colors, graphics wall and facilities.
It has a great central location, and is really only a few minutes walk from both the sky train(BTS) and subway(MRT). It's also close to the city center, night clubs, markets and many sights. Our hostel is located at Rama 4 Street, near Silom and Surawongse Street, CBD of Bangkok City and is a wonderful spot for backpackers to base themselves.

18

Kedudukan Hostel ni agak strategik..ni info aku ambik dari website diorang-jarak tempat menarik dari Hostel : 1. MRTA(subway) Samyan Station: 0.4 Km.2. BTS(skytrain) Saladaeng Station.: 0.6 Km.3. Hualampong Main train station: 2 Km.4. Patpong: 0.6 Km.5. Lumpinee Park: 0.5 Km.6. Robinson department Store: 0.35 Km.7. Central department Store: 0.6 Km.8. MBK & Siam paragon: 2 Km.9. Wat Traimitr: 2.3 Km.10. Grand Palace : 5.6 Km.11. Wat Pho: 5 Km.12. Khaosarn Road: 5 Km.

19

ni Bilik untuk Pria..Nice kan biliknya?setiap bilik ada konsep tersendiri..bilik ni namanya Urban Garden (Double S),sesuai la untuk dua orang stay.RATE satu malam bilik ni ialah 1150 Thai Baht(RM115)

URBAN GARDEN (DOUBLE S)
Room size : 17 sq.mBed size : 5x6 feet-Room Facilities- Air-conditioned (Self-remote control).- Telephone (Internal call).- Television (3 News channel + 1 Music channel).- Tea & coffee facilities.- Electronic safe.Room limitations- No fridge.- No wardrobe (but we do provide hangers).- This room is really small.

20

Ni pulak bilik untuk si Gadis..nama bilik ni Siam Deluxe..untuk dua orang tapi boleh mintak extra bed for 3 orang.Rate satu malam ialah 1400 Baht (2 orang) and 1500 baht (3 0rang)

SIAM DELUXE (DOUBLE L)

Room size : 22 sq.mBed size : 6x6 feetAccommodation- 2 persons : THB1400- 3 persons : THB1600 (please contact via e-mail for additional bed)Room Facilities- Air-conditioned (Self-remote control).- Telephone (Internal call).- Television (3 News channel + 1 Music channel).- Tea & coffee facilities.- Electronic safe.Room limitations- No wardrobe (but we do provide hangers).

21

Amboi bukan main aku duk promote kan Hostel ni..info aku ambik dari laman web take a nap.Berbaloi lah stay kat sini.memang bajet Hotel yang bagus..siap ada Breakfast di sediakan lagi..dah check in semua kami bersidang lah bincangkan itinerary apa yang patut untuk 4 hari yang seterusnya..Lapar-duk balun megi ngan Biskut..Then semua decide untuk rehat..penat.aku pun rasa macam nak demam..kena tidor sekejap.tak sekejap dah..sampai pukul 7 mlm lah jugak.

22

Dalam pukul 8 malam baru semua bersiap untuk keluar..lupa nak cakap kat Lobi hotel ada di sediakan dua bijik PC untuk layari internet..Free Wi Fi pun ada kat sini.baguih duk adaa aiih..tempat first yang kami nak tuju ialah Restoran makanan Halal..semua dah lapar tahap Gaban dah..di mana ya kami pi makan??

23

160/9 (27) ITF Building
G.FloorSilom Narathiwat Soi 1
Bangkok 10500

Restaurant:+6626342839, Mobile:+66892048664
11am to 11pm Daily Accepts Friday Close

Based on research kat Internet,akhirnya kami sampai di Restoran Chili Padi ni..jalan kaki je pun dari 'Take a Nap'..so memang lah Hostel kami tu strategik sangat..senang nak bergerak ke mana mana..mai Bangkok pun cari makanan Malaysia..haha..dah tu yang Halal.kalau korang nak cari restoran ni sila lah rujuk alamat tertera di atas.

24

Interior dalam Restoran.Ok lah.no complaint.

25

Oleh kerana kami just berjalan kaki,masing masing dah kehausan so semua pakat pakat order air buah..ada Fresh Oren ada air tembikai..standard kita kat sini jugak..pekerja yang datang ambik order pun Orang Thailand yang memang dah pandai cakap bahasa Melayu..so senang nak berkomunikasi.apa yang kami order untuk dinner?

26

Macam macam kami order..(rujuk gambar di atas) ada Nasi Goreng pattaya,Nasi Goreng Kampung,Nasi Goreng Seafood,ada Nasi Goreng daging merah,ada nasik Putih..tak cukup dengan tu duk order lagi lauk tambahan-Udang sambal merah ,daging masak merah ngan Telur dadar..memang puas makan wa cakap lu..Harga pun affordable lah.dalam RM15 sorang macam tu..ok what?..janji kenyang perut..rasa makanan kat sini pun sedap.Boleh lah.recommended.

27

Dari restoran Cili padi kami meneruskan Perjalanan menuju ke Station BTS terdekat iaitu SALA DAENG station..kami nak ke Central di SIAM station..jalan kaki lepas makan pun bagus.boleh burn kalori..haha..takyah diet diet kat tempat Orang..ni lah peluang nak makan apa saja.

28

Dalam perjalanan nak ke BTS station tu kami lalu di kawasan PAT PONG NIGHT BAZAAR..macam biasalah night market macam ni akan jual banyak baju baju dan souvenir..di tepi tepi jalan Bazaar tu banyak pub dan kelab kelab..ramai yang duk approach suh tengok show macam macam..tapi perlu di ingatkan jangan layan..sebab nanti korang kena tipu..memang diorang kata 100 baht jer nak tengok show jap lagi silap silap 1000 baht korang melayang.so better jangan layan.

29

Kami tiba di BTS Sala Daeng..tempat train ni sama jer ngan tempat kita..nampak menarik sebab ada Jam bulat tu.yang lain nothing special lah..except trainya bertingkat..hahaa..tu moden lah sikit dari KL.Harga tiket 20 baht..2 ringgit sorang.beli kat mesin.

30

see..sama jer kan macam tren kita.

31

tak jauh pun Siam station ni..selang dua tiga stesen then sampai

31a

Keluar dari Siam Station terus nampak SIAM PARAGON..orag kata mai la shopping kat sini,murah murah nak nak time sale..kami sampai time dah lambat..dekat pukul 10..Tempat ni pun dah nak tutup..tak kisah la.bukan kami nak bershopping pun kat sini.

32

Nak tengok wayang kat Thailand?menurut kata kata seorang warga Malaysia di Thailand,sebelum tengok wayang pun kena nyanyi lagu kebangsaan..kuatnya kesetiaan mereka pada raja.kat mana mana kat sini mesti banyak gambar raja dan permaisuri..patuh dan taat lah rakyat thailand ni.muka PM diorang jarang sekali.

34

bergambar ramai ramai depan SIAM PARAGON

35

Tujuan asal kami nak ke HARD ROCK SHOP ni sebenarnya..sebelahnya ada Hard Rock Cafe..punya lah pusing kat Siam Square nak cari jalan ke Hard Rock last last brader jual buah depan Siam Paragon jugak yang bagi kami direction how to get here..agak tersorok ke belakang lah pulak Hard Rock Cafe ni..yang menarik depan Hard Rock Cafe ada Tuk tuk tersembul keluar..kalau Hard Rock Singapore ada Kereta kat atas tu..macam macam lah.hahaha

36

Dah masuk Rock Shop apa lagi masing masing duk sakan lah memborong t-shirt ngan Shooter Glass.aku beli T-Short ngan Shooter Glass.Cukup lah tu.nak beli lebih lebih tak mampu..banyak hari lagi kat sini kang short duit pulak..

37

here we are @ HARD ROCK BANGKOK

38

Dah puas bergambar lebih kurang kami mengorak langkah untuk pulang..dalam perjalanan aku terjumpa Micheal Ballack,Frank Lampard,Didie Drogba ngan Kaka..aku buh gambar KAKA jer lah kat sini..World Cup tengah hangat kan masa ni.

39

Then kami naik ke BTS siam menuju ke Sala Daeng..nak balik Hostel semula.tengok lah paper bag Hard Rock.sakan duk borong depa ni.

40

masing masing dah kemengantukan dalam Tren.

41

Sekali lagi aku bertembung ngan Kaka,kali ni ada Messi ngan Tiery henry pulak..bawak geng nampak..lepas bergambar lebih kurang ngan diorang ni kami bergerak pulang ke 'Take A Nap'..aku duk online kat Lobby kejap sementara nak tunggu match Germany VS Spain dalam misi nak ke Final..Paul Octopus duk ramal Germany kalah.memang kalah betul..rugi aku tak tidor..huhu..Masa ni yang lain semua dah hanyut..Ulasan bola dalam bahasa Thai pun layan kan ajer lah.

*That's all for hari pertama kami di Bangkok..Seronok sebab dapat stay kat tempat yang strategik,and the best is yet to come..Stay tune for more with AXIMUD!!info yang ada dalam entri ni di ambil dari laman web berkaitan.Semoga ianya mampu memberikan manfaat buat anda semua.Chalooooo.!!

**2 hari ambik masa nak siapkan entri ni.sibuk maaa!

30 comments:

Mak Su said...

namanya take a nap?

saya ingatkan takenap....hahaha

@xiM said...

MAK SU,

yess..namanya take a nap..:)

nasazfrog... said...

fuhyoo..... diorang berjalan lagik tu,.,, nampak enjoy... pasni nak kemana pulak gak eh tu......

sepul said...

info hang sangat membantu la wei. insyallah nanti ada kelapangan akan ke sana jugak. weh.. letak la sikit gambaq ayam-ayam kat patpong tuhh

Mrs.Sheikh said...

hotel best, soping best, makan best!!! :D dengki [dngki yg baik takpe kannn ]

Ziana said...

sgt happy n puas hati dgn Take A Nap nih..

wifii free everywhere..
sambil golek2 ataih katil pon leh berFB..pc provide kat bawah..

cafe sgt sempoi..
ade pool table..
siap ade tmp baring2 layan tv kat cafe.. deco nice..
yg penting CAFE HALAL..
ade mini 'library'.. leh pinjam story book yg sgt laaa best2 cite nyer..

ok fine..!!
Take A Nap mmg best..
staff sgt frenly n informative :)

100% recommended..!!

or try carik Glitz Hotel..
best jugak..
time tuh dh full..
nice rooms deco Glitz nih..
price room same ngan Take A Nap..
:)

Abah Mui'zz said...

Cili Padi tu biasa2 je food dia Zim. Kena try satu kedai kat area masjid tuh, memang superb.

@xiM said...

NASAZFROG,

penat pi Bangkok last week tak ilang lagi..tunggu lah dulu yer kak..hehehee

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

Alhamdulillah syukur kalau Info dalam blog ni dapat membantu..gambar Ayam tak leh letak..sensitip..:p

@xiM said...

HUSNA,

dengki??bila nak join kitorang jenjalan ni husna..

@xiM said...

ZIANA,

panjangnya komennnnnnnnnnn..nampak sangat memang berpuas hati sesangat ngan TAKE A NAP ni..

pinjam ker bawak balik nuku tuh??hahahahha..

memang staff sangat frenly..apple tu baguih kan..memandai kan bagi nama dia apple..:p

@xiM said...

ABAH MUIZZ,

kami try cari jugak yang dekat ngan masjid tapi masjid pun tak jumpa carik..so bergantung harap pada Cili Padi ni jer lah.memang makanan nya sedap,but ordinary food jer lah.Tomyam nya pun tak best sangat.

Wahidah said...

sgt2 jeles okeh...isk3...hotel yg nmpak sgt best...

oh ya hor fun..OMG..sedap2...aish...pose2..:P

Leez said...

wah berkelana ke Bangkok pulak.
Sukalah tengok hostel tu...cantiks!

Ada try makan kat Mak Yah tak? tomyam paling sedap di dunia... :P

@xiM said...

WAHIDAH,

Haah..Hotel tu best..bajet hotel yang berbaloi baloi..:)

@xiM said...

KAK LEEZ,

tak try pun makan kat mak yah tomyam tu..area mana kak leez??kena repeat lagi lah ke Bangkok nak rasa Tomyam..:)

Unknown said...

entri yg sgt best,
mukadimah yg sgt best,
perjalanan yg sgt best,
hotel yg sgt2 best + cantik,
so sesiapa yg nak ke BANGKOK,
jgn lupa pilih "TAKE A NAP",
gtuekan,
mcm saya plak yg pegi...

hihihihi:)

btw,
lawa header baru tue,
mcm masuk blog org bangkok plak;)
kak kung kapppp:)

Anonymous said...

Salam tuan tanah,

1st time jengah blog ni, meriah! Seronoknya yer dapat pegi Bangkok!
nice blog, tapi layout dan banner meningatkan pada blog stillwahdi.blogspot.com plak..hehe harus pasni jengah sini lagi!

Mahzan

Faisal Admar said...

wah! best bangkok :)
someday... maybe.

en_me said...

ammvoiii.. jalann sakannns..

mummysyafie said...

panjang entry tiz time..nak komen byk2 bleh ke?

sakit tekak sampai nak kuar suara pun susah sebab tengok bola erk??

pastuh..kalau akak nak join uols gi holiday nx time for sure uols tolak akak siap2 kan. sebab one begpack tak cukup arr...eventho travek 2-3 hari je. cmane azim leh letak semua lam satu beg erkk??

iyer2 je nikli pegang awek tu. nampa real je..ingatkan betul

rasp said...

wait aaaa i nak take a nap first...
hehehehe suka nama hotel tu...
catchy....
wah feeling very jutawan tunjuk2 $ gitu kan, i loike :)

@xiM said...

CIK WANIE,

thanks sebab suka entri ni..:)
kalau ke bangkok sila lah duduk di Take A nap ni..:)

header tu bukan ada gambar bangkok jer..campur semua negara yang pernah di jejaki..

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

aku ajak hang tak mau.

@xiM said...

ANONYMOUS,

mahzan,selalu selalu lah datang sini k..suka jenjalan..:)

@xiM said...

EN ME,

memang sakan!!

@xiM said...

KAK NOR,

tu lah pasal kak nor..jerit kuat sangat tengok bola sampai sakit tekak takder suara..hahaha

beg ada bawak dua lah kak nor..tapi memang bawak barang sikit pun..kak nor nak join no hal punya..sumbat abang ngan wawan sekali dalam beg travel tu..hehehe

macam real kan..kahkahkah

@xiM said...

RASP,

tu lah pasal..memang feeling feeling jutawan sangat..:p

mummysyafie said...

wweiii..mana bleh sumbat anak lam beg. aparaa azim nie..baek sumbat akak je..leh jimat tambang.

Beruang Madu said...

Azimmmmmm... abang suka sangat info dalam ni, tengkiu tengkiu... nanti kami ke sana kami nak dok sini gak nak makan kat sini gak nak tu gak nak ni gak... nak nak nak... bestttttt!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails