Followers

Tuesday, August 3, 2010

AYAM PENYET : WARUNG WARISAN SRI KEMANG

Hari ni dah masuk 3 Ogos..Dah 2 per 3 2010 kita lalui..Macam macam perkara terjadi.dan aku harap semua yang berlalu pergi akan mematangkan aku dari segala sudut aspek kehidupan.Minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk..Bergegas ke Baling Kedah,kemudian ke Kuala Lumpur,then ke Port Dickson dan seterusnya berkampung di Pasir Gudang seminggu sebelum pulang ke Kuala Lumpur semula..dan hari ini aku kembali ke tempat kerja asal-Penang..Penat?aku pun dah tak tahu definisi penat..semua main redah jer..Sementara badan masih mampu.

Kalau nak di ikutkan banyakkkk story dan entry yang aku nak share dengan Korang.Kekangan masa buat aku tak sempat..mana yang sempat aku share slow-slow lah..Hari ni,jom kita terbang ke Pasir Gudang semula untuk makan tengahari di Restoran Warisan Sri Kemang,Ayam Penyet bertempat di Kampung Pasir Putih.Lets!!

28 JULAI 2010

Masih lagi berurusan di Pasir Gudang..aku tak betah sangat nak share story pasal hal di tempat kerja..Time lunch pakcik pakcik ni banyak duk suggest tempat makan..nak makan di Kedai Rahmat lagi macam tak best pulak sebab nak try makan di tempat lain,so ada lah brader sorang ni suggestkan aku supaya makan ayam penyet di warung warisan sri Kemang,pun bertempat di Kampung Pasir Putih.

1

Aku tak taw nak kasi direction yang full,tapi kalau dah sampai Kg.Pasir Putih mesti akan nampak lah kedai ni..tapi berhati hati sebab signboard atas kedai ni kedai Letrik..hanya Banner yang terlentang atas tu sahaja yang menjadi penunjuk arah.

2

Bersama 6 lagi teman yang lain aku datang makan tenghari di sini..Kedai ni pun boleh tahan ramai jugak orang bertandang..maknanya mesti ada satu tarikan yang tiada di tempat lain.so apa yang kami makan??kat sini ada ayam,ada Ikan Keli,ada Puyuh..tiga tiga tu kami try.kalau ikut banner siap ada merpati ngan bebek..(bebek tu Itik)..tapi macam tak lalu jer nak makan merpati.hahahaa

3

Ikan Keli aka Pecel Lele

4

Ayam Kampung Penyet

5

Burung Puyuh Penyet

6

Satu meal harganya RM5,sekali dengan nasik dan Kuah sup..Masakan Indonesia ni memang sedap..aku suka lah maskaan macam Nasi Padang dan ayam penyet ni..habis licin kami bedal semua..pakat main rasa rasa sikit sorang..

7

Keunikan kedai ni terletak pada sambalnya..mana mana ayam penyet pun tang sambal yang berbeza..biasa aku makan sambal ayam penyet lain sikit.Sambal kat sini memang sedap..tak taw lah apa depa letak tapi rasanya memang lain dari yang lain..ada belacan dan kicap kot tu yang kaler gelap.macam ada rasa kacang pun yer..

8

Dah habis makan apa tunggu lagi,jom bayar dan pulang semula ke Stesen..kerja banyak lagi duk tunggu..Outstation macam ni aku suka sangat lah duk cari tempat makan..nantikan banyak lagi entri tempat makan di JB yang akan menyusul nanti..:)

*mood berblog dan berFB agak menyusut dua tiga hari ni..nak kena bawak bawak bertenang dan berehat dulu..

23 comments:

Unknown said...

uish,
pepagi mcm nie ckp pasal mkn,
masakan Indonesia mmg sedap,
kepingin plak nak try ayam penyet tue,
tapi x tau bila,
hihihi:)

Nizam Gtz said...

Terliur tgk makanan tuh pagi2

NN said...

Cik wanie; semua hang nak makan.. Semua tempat hang nak pi..ish ish ishhh.. Bawak2 la berehat


Aku ingatkan hgpa makan merpati, bebek, kuda, burung kuang semua tuh..

azimask said...

axim.. masuk blog kau nie.. asyik lapooo je laaa.. dah la ngambik gambonyer ada skill... lagik menarik semua makanan tuh... eiisshhh drooling...

Ziana said...

sejuk2 kat opis nih..
ngan perut berdendang lagu Wonder Girl..
nampak plak ayam penyet..
hurm..

lets ayam penyet The Curve :)

Beruang Madu said...

Uikkkk... ni baru ni, tak pernah makan kat sini... disebabkan raya ni singgah ke PG dulu... boleh gak merasa kat sini... sedapnya...

sepul said...

nak ikut jugak kalao mempenyet kat curve ye...

Nuriel said...

saya yang dok jb nie pun tak sampai lagik makan kt kg pasir..
huuuu...

nice info!

kucingorengemok said...

kalau outstation time bulan puasa macam mana ek? tak merana ke?

@xiM said...

CIK WANIE,

masakan Indonesia memang sedap!

@xiM said...

ZAMSPOTTE,

pagi pagi jer kan..dah tengahari macam ni tak terliur dah..

@xiM said...

NIKLI,

Aku nak makan bebek ngan Merapti sekali takder lah pulak..puyuh pun puyuh lah..

@xiM said...

MIMIE,

hehe..tu la tujuan sebenar ambik gambar best best letak dalam blog kasi orang terliuq..:p

@xiM said...

ZIANA,

perut berdendang lagu wonder girls apa kes..baik berdendang lagu GLEE..hehehhee

jom jom!bila?

@xiM said...

ABANG BEAR,

kat depan kedai ni ada satu lagi warung ayam penyet..pun dah try..nantikan reviewnya!

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

ok aja..bisa bisa..:)

@xiM said...

NURIEL,

JB ngan PG kan jauh jugak..so tak berbaloi nak datang jauh makan..:)

@xiM said...

KOG,

kalau outstation bulan puasa bleh wat review time berbuka..:)

mummysyafie said...

zim..akak outstation selalu nya part makan ni disponsor..hihihihi..

Wahidah said...

axim hang ne kalo jadi model jalan2 cr makan pun bgs gk la...hehehe

@xiM said...

KAK NOR,

kami di bayar tapi pandai pandai lah cari makanan sendirik..hahaha

@xiM said...

WAI,

tu lah pasal..patutnya macam tu kan..

Unknown said...

NN,

nak kena debik jugak si NN nie,
bluek:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails