Followers

Friday, August 6, 2010

STULANG LAUT,DANGA BAY & SINGGAH SELALU JB

Salam Hari Jumaat,penghulu segala hari..

Hari ni ada Perjumpaan bulanan kat stesen.Ok lah sebab ada makan free.Minggu depan dah start puasa so makan lah dulu apa yang ada..Mood hari ni?ok ok lah..still bersyukur sebab masih dapat bernafas di Bumi Tuhan.Apa yang berlaku sentiasa berhikmah dan bersebab.

28 JULAI 2010

Kali ni nak selit pulak kisah minggu lepas.Dah macam Rojak kan entri aku ni sekejap ke Bangkok sekejap ke Johor balik.haha..Mana boleh selit aku selit.Ni kisah di malam hari,waktu jalan jalan dengan my colleagues di beberapa tempat sekitar Johor Bharu.

1

Kenapa aku tergelak besar macam ni pun aku dah tak ingat.Yang pasti dapat outstation sekali sekala macam ni memang dapat release tension ngan kerja di opis.Waktu ni kami duk lepak makan otak otak kat Luar Rose cottage sementara tunggu seorang lagi member datang nak berjalan sekali.

2

Persinggahan pertama ke STULANG LAUT,Singgah makan di Restoran Sayam..sebelah Kawasan Restoran ni ada The Zon Hotel,tempat barangan bebas Cukai.Happening gak lah kawasan bawah tu.Kalau stay kat situ mesti best tapi jauh la pulak dengan tempat kerja di Pasir Gudang.

3

Plan asal kami nak ke Senibong,makan nasi lemak kat sana..Tapi cari cari tak jumpa..Elok juga tak jumpa sebab menurut member aku yang kerja kat Johor makanan kat situ super Mahal sebab Orang Singapore yang rajin duk menyinggah makan kat situ.tu yang harga jadi dabel tripel.

4

Kami berempat order dua air ni jer..Dua air Teh tiga layer ngan Dua air Tembikai Laici

5

Yang aku perasan kat JB ni kalau pi mana mana Restoran pun mesti akan di sua satu bakul yang ada Otak Otak Kempas ni..dah nak tunggu makanan sampai lama jugak so bedal lah dulu 10 batang Otak otak ni.Habis pulak tu..haha.makan ringan ringan.

6

Kat Restoran ni kami nak makan lauk jer.nak ratah ketam Cili.so order lah 4 ekor Ketam Nipah ni.Hidup lagi depa tangkap pi Goreng.Memang Fresh.

7

Ini ialah KETAM MASAK CILI yang sungguh marveles..ada setengah kedai kalau buat Ketam Cili macam ni mesti tak berapa kick tapi yang ni menepati selera anak tekak aku..Kuah boleh ratah lah hirup..sedap..!

8

Terliur siott tengok isi ketam yang meleleh leleh tu..

9

Lauk sampingan yang di order- KERABU MANGGA..kerabu mangga ni aku suka sebab ada Bilis kat Dalam untuk menambahkan elemen kerapuhan..sedap ratah gak kerabu mangga ni.

10

Last but not least,UDANG MASAK MENTEGA..yang ni kira ok lah.jadi lah diorang buat..aku teringat masa makan kat Alai Melaka beberapa bulan lalu order Udang butter diorang pi Goreng Udang ngan Marjerin Murah.aku pun boleh meniaga kalau macam tu..ish ish ish..Udang butter Prawn di Restoran ni Ok cuma terlebih manis sikit pada kerak keraknya tu.

11

Sila gunakan pengacip yang di sediakan untuk memecahkan cengkerang Ketam..kalau gigi korang kuat takpe lah.Guna gigi jer.aku tak pandai guna pengacip ni.main kekoh ngan gigi sahaja.sudahnya bibir pecah pecah.hahaa

12

Seekor Ketam yang Tumpas di tangan aku..

13

Kononnya kami makan lite lite jer kat sini.tak makan nasik nak ratah lauk sebab nak singgah kat kedai lain plak nanti..tapi macam ni kira lite lite ker??heheheee..Perhentian seterusnya,Kami menuju ke DANGA BAY.

14

Di area Danga Bay kalau ada yang tak notis bahagian belakang tepi laut ada lagi kedai kedai nak lepak minum siap ada Liveband..kalau nak suasana Romantik mai la lepak kat Belakang ni.saja lah kitorang datang jalan jalan..ambik angin malam.

14a

Welcome to DANGA BEACH

15

Live band ada tapi penonton Kurang..Malam weekdays what do u expect kan

16

ni restoran or cruise aku pun tak pasti.cantik berlampu

17

18

19

Kami tak melepak pun kat sini.just ronda ronda ambik gambar lebih kurang then terus blah..Menuju ke persinggahan yang last-RESTORAN SINGGAH SELALU

20

Datang ke Restoran ni teringat banyak kenangan..Biasa kalau aku datang JB kat sini mesti wajib singgah untuk minum or makan kerang bakar..Kafe 24 jam ni seronok melepak walaupun harganya a bit mahal sikit.But it's ok..

21

Nak order air minum,aku order lah Kopi o Gelas Besar.Biasa kalau mana mana kedai aku pi Gelas besarnya setakat yang dalam gambar atas ni belah kanan.kat sini ambik ko.Macam jag!!terkujat seketika.haha.tapi takper lah sebab memang nak lepak lama so diorang semua pulun order gelas besar jugak..

22

KERANG BAKAR yang pasti diorder kalau datang sini.Kerang ni lain dari yang lain sikit sebab rempahnya berselerakan kat luar..a bit oily tapi different.Biasa kalau kerang bakar kan just bakar kosong ngan serai dan bawang tapi ni siap macam rempah Ikan Bakar.Perah asam limau then siap untuk di makan.slurrpp...

23

Yang ni faveret aku di Singgah selalu-NASI GORENG SEAFOOD..korang tengok sendiri lah gambar macam mana.tak kedekut lansung ngan seafood kat dalam..dan rasanya sedap sebab buh ajinomoto banyak kot.hahaha..tapi aku tetap suka tambah plak makan ngan Cili Potong..Pehhhhhh..meleleh ayaq liuq gua masa taip ni..

24

Gila merembes!pecah liur dah ni..gulp..

25

Ada orang teringin makan KENTANG GORENG so order la satu plate..Kitorang order semua serba satu jer..makan kongsi kongsi bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan di waktu malam..(alasan sangat)..Tapi makan kongsi macam ni baru best.Pusing pusing pinggan atas meja.

26

Apa lagi dah sambil makan sembang lah hal ehwal semasa..pasal kerja ada gak lah selit tapi tak banyak.banyak bincang hal merepek..haha..duk kat Singgah selalu ni seronok duk tengok gelagat orang.macam macam pesen ada..masa ni jam dah pukul 12 am lebih. macam esok tak kerja plak kan.

27

Selagi air tak habis korang jangan balik..

28

Dekat pukul 1 pagi kami beransur..Esok kerja lagi maa..tapi sanggup berlewat lewat sebab ntah bila nak sampai sama sama macam ni..Dan begitulah habisnya satu malam yang di spend kan di JB minggu lepas.i really had a great nite.

Sekian.

*malam ni aku akan pulang ke kampung halaman..Balik sebelum Puasa bermula.Nak suruh mak buat Murtabak segera banyak banyak..hehehe..

22 comments:

Marzalina said...

sedapnya isi ketam n nasi goreng seafood tu...huhuhu...bila nak belanja ni?? hehe

HEMY said...

fuh..terus lapa baca entri kamu

Leez said...

nasi goreng seafood itu sangat merembes...terliuq betui..

Unknown said...

minggu nie minggu makan je kan u punya entri,
tapi semua mknan yg u entrikan tue,
i x bole mkn,
sedey...

kerang bakaQ tue yg buat i terliur,
sedeyyy sbb x bole mkn,
huk huk huk

che'Burn@che'Qis said...

Senibong xsedap mane pon..biase2 je..tp MEMANG MAHAL!!

xpenah lak kami try kat Rest Sayam yg kat Stulang tu..nampak cam best jek ketam dia..

Danga Bay, weekdays mmg kureng skit..tp kalao weekends, fuhhhh!! mmg ramai pelancong!..Indon, Bangla, Nepal, Vietnam, etc..dr pagi smpi mlm..pening kepala T__T

Singgah Slalu mmg MASYUUKKK!..awek ramai weh..(ops, che'Qis jgn mare noo..)..makanan kat situ pon sedap & puas ati..

mummysyafie said...

betul tu zim, cara yang terbaek tuk lari dari bebanan pej adalah gi outstation

Ziana said...

mmg jalan jalan cari makan btui laa kan..

camne laa blog nih mase bln pose..
sure meleleh2 memasing dok baca
hahaha..

kerangs tuh mmg marveles..
jom kerangs :)

Beruang Madu said...

Nampak macam sedap jer 'air' yang tengah kena kacau tu... dapat satu tu waduhhhh... hilang dahaga... tiga layer gitu yer...

Hmmm kurang suka ketam sebenarnya sebab payah nak kekoh tapi paling sedap tetap ketam Riverview...

Kerang.. still cara masak tu no satu... the best!!!

Faisal Admar said...

waaaa ni memang betul-betul makan :) part crab tu memang tak boleh tahan. favorite!

rasp said...

mmg terkecur tengok ketam tu...
and the nasi goreng..yummylicious!!

@xiM said...

MARZALINA,

nak suh belanja??
mai mai Gelugoq ni..

@xiM said...

HEMY,

selamat makan tengahari setelah baca entri ni..:p

@xiM said...

KAK LEEZ,

memang sangat merembes!!

@xiM said...

CIK WANIE,

bersabarlah dengan dugaan tuhan..:)

@xiM said...

CHE BURN,

aku setuju dengans emua kenyataan ko..nasib baik aku tak pi senibong tu kalau tak melayang banyak lah duit aku yang kuat makan ni..:p

@xiM said...

KAK NOR,

tu lah.tu pun Boss saya tak berapa nak bagik.tapi lari jer

@xiM said...

ZIANA,

esok puasa kan?bersedia lah..heheheheheheh(gelak syaitonn!!)

@xiM said...

ABANG BEAR,

air tuh memang sedap!!abang bear kena try sedut sampai kering..:p

@xiM said...

FAISAL,

ketam tu terbaekkk lah!!

@xiM said...

FAISAL,

ketam tu terbaekkk lah!!

@xiM said...

RASP,

like da words-YUMMYLICIOUS!

Unknown said...

Suka makan ketam, peberet tuh.. Tapi ketam Nipah aku x makan sebab ramai ustaz2 cakap ketam nipah haram dimakan.. Benda ragu2 neh aku elakkan la.. Tapi ketam lain semua tibai ja..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails