Followers

Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA vs KISAH BALIK KAMPUNG

Hari ni hari kemerdekaan Negara Kita.

Malam tadi aku ke area Pantai Bersih di Butterworth,sebelum jam 12 am..hajat di hati nak snap gambar bunga api..tapi sedikit hampa sebab takder bunga api di lontarkan malam tadi.Rasanya sebab menghormati Bulan Ramadhan.apa apa pun,selamat hari merdeka semua..Dan sekarang kita berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan..Sama sama kita berebut beribadah dalam usaha mencari malam lailatul Qadar (satu malam yang lebih baik dari seribu bulan)

Nak story pasal kisah balik kampung yang lalu

27 OGOS 2010

Dari Penang aku naik bas ke Kuantan.Abang Jali fetch aku di Kuantan pagi jumaat tu..Then sampai di rumah dalam pukul 8 pagi.just bersembang dengan mak dan ayah serta adik beradik.tengok anak sedara baru.

2a

Bila tiba waktu berbuka penuh la makanan atas meja..

3

Macam macam makanan ada..ada kuih Akok,ayam panggang,gulai daging,Keli masak merah,kuih lompat tikam,kuih kuih lain,Kobis masak lemak,dan macam macam lagi.korang tengok gambar kat atas jer lah..Alhamdulillah seronok sangat dapat berbuka puasa bersama keluarga..since puasa ni lah kali pertama dapat berbuka di rumah.

4

Lepas makan solat maghrib berjemaah ramai ramai then tunggu isyak dan sembahyang taraweh berjemaah ramai ramai jugak..Ami yang jadi Imam..Kak Ina pun balik kampung jugak masa ni.Kak tie takder sebab dia kerja jumaat.aku cuti Nuzul Quran tu yang dapat balik awal sehari..Selesai Solat bersembang dengan Ayah sambil layan si Syifa' ni..

5

Nuyul pun ada balik sekali dengan Kak Ina..masa ni duk sembang dengan ayah kat Ruang tamu..mak dah tidur terus lepas solat tapi tidor tengah tengah ruang tamu..hehe..takper lah.mak penat sangat lah tu gamaknya memasak makanan berbuka puasa.

6

Syifa' dah berusia 3 minggu..lahir pada 1 Ramadhan yang lalu..Masak lah dek da kena ganti puasa lepas pantang..heheee..

Errkkkksss...Agak ketandusan idea nak menulis.

sampai sini dulu lah yek.

Assalamualaikum.

10 comments:

rasp said...

kejap je masa berlalukan...
meriahnya makanan...
suka cium baby baru lahir, wangi!

13may said...

cantik gambar :)

selmat hari raya bro

Wahidah said...

so cute kan newborn..muka suci jerk..:)

sepul said...

cun syifa'. semuga beliau menjadi muslimat yang solehah. insyallah

hayati said...

azim kalau balik kuantan naik bas dari mana kat penang?

@xiM said...

RASP,

betul!!setuju..cium baby baru lahir memang best..wangi lain macam..:)

@xiM said...

13 MAY,

long time no see bro!!

selamat hari raya jugak untuk ko..:)

@xiM said...

WAI,

bayi ibarat kain putih..takder dosa dan noda lagik..

@xiM said...

SEPUL,

semoga tuhan memakbulkan doa hang itu..ameen.

@xiM said...

HAYATI,

saya naik bas di Butterworth,terminal sentral penang seentara tu..ada bas direct ke kuantan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails