Salam 2 Ramadhan semua..
Hari kedua ni a bit ok dah.dah rasa biasa..energetic pun ada..Cuma hari ni ada sedikit tensen dengan Boss aku.Tapi lantak dia lah.aku malas nak menyumpah ker apa ker sebab nanti kering pahala puasa aku.Yang penting aku buat kerja aku,aku tak kacau keja dia cukup.Hal hal lain belakang kira.hahaaaa..
Kali ni aku nak kongsi resepi ngan Korang..Tajuk menu: MEE GORENG BASAH TOMYAM..ntah ada ntah tidak menu ni sebenarnya.aku saja jer duk memandai ikut citarasa sendiri invent this menu bulan syaaban yang lalu..tengok gambar macam terliur plak so lets kita masak untuk berbuka puasa..ada berani try??
Step 1:mula mula ambik bawang putih satu labu buang kulit then ketuk dalam lesung batu sampai hancur untuk tumisan..kacau jangan sampai bawang hangit nanti menggangu rasa.Minyak yang saya gunakan ialah Minyak Carotino sebab tu kaler merah..bukan sebab saya pakai minyak yang dah di guna berulang kali yer..Harap maklum.
Step 2: ambik lah segala jenis tok nenek makanan laut campur ngan Ayam daging sekali(sebenarnya mak saya marah kalau campur makanan laut dan darat tapi masa masak ni terlupa pulak pesanan dia),then campak ke dalam minyak..Goreng sampai bahan bahan ni masak..
Step 3 : Ambik Pes Tomyam dan Sos Tiram campak dalam kuali then gaul dengan bahan bahan tadi..Masaklah sotong udang dan ayam sampai mereka kelihatan sedap. sila abaikan sudip kayu berbelang itu.
Step 4 : Bila bahan dah masak then tambahkan air dalam kuali..masukkan beberapa helai daun limau purut untuk membuktikan masakan ini akan menjadi Tomyam tidak lama lagik..aroma dari daun limau purut sedap kan..aku suka..Hiris halus halus buh dalam nasi Goreng kerabu pun sedap..ehhh dah melalut dah..ok fokus fokus balik.
Step 5 : Langkah seterusnya ni senang jer..ambik lah sayur mayur yang ada(Lobak,Brokoli) then potong sesuka rasa hati then masukkan dalam Kuah Tomyam yang dah nak siap ni..jangan buh lama sangat atas api takut sayur layu dan hilang zatnya.
Step 6 :step yang paling mudah,matikan api atas dapur setelah semuanya masak.aik??mana mee nya??ok soalan tu akan terjawab dalam langkah seterusnya di bawah.
Step 7: Untuk mee Kuning ni,aku suka celur daripada masukkan terus dalam kuah.Kalau campur terus dalam kuah takut mee kembang then tak sedap makan pulak nanti.atas Citarasa masing masing lah nak masuk mee terus dalam kuah atau celurkan dulu.kome yang masak maka kome lah yang menentukannya..
Step 8 : Toskan Mee yang sudah di celur.
Step 9 : masukkan mee yang sudah di celur ke dalam mangkuk then curah kuah Tomyam yang dah siap tadi..Tarrrrrrrraaaaaaa!!maka siaplah MEE GORENG BASAH TOMYAM ni..nampak tempting tak???
Step 10 : apa lagi,dah terhidang depan mata makanlah tanpa segan silu!jangan lupa pasang rancangan tv kegemaran anda untuk menambah kan lagi perisa sambil menikmati hidangan ini
Step 11:Tambah lagi mee yang ada sampai habis setengah periuk,sampai buntang lah senang citer
Step 12: Terbongkang lena depan tv sebab kekenyangan yang amat..siap berdengkur sekali
Ok dah takder step lain lagi dah..Cumanya amaran penulis blog-sila praktikkan Step 1 hingga Step 10 sahaja untuk kesihatan badan..hehehe..Tapi boleh tahan gak lah mee goreng Tomyam ni..kira kalau korang datang bertandang aku buat mee ni pun kira ok lah..Selamat mencuba dan selamat beramal di bulan Ramadhan!
Salam ketemu lagi dari Dapur AXIMUD!!
40 comments:
adoilah sgt2 lah sedap,
mmg terliur beberapa saat bila melihatnya,
tue br tgk,
blum merasainya lagi,
wpun i pernah merasai masakkannya,
tapi i tahu mee goreng basah tomyam nie comfirm sedap....
yummy:)
tetiba teringatkan sotong masak kunyit u tue,
hurm...
amboi, melampauuu rupa sedapnya! nasib baik dah lagi 1 jam je nak buka, kalu tak berguling2 aku nangis... keh keh
perghhhhhh...nampak sungguuuhhhhh sedapppppp...
pandai masak ek...
salam ramadan dan selamat berpuasa...woww memang gempak la recipe tu bro!
pergh! sedapnya!
tempting la..leh cuba ne..eh lupa lak mana de mee kuning ne kat sini..aiyoooo
CIK WANIE,
mana cw taw sedap..dalam gambar jer ni nampak sedap..kalau makan marveles!hahahaha
KOG,
tu lah,patut aku buh time pagi pagi masa perut masing masing duk krok krek krok krek sebab lapar kan..hahahaa
DD,
kalau rasa mesti lagi sedapp..haha
KAK GERAU,
boleh la mender simple simple ni kak..
ARSAILI,
hello bro long time no see..
salam ramadhan to u too!
CAHAYA,
boleh tahan lah..:p
WAI,
nanti balik mesia cuba ok..:)
susah nak jumpa lelaki pandai masak mcm azim nih
hehehhehe (^^,)
YANIE,
ni masak yang simple jer..cuba suh buat kari kepala ikan,mesti terus aku pi KAYU NASIK KANDAR sebab tak reti nak buat..hahahaa
encik axim bukan saja kacak dan bergaya malah pandai pula memasak.
boleh cuba untuk menu berbuka nanti
Aku rasa tindakan aku mengklik link kat FB tuh adalah suatu langkah yang tidak tepat di pagi jumaat yang redup ini..
Perut aku bergelodak hendaknya..!
Tp awat namanya mee goreng basah tomyam pulakk..!
Tindakan hang dibulan ramadhan mcm nih agak tidak bole dimaafkan..!
sedapnya.....nak try buat la jugak
:)
ENCIK SEPUL,
terima kasih atas puji pujian anda yang tidak berapa ikhlas itu..:p
CIK DAYA,
cuba jangan tak cuba..
kalau tak sedap bagitahu saya..
kalau sedap bagitahu kawan..
cewwwaaahhh dah macam Moto kedai makan apa nama ntah..
NIKLI,
aku dah bagi amaran dalam entri beberapa hari lalu bahawasanya aku tidak sesekali akan menghentikan penyiaran gambar gambar makanan berkhasiat di ruangan ini..
sebarang kesusahan amatlah di kesali..
*aku pun duk terliuqq ni baca blog sendirik..adehhh baru puku; 9.30 pagik!
salam jumaat salam ramadhan ke tiga!
M.Q,
sila sila sila..
tujuan berkongsi sebab nak suh my reader cuba..
jangan tak cuba..kalau tak sedap nasib lah yek.heheheee
nak tanya yer... kalau kita masukkan semua bahan makanan laut dan darat tu, tidak ker masa yang diambil untuk setiap jenis tu masak berbeza beza?? Jadi apa kah kesannya ke atas rasa kalau udang dan masak tapi ayam masih belum... errr sila kan Chef... hehehehe
Satu lagi soalan Chef... minyak Carotino yang merah tu bukan minyak sambahyang cina ker?? Hahahahahaha
Sila sila Chef... errr kakak depan tolong pas microfon kat Chef tu... tengkiu...!!!
BERUANG MADU,
kepada abang beruang,meh sini saya nak jawab soklan soklan tuh..
memang masa untuk Udang dan Ayam berbeza beza..tapi Ayam tu insya Allah sempat masak lepas kita dah masukkan air..air rebusan tu boleh lembutkan isi ayam(ada kaitan ker??hahaha)
Minyak Carotino buat sembahyang Cina??oleh kerana saya bukan berbangsa cina dan saya sembahyang cara Islam so saya tak tahu lah minyak tu minyak Cina buat sembahyang..hehehee..minyak Carotino tu sangat banyak khasiat nya dari sudut kesihatan..
(nah kakak depan,ambik balik Mikrofon cap ayam ni..saya dah jawab soklan abang berunag..Tenkiu..:)
eh lupa plak...thx for the recipe...leh try nanti...
nice sudip!
erm... beshnyer... nanti aku try kat umah
(bisik kat akak sebelah): minyak carotino tu bukan minyak yg cina wat semayang tu ker kak??
(akak sebelah bisik balik): bukan lah... ish ko ni beruk... eh beruk pulak... bear... wat malu aku jer dok sebelah ko.. len kali tanya aku dulu... dah dok diam diam.. tu amik balik mikropon cap ayam tu...
salam tuan,
Wouu menarik2, mmg bahaye klu tgk di tgh hari ramadhan ni hik hik
sedappppp..
ajim, ang suka sgt msk sedap2..
kan best klu ang jiran sebelah umah aku, tiap2 hari aku ulang alik pi bukak posa umah ang..ngeheee
ni untuk sahur ke berbuka? idea asingkan mee tu mmg akak buat gak. sebab takut mee kembang..tapi kalau penyakit M datang..campak terus je..hihihi..
waahhhh....terus berbunyi2 dah perot nie..haha...sedap2..
RASP,
try jangan tak try kak..:)
CIKGU NIZAM,
selamat mencuba cikgu!
ABANG BEAR,
speecless dah.tak taw nak komen apa lagi dah.hahaa
CIKGU ZAM,
hati hati jangan sampai terbukak pose pulak..heheee
SHYAD,
apa kat hang mai pindah duk sebelah umah aku?heheheheee
KAK NOR,
ni untuk berbuka puasa..tapi makan sampai sahur pun boleh...best jugak asing mee tu..tak lah kembang semangkuk nanti..
HANI,
pi bukak pose sekaarng..heheee
Post a Comment