Suasana pagi yang dingin.Ayam berkokok bersahut-sahutan di luar rumah..oh,sudah lama aku tidak dengar kokokan ayam,hanya di daerah ini hanya bisa buat aku kembali mengenang asal-usul,tempat jatuh dan bangun sewaktu kecil dahulu..Kalau dahulu Daerah ini sering jadi ruang tempat aku berpijak dan berkongsi kasih yang tiada bersyarat dari mak dan abah,tapi kini segalanya telah berubah..Waktu pergi berlari meninggalkan semua kenangan lalu satu persatu.. Namun aku arif dan yakin ia tetap tidak akan luput dari ingatan,cuma kondisi sekarang nyata sudah jauh berbeza.walau apa terjadi,Kasih dan sayang itu tetap akan mekar selamanya.itu janji aku.
Tadi sempat berbuka puasa bersama sanak saudara dan sahabat handai terdekat.
Bahagia menyelinap di ruang hati aku yang dalam bilamana melihat kemesraan dan ikatan Ukhuwah antara kami semua adik beradik dan saudara mara yang tidak pernah putus,saban tahun setiap kali Ramadhan pasti majlis berbuka beramai ramai sebegini sudah menjadi acara Wajib..sekurangnya ikatan darah ini takkan pernah terputus..Alhamdulillah.Segala Puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang memberikan kesempatan lagi pada kami semua untuk berkumpul dan sama sama meraikan Majlis berbuka puasa dan bersolat Taraweh berjemaah beramai-ramai..Semoga di berkati Allah.
Hakikat sebuah kehidupan-Masa yang berlalu pergi takkan mampu kita kutip kembali.
Kita saban hari semakin di mamah usia,dan takkan pernah berpatah balik umur kita menuju ke arah yang lebih muda..Maka kita semakin menghampiri Mati dalam erti kata yang sebenarnya..Melihat anak saudara baru dan anak sepupu yang semakin bertambah menjadikan aku sedar Nikmat hidup yang kita miliki hanya sementara..Hidup ini sangat singkat,dan dalam sekelip mata segala galanya boleh berubah(dengan Izin Allah S.W.T)..
Di sini,aku masih termangu-mangu.Termangu-mangu mecari diri aku yang sebenarnya.Siapa aku dan apa tujuan aku di ciptakan Allah..Sebagai makhluk,aku tahu Tuhan berkehendakkan aku menjadi mukmin yang patuh dan Taat kepada -Nya..Agar aku capai taraf taqwa dan peroleh keredhaan di sisi-Nya..Itu aku tahu.tapi tahu sahaja tidak cukup andai kata tidak di susuli dengan perbuatan..berapa ramai di antara kita yang mulutnya mampu berkata takutkan Azab Allah,tetapi secara perbuatannya lebih menghampiri kepada azab Allah yang maha Pedih..Astaghfirullahalazim..
{Ya Allah,ampunkan lah dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku.Kasihanilah mereka sebagaiamana mereka mengasihani aku semenjak aku masih kecil..Dan Kau jangan lah Bolak balikkan hati ku,tetapkan lah pendirian Imanku setelah kau beri Petunjuk dan Hidayah Kepada ku..Ameen..}
Masih jauh perjalanan yang perlu aku tempuh.Dan masih banyak yang perlu aku pelajari dalam memperbaiki diri sendiri.Aku tahu cabaran mendatang di luar sana teramat lah banyak dan mampu menjadikan aku tergelincir dari landasan asal..Islam bukan lah agama yang Kolot dan menyusahkan penganutnya,malah Islam ialah agama yang mampu menjadikan kita umat yang cemerlang dalam setiap aspek kehidupan..Cuma sebagai umat islam kita sendiri perlu mencari inisiatif dalam mencari Redha Allah dan berusaha untuk mencari ilmu dalam menambah ilmu pengetahuan..Bulat takkan datang bergolek,Pipih takkan datang melayang..
''Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,Dia akan adakan baginya jalan Keluar dan ( Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka sangka kepadanya.''(Al-Talaq 2-3)
Sama-sama kita cari Redha Allah,dan beramallah dengan ilmu yang kita ada..Ilmu tanpa amal tiada gunanya seperti sepohon pokok yang rendang tapi tidak berbuah..dan amal tanpa ilmu pula mampu memesongkan akidah seseorang..Ilmu dan amal harus bergerak seiring..Semoga kita sama-sama mampu jadi umat islam yang cemerlang.
Wallahualam.
6 comments:
good one.
sama2 la kite berwasatiiah dlm kehidupan kite...
ilmu tnpa amal tk guna gk kan..
salam Tuah,
Kenangan lalu mmmg sangat indah, bila baca apa yang dicoret, membuatkan saya juga imbau-imbau yang lalu. kasih sayang di tapak mula asal usul amat bermakna dan kesannya sangat dalam. Mmg sangat penting bahawa ia perlu kekal dalam hati walau jauh masa itu kian kebelakang..... salam Ramadhan, ibadah adalah pilihan pertama ke arah mendapat ketenaangan. semoga Tuan sekeluarga diberkati Allah.
kanangan lalu mmg terlalu indah,
dan ia x dpt diputarkan semula kembali kan.....
seronok bila berkumpul reramai nie,
dpt mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.......
rindu nak berkumpul bersama family di johor:(
Sama sama kita ber halaqah..
Berdoa dan terus berdoa moga-moga kita ditetapkan iman dan dilindungi Allah selalu..=)
balik kampung ker?..
Post a Comment