Pagi sabtu yang cerah..
Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah sebab ambik dia di Stesen bas butterworth..dia baru balik dari Vietnam dan terus ke Penang.sampai Penang jam 6 pagi..ada urusan yang perlu diselesaikan.sebelum hantar dia balik rumah singgah makan Roti jala di medan selera Sungai Dua.aku pulak berhajat untuk jogging di Mengkuang Dam.lama siot tak singgah jogging kat sini.dah dekat dua tahun rasanya.kali last datang pun masa outdoor Nikli kahwin februari yang lalu..
Mengkuang Dam yang sungguh cantik!Subhanallah..
Datang jogging dengan Lanny..dia duk ajak.so aku on kan sahaja lah.lagipun kesibukan sangat lah membataskan waktu untuk workout lately.so ada kesempatan macam ni tak akan di lepaskan.MARILAH MARI KITA BERJOGGING SIHATKAN BADAN.
Baru aku taw ada laluan naik bukit turun bukit sekitar mengkuang dam ni..sempat berlari 4.4 km sahaja dalam masa 30 minit..kaki aku dah injured lah..kena berehat dulu sebelum berlari kembali..kang tak dapat pulak nak join Standard Chartered KL marathon 26 Jun nanti.
Masa ni dah pukul 9 lebih.Orang dah mula berkurangan.kalau time pagi tambahan pulak cuti macam ni memang ramai lah orang datang..basically datang untuk jogging beriadah dan cuci mata.ada jugak yang duk main apa ntah dalam air guna remote Control.Bot kawalan jauh rasanya..but this is really a nice place to hang out!!
Lepas Berjogging singgah sarapan pagi di Restoran Nasmir Bandar Perda.aku order capati dan telur separuh masak dua bijik..Alhamdulillah kenyang.Then balik rumah aku sempatlah berehat kejap sebelum ke area Pendang,Kedah sebab bawak dia pergi Kenduri kawen member nya..aku temankan ajer.punya lah payah nak cari tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa..dalam pukul 5 petang gerak balik ke Penang semula..
Sampai Penang terus ke Sunway Carnival Mall nak layan movie.tengok cerita Kung Fu Panda 2 pukul 7.45 pm.sempat lah solat megerib dulu sebab megerib masuk jam 7.30 pm.memang sangat lah lawak vcerita ni!!i dont mind to watch this movie for tyhe second time sebab memang sempoi lawak dan menghiburkan hati kami yang tengah gundah gulana due to some incident.hehe.yang tu we must kep that to ourself sahaja.
Balik dari tengok Movie aku pi hantar dia ke Stesen bas Butterworth sebab dia nak balik kampung dah,sempat lah makan Char kuteau kat Bust stand sana..then aku gerak balik rumah,yang lawaknya entah apa angin aku ntah bukak Astro First pi langgan citer Vanaam..!!tak best okeh citer hindustan tuh!baca sinopsis macam best ala ala cerita sepi Khabir Bhatia,ada 5 kisah berlainan then mereka berjumpa pada satu situasi yang mengejutkan..rugeeee 15++++ ..takpaa lah.lepas ni kena berhati hati memilih cerita.zzzzzzzzzzzzzzz...
Dan begitulah berakhirnya hari sabtu saya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment