Followers

Thursday, June 2, 2011

PENDAFTARAN FAIZ DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA NILAI

1 JUN 2011

Elok jer kitorang habis swimming Hujan turun dengan lebat..Alhamdulillah rahmat dari Allah kepada sekelian alam..subur lah pokok pokok nanti..masa ni kitorang dah siap siap kemas semua untuk check out,sebab nak kejar waktu pendaftaran Faiz di USIM.
.


HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA..MEMBASAHI BUMI
.


Aku uruskan urusan check out..then kitorang bergerak sama sama ke Nilai.baru jer 10 minit perjalanan bermula aku tertanya tanya mana jam tangan aku menghilang..takut tertinggal dalam apartmen ni sahaja.so abang jalee dan yang lain lain bergerak dulu,aku patah balik ke PD Kondo sebab nak cari kat mana jam tangan aku.aku sayang jam tu..sayang sangat sangat.kalau hilang aku tak taw nak cakap camana..tak jumpa dalam PD kondo tu,masa nak masuk kereta ternampak atas seat drebar..terjatuh rupanya..Alhamdulillah jumpa balik..
.


After that aku terus drive laju sket dari biasa nak kejar diorang.sampai sampai Faiz dah tengah daftar.senang jer nak cari jalan untuk ke USIM ni sebab sign board banyak.tak perlu gugel maps mahupun papago or garmin.
.


suasana dalam stadium tertutup Nilai tempat pendaftaran pelajar baru Universiti Sains Islam Malaysia.terkenang balik zaman aku mula maula masuk Universiti dulu.rasa macam dah tua pulak.hahaha.
.


menunggu dengan kesabaran.


Tak lah lama sangat proses pendafatran dia..sebab kaunter bukak banyak.macam tu lah baru betul.memudahkan semua pihak.


ayah tunggu dalam kereta jer.
.

Ahli keluarga dan pelajar dapat makanan percuma,Meehon goreng sama telur rebus separuh..sedap lah jugak.aku memang kelaparan so dapat makan meehon memang syukur sesangat.
.

Makan tepi jalan jer pun.siap ada satay semalam lagi.

Dari tempat pendaftaran kitorang bergegas ke asrama diorang.bukan lah macam asrama sangat sebab ni macam rumah sewa,ada dua bilik..faiz macam seronok sangat jer dapat duduk rumah sewa macam ni..semua duk tolong dia kemas barang.mak lah duk bersusah payah kemas barang..dah besar dah adik aku ni.kena pandai berdikari lepas ni.

Waktu untuk berpisah
.

Belajar rajin rajin yer wahai adik ku..nampak tak beg hijau yang faiz galas tu?beg golla aku bagi hadiah kat dia.dulu masa aku beli beg golla yang aku pakai sekarang saja beli extra,so kebetulan Faiz masuk Universiti so bagi hadiah la kat dia..
.



Lepas dah bersalam peluk cium semua tibalah masa untuk berpisah..Selamat Maju jaya adik!semoga tabah berada di tempat orang..belajar rajin eajin sampai dapat jadi doktor.itu cita cita dia dari dulu.Mudah mudahan di perkenankan oleh Allah.
.
.
Dari Nilai kami bawa haluan masing masing.Ayah dan ahli keluarga yang lain straight away balik ke Terengganu,aku pulak terus balik ke Penang..Berakhir lah sudah trip kali ini bersama keluarga.

sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails