1 JUN 2011
Pagi di Port Dickson.
Bangun awal pagi dan solat subuh.masa sudah solat subuh mak dan ayah tengah duk bersembang kat meja makan dalam PD Kondo tu sambil sarapan.makan lebihan makanan malam tadi,ada bawak nasi dari kampung..join lah diorang sarapan pagi sekali..hari ni semua orang bangun awal.
Gambar dari tingkat 6..tingkat atas skali.
Ika dan adik ada ikut skali datang port dickson.dari petang semalam diorang nak swimming.tapi sebab dah checked in pun lewat malam so tak dapat lah nak swimming.pagi ni diorang duk sebut sebut lagi nak swimming,tambah pulak elok cantik jer nampak swimming pool dari atas.
.
.
swimming di pagi hari..tak ramai sangat orang.pukul 7.30 am
.
.
Pool kat sini tak lah dalam sangat.cuma 4.5 meter sahaja..takyah risau la mesti payah nak lemas..terlupa pulak nak bawak gugel so tak best sket berenang.aku tak reti nak bukak mata dalam air.entah.patutnya boleh tapi aku tak reti.
.
.
sekarang musim cuti sekolah so ramai lah bebudak yang ada
.
.
Tak boleh nak swimming lama alam sangat sebab nak bergegas ke pendaftaran Faiz di Universiti Sains Islam Malaysia.waktu pendaftaran dari jam 9 pagi hingga 11 pagi..dari Port Dickson nak ke sana pun dalam sejam jugak.so takleh nak berlengah lengah sangat.
.
.
Sekadar Gambar Hiasan
.
.
Balik bilik dah lapar balik..aku ada bawak kek Lapis dari Miri,Sarawak..kek lapis kaler cokelat tu sangat sedap!kek lapis cadbury namanya..then makan makan lebih kurang terus siap siap barang untuk check out..sat lagi kalau duk lambat lambatr ayah bising pulak.hehe..
*to be continued.
1 comment:
Nak tanya, apa nama kondo ni? seems a nice place
Post a Comment