Followers

Wednesday, June 22, 2011

KISAH BALIK KAMPUNG 18 JUN 2011

Salam sejahtera semua.

Hari ini encik ajim nak bercerita kat korang semua pasal kisah encik ajim balik kampung hujung minggu yang lalu.Tujuan balik sebab lama dah tak balik kampung..so rindu nak jumpa family kat sana..kali ni tak naik bas,Drive sendiri..so boleh la plan masa sendiri..Jom kita layan.zassssssssss..


Hari jumaat baru ni lepas kerja sempat pi layan wayang dulu dan dinner di Kenny Rogers..so balik rumah tertidur konon konon nya nak bangun pukul 2 pagi terlajak sampai jam 5 pagi..siap siap kemas barang then lepas solat subuh pukul 6 pagi baru bertolak ke Kuala Lumpur.aku biasa balik kampung lalu KL untuk ke Lebuhraya Pantai Timur..seronok lah bila memulakan perjalanan di pagi hari masa hari tengah gelap then tetin=ba hari makin cerah makin cerah makin cerah.such a magic to me.hahaha


Drive terus menerus tanpa henti..by 10 am aku dah sampai Temerloh..so singgah la dulu temerloh untuk refresh dan carik makanan..tak sarapan apa pun dari tadi.memang aku sengaja tanak berhenti kang sampai lagi lambat pulak ke kampung.


as usual kat hentian ni memang sentiasa ramai orang.


Alang-alang dah sampai temerloh apa lagi kan..kena lah cari Ikan Patin masak tempoyak..Temerloh kan terkenal sebagaoi Bandar Ikan Patin.Aku tahu ada kedai sedap untuk makan patin tempoyak ni di Pekan dalam Temerloh.tapi sebab nak cepat makan di RNR pun jadi lah..


Nasi dan Telur masin serta sambal belacan + Patin Masak Tempoyak


Seketul macam ni harganya RM7..ok lah kot kalau nak compare ngan harga ribu-ribu yang pernah jadi isu beberapa bulan lepas..Alhamdulillah dapat merasa makan patin tempoyak.tengah tengah makan ada penjual duk jual buku..tapi aku tak minat lah.Then terus masuk kereta dan teruskan perjalanan.


By 11.30 am dah sampai Tol Jabor..RM21 dari Plaza tol Karak ke laluan keluar sini.


Masa lalu di area Cherating nampak tepi jalan ada orang duk jual Ketam Nipah..satu ikat macam ni aku beli.harganya RM35.khabarnya diorang jual ikut berat.so banyak ni ada 5 ekor sahaja.cukup lah kot sebab aku taw kat rumah tak ramai sangat orang.


Dalam pukul 12.15 pm aku selamat sampai ke kemaman..Ayah pun baru sudah habis buat Hemodialisis..so aku just nak straight balik rumah dulu lah.sebelum balik aku menyinggah kat kedai jual keropok lekor beli keropok goreng..lama dah tak makan keropok lekor ganu version.teringin beb..Beli bungkus bawak balik rumah.


Sampai rumah budak kecit ni duk ada..Adam ada kat kemasek sebab Abang Shuk ngan Kak Fiza pun ada di sini..masa aku sampai rumah mak dan ayah tak sampai kat rumah lagi..baju merah yang Adam pakai ni aku bagi,beli masa pi Langkawi tempoh hari.


 Makan tengahari dah tersedia,tanpa melengahkan masa mai lah makan dulu..Sotong goreng tu paling sedap..Telur penuh.Telur sotong merupakan satu perkara yang aku suka..


Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..balik memang aku penat tapi kalau setakat balik nak tidur tak best jugak.kebetulan ada projek nak simenkan depan pagar kawasan rumah..nak upah orang mahal sangat so alterbatif way kami akan buat sendiri..just beli batu,pasir dan simen.bancuh sendiri la jawabnya..


nak bancuh simen ni tak susah sangat cumanya memang la sangat penat nak bagi adunan nya jadi sebati..nisbah batu pasir dan simen kena jaga kalau tak simen akan cepat rosak ataupun tak rata..bukan kerja senang rupanya..nak buat 10 kaki x 10 kaki jer pun but penat nya ya rabbi..petang ni just sempat buat 1/4 sahaja..now aku menghargai lah orang yang kerja buruh binaan..patut lah nak buat rumah mahal..


Time malam mak buat ketupat Sotong..sekarang musim sotong belum berakhir so memang lah sotong tengah banyak.Ayah beli tepi laut time sotong fresh lagi..manis yang amat.dah la telur penuh kat dalam..memang puas la makan.terima kasih mak untuk ketupat sotong yang sungguh sedap.


Tengok lah telur sotong yang tersembul indah itu..memang sayang nak makan..aku duk berebut ngan abang shuk sotong yang banyak telur..total aku makan 4 ekor..besar esar pulak tu.memang puas..lepas dinner mak ajak pergi dengar ceramah agama kat kijal..plan nak ke Mesra Mall terus terbatal..pengisian rohani pun penting juga untuk kemantapan jiwa..Then balik dalam pukul 12 pm..malam tu aku duk bersembang ngan mak sampai pukul 2 pagi..macam macam hal bersembang terutamanya soal jodoh..

*to be continued.

1 comment:

NM02 said...

axim,

tiap kali amek gambar signboard, kamu kuar dari kete kah? hehehe

gambar clear sokmo... hang pakai nikon ape ek skang ni dan lens aper?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails