Followers

Tuesday, June 14, 2011

A JOURNEY TO LANGKAWI ISLAND : PERMATA KEDAH

Pagi tadi masuk opis kejap.setelkan sedikit kerja tertangguh.Then siapkan satu memo untuk buat direct nego,then kalau ikutkan memang aku takleh lari ke mana lah..plan asal nak gerak dari Opis pukul 12 pm terlajak sampai pukul 2pm..dah masuk opis macam tu lah.aku ke Pulau Langkawi atas urusan rasmi juga..hari ni kira traveling day lah.separuh hari bekerja.Urusannya esok pagi,then terus balik Penang.satu malam sahaja,Tapi cukup lah.Lama dah aku tak menjengah langkawi.For the record,Tahun ni this is First time sampai Langkawi.


Bergerak dari Penang ke Terminal Kuala Kedah pada jam 3 petang..sampai dalam pukul 4 then terus cari tiket..mulanya ingat nak naik di Penang sahaja tapi timing tak kena pula.nak lajak ke Kuala Perlis macam jauh sangat.Kuala Kedah should be nice lah.Ramai nya orang masya Allah.ingat kan dah lepas cuti sekolah taklah ramai tambahan hari ni pulak hari selasa tapi still ramai..


naik Ekspress Bahagia jam 4.30 pm.


Pemandangan biasa di Terminal Kuala Kedah


Masuk dalam feri aku terus terlelap.haha..tak sempat apa apa tuh.Keadaan dalam feri ni ok..seat pun macam baru..dan quite selesa lah.perjalanan makan masa satu jam setengah..dekat pukul 6 sampai Langkawi.


Alhamdulillah dah sampai Langkawi..


Signboard atas tu pun dah tukar baru..ada slogan Pulau Langkawi Permata Kedah..Kat jeti ni akan ramai orang duk bertanyakan pasal nak sewa kereta lah atau nak naik teksi.aku dah buat arrangement ngan Cikgu rahimi,dapat nombor dari Zul,Tunang Buju(Trimas korang!!last minit mintak tuh.hahaha).aku just sewa Iswara satu hari dapat RM40 tapi kena bayar deposit RM50..ok lah tu.


Dari Jeti aku terus ke Pekan Kuah.hajat di hati nak stay di Bayview walaupun takder biat reservation pun.main redah jer sebab sekarang bukan musim cuti sekolah so aku konfiden lah ada.Alhamdulillah memang ada, dengan rate Korporat RM180 semalam.bilik Standard ada dua katil single.whatever lah janji dekat dengan stesen tempat kerja aku esok.


Bilik Standard double single bed


Masuk bilik mandi dan sembahyang..rest rest kejap then aku keluar nak cari makan.lapar sehhh!tak lunch rupanya sebab duk sibuk ke sana kemari time lunch tadi uruskan hal dengan bank.Terus terlupa nak lunch tu yang lapar lain macam.Hotel Bayview ni betul betul tengah Pekan Kuah so setakat nak shopping kat area Pekan Kuah walking Distance sahaja.


singgah gerai tepi jalan makan Popia dan ayaq Oren.


Tak cukup jugak.rasa lapar lagi mintak Bihun Sup pula.Cuma aku kurang sikit sebab Bihun Sup ni buh daging.tak berapa gemar sangat.Supnya sedap lah,tengah lapar so what do you expect.


Then jalan jalan sekitar pekan Kuah yang tak berapa besar ni..keadaan Lengang..macam biasa lah kat Langkawi ni terkenal dengan cekelat cekelat yang sedikit murah kalau nak di bandingkan dengan luar langkawi.tak beli pun.aku save kan masa shopping untuk esok..esok masih ada kekdahnya.


Maghrib dah masuk.balik ke Bilik dulu lah berehat kejap sebelum keluar balik.aku stay di Bilik 1103..saja mintak bilik tinggi tinggi.Overall aku rasa Bilik kat Bayview ni biasa sahaja.dah la takder Wifi free.rugi jer bayar mahal.nak internet access kena bayar lain.Cibeng betul..nasib baik ada berukben boleh gak online..


Keluar dari Hotel jam 8.30 malam pi kat Langkawi Parade.Shopping kompleks ni pun biasa biasa jer.tak la segah macam shopping kompleks kat Penang nun.takleh nak compare macam tu sebab kepadatan penduduk tak sama..


saja la menjengah tengok Mega Cineplex yang terdapat kat Tingkat 10..cerita yang ada ialah Kungfu Panda,Super 8,KL Gangster,Pirates of Caribean, ngan X men.semua aku dah tengok daa!!so tak jadi lah nak tengpok wayang.actually sepanjang aku datang langkawi tak pernah lagi tengok wayang kat sini.sebab kat tempat lain pun ada wayang kan.


Then time nak dinner tadi aku blur.banyak jer tempat makan kat area pekan Kuah tapi gagal menarik perhatian aku.last last duk pusing pusing aku patah balik ke Area Jeti Point..kat tepi Dataran Lang ada sederet Kedai Makan yang jual Seafood jugak.so malas nak pikir panjang aku park kereta sewa then terjah jer mana mana kedai yang ada.


Seafood basically sama jer.tapi aku terdetik nak singgah makan kat kedai ni sebab tengok Kerangnya besar Gabak.tak pernah aku jumpa Kerang besar giler macam tu.Mintak suh Bakar 3 ekor jer.Udang ngan Ketam pun ada..


makan sorang sorang.saya ok!!Order Jus tembikai.


Ketam Masak Sambal yang sedap!!


So korang bayangkan lah besar mana kerang ni.taklah besar gila babeng tapi besar lah dari kebiasaanya.Rasa kerang lah cuma Liat sikit.


Udang Masak Mentega.yang ni pun sedap!


Cicah Kerang ngan air asam.Mabeles!!


Total makan sorang macam ni RM20.ok lah kot.tak lah mahal sangat ngan apa yang aku order..Lepas makan just jalan kaki jer ke Dataran Lang yang berhampiran.Nak jumpa Helang Gergasi yang menjadi Kebanggan penduduk Langkawi.



Port Dataran Lang ni memang ramai orang duk melepak..dan ambik gambar juga.


i love this pic!reflection yang menarik!!dari dataran Lang aku terus balik ke Hotel..


And now it's time to sleep.Goodnite!!

*actually sebelum tidor aku sempat jumpa member zaman Uitm dulu,Weng.Pi melepak minum kat Kedai Mamak Ali berdekatan pekan Kuah jugak..lama tak jumpa so macam macam hal lah bersembang..

11 comments:

Mrs.Sheikh said...

adoi pok jim.. itu makanan sungguh buat sy terliuq.. popia tu sedapppp...
huwaa.... udang butter tu nampak kaw2 wpun kite alergikkkk!!!!

sepul said...

hai.
seronotnya pi Langkawi. Lama tak pi Langkawi. Rindu saya dengan Langkawi. Nantilah ada masa saya nak pi Langkawi.

Rajin pulan duk set timer ambik gambaq sendiri kekdahnye kan.

NM02 said...

cover hensem nampak gambar tidoq tu... hehehe

Lady Mira said...

hi...
next week im going to langkawi... rasa harga sewa kereta tu cam menarik jer... ada contact no untuk sewa kereta tu tak?
thanks

Buzu Ediany said...

ajim..pic yg last tu tdoq bekerut dahi..awat dok pikiaq apa??

@xiM said...

MRS.SHEIKH,

Serius..popia tu sangat sedap..udang butter tu pun sedap.awok takleh makan nanti naik kutil satu badan..

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

hai pegawai tinggi KKM.. nanti jom kita berkelana ke Langkawi berdua dua family..seronot..ajak NN ngan YY skali..saya ajak MH..hohoho

ada skandal duk ambik gambar tu.bukan aku ambik sendirik.hohoho

@xiM said...

NM02,

alamak.kantoi.hahaha

@xiM said...

LADY MIRA,

ok ok.ni nombor tepon nombor kontek kat Langkawi:

Azwan : 0124587857
malek : 0174043988

@xiM said...

BUZU,

duk pikiaq cekelat apa nak bagi kat buju yang bagi nombor tepon sewa kat Langkawi..tengss buju!!!

M.A.N.G.G.I.S.B.O.Y said...

Langkawi...oh langkawi....bila last sekali aku pi langakawi? hmmmm...2 tahun lepas...walaupun aku menganggap langkawi ni sebagai rumah kedua kerana aku akan kesini setiap tahun tapi sejak 2 tahun kebelangan ini...terlalu bz...terima kasih sebab berkongsi pengalaman azim di langkawi..hilang rindu kat langkawi...next time jgn lupa p makan laksa power kat tepi airport noh...sebab saya cuma makan laksa disini sahaja...tidak ditempat lain :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails