Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu
First time masuk masjid Zahir.Biasa lalu kat tepi jer.
View dari Masjid.nampak lah bandar Alor Setar
Aku sempat solat di Masjid zahir ni semalam..ok masjid ni.cantik dan menjadi mercu tanda Bandara Alor Setar.Kat belakang Masjid Zahir terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.
*Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.
No comments:
Post a Comment