Followers

Thursday, May 17, 2012

CERITA OUTSTATION KE BANGI

Baru jer masuk kerja satu hari setelah bercuti panjang..

Kiranya aku ambil cuti untuk ke Korea tu bukan untuk aku bercuti, tapi untuk meluangkan masa dengan keluarga sempena pemergian ayahanda kami yang tercinta(Al-Fatihah)..life goes on kan. Yang dah pergi, biarlah pergi..itu takdir.Kita yang masih hidup kena teruskan kehidupan dan sama sama beramal untuk menuju ke sana juga kelak.
 

Hari ini berada di Bangi pula..sebab dapat surat jemputan untuk menghadiri majlis anugerah keselamatan dan kesihatan pekerjaan.at my station, bahagian environment (ISO 14001) me and my boss is the key person. kami related dengan bahagian safety juga.Mulanya aku tak nak pergi.sebab kerja banyak giler ya di opis.cuti hampir dua minggu..mau kerja tak bertimbun.tapi boss aku suh pergi so aku datang je lah.boleh claim nanti.


Majlis start pukul 9am..aku sampai pun dah nak dekat pukul 9am.Tq kepada seorang kawan yang beri pinjam kereta dia..kalau tak mesti susah aku nak datang sini.malam tadi datang naik bas sahaja ya.tak larat lah nak drive.kesian kat kereta aku.asyik long distance jer..kasi peluang dia rehat lah pulak.


sessi penganugerahan bermula..GM di iringi oleh Senior Manager bahagian sumber manusia untuk ambik anugerah.stesen kami dapat dua.tempat ketiga dan tempat kedua dalam kategori yang berbeza.teruskan kecfemerlangan ya sj.Gelugor!!


wakil yang datang dari Gelugor Power Station


Terjumpa abang fariz dan kak Zaharaton..dah 3 tahun lebih tak jumpa.kali last jumpa masa di Penang ketika sama sama bertugas jadi urusetia di Vistana Hotel anugerah khidmat setia..Nice to meet both of you again..abang Fariz tanya aku bila nak kawen?aku cakap mintak anak dia.dia kata maaf lah ya aku lambat sangat.anak dia dah nak kawen hujung tahun ni.haha.melepas.


Its makan time.Alhamdulillah.sebab aku sangat lapar.tak makan pagi..tak sempat.dapat lah alas perut sikit ngan nasi goreng yang disediakan penganjur.makan pulak sam angan VIP since kitorang ialah penerima anugerah.


Pusat belajar TNB -ILSAS.


Habis sessi anugerah, ada ceramah kesihatan oleh Doktor Tina..pakar natural healing.aku suka ceramah dia.sebab pendekatan yang diberi adalah sangat menarik..dia bercerita pasal gaya hidup kita sekarang..dari segi pemakanan dan tekanan hidup..yang paling aku ingat dia cerita pasal asid dan alkali.sel kanser akan mudah membiak dalam persekitaran berasid dan tak akan dapat membiak dalam persekitaran beralkali.jadi kena maintainkan pH badan kepada alkali..supaya tiada penyakit merbahaya dapat serang.sumber alkali banyak dari buaha buahan dan sayuran..air mineral pun alkali.sumber asid pulak banyaknya datang dari air teh, kopi , minuman gas berkarbonat, semua sumber haiwan..bukan kata tak boleh makan, tapi kena balance kan.portion kena betul.


Selain pemakanan, dia relatekan juga dengan gaya hidup kita yang cepat stress.yang penting kena stay positif.orang yang positif akan hidup lebih lama.and you know why?because bila kita sentiasa positif badan kita akan terdorong ke arah alkali..kena minum air masak banyak banyak juga supaya pH badan dapat maintain atas dari 7..now i do understand kenapa kita kena minum air banyak dalam badan.boleh singkirkan toksin skali..penyakit semuanya berpunca dari usus..so buat lah pembersihan kolon ya kalau berkesempatan..dengar ceramah macam ni memang aku teringat kat arwah ayah.kalau lah aku boleh pesan dari awal pasal pemakanan.tapi mak kata mana boleh sebut 'kalau'.tu semua mainan syaitan..astaghfirullahalazim.


Ceramah habis tepat jam 1pm..aku ada appointment ngan Sam di Bangi Kopitiam.maaf lah ya sebab sampai lambat.ko tahu lah Bangi camana jammednya..sempat jumpa sekejap sangat.Sam pun bawak colleague dia skali.tak sempat nak sembang lama pun. tapi takper since next week dia akan datang Penang 3 hari.boleh la jumpa kan.aku bawak ko makan nasi kandar nanti ya.hehe..lepas lunch aku balik ke ILSAS semula sebab nak buat free helath screening..Then baru balik..

*Sampai Penang jam 4 pagi tadi..Alhamdulillah selamat sampai..so hari ni kerja macam biasa ya..penat letak belakang kira.alah bisa tegal biasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails