Followers

Monday, May 21, 2012

AKU , DIA & MEREKA @ MEDAN SELERA PADANG KOTA LAMA

Hari Isnin.

As Usual,first day kerja setelah habis weekend..Monday blues lah sangat arini.Tapi kerja tetap kena jalan..Di opis tadi memang banyk benda nak buat..one step at a time..still masih terkial kial nak susun kembali kehidupan harian setelah apa yang berlaku for the past 3 weeks..Doakan aku ya kawan kawan..weekend yang baru sahaja berlalu aku just berehat di rumah dan sempat juga ke Taman Negara Pulau Pinang..aku perlukan ketenangan..berinteraksi dengan alam lebih baik..di samping dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan..Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

(Az-Zariyat: 20-21)


Petang tadi sempat lah bertemu muka dengan sahabat lama aku, Sam dan Angah.kebetulan Sam ada kursus di Hotel Vistana sampai hari rabu ni..diorang stay di aparment Vistana tu..petang ni plan mereka nak ke Padang Kota mencari Pasembur..so aku on jer.lepas habis kerja minta diorang park kereta di TESCO sebelah my opis then kami gerak satu kereta sahaja..Anis pun join sekali..teringat pula kat dia so kebetulan memang dia pun berada di Penang.so sekali jalan lah kami berempat menuju ke Medan Selera Padang Kota Lama.


Serius lapar.sebab time tengahari tadi tak lunch.time rehat lunch boleh pulak aku tertidur dalam opis.sedar sedar dah pukul 2 pm lebih.terjaga sebab PA GM call, suruh ke bilik GM dengan segera..so petang ni boleh la have a comfort food..tak training lah berlari untuk Ekiden Putrajaya next week..break lah sekejap hari ni.raikan kawan kawan.


Makan Gani Famous Pasembur Padang Kota.amekawww kena caj RM29!!


Anis punya Kueytiow Goreng kering..Anis lagi lah, tak makan dari awal pagi tadi..dia duk sibuk nak Viva esok..mula mula tanak join skkali sam ngan angah pujuk pujuk so dia pun ikut skali lah..lagi pun lama tak jumpa..dapat jumpa balik kawan kawan lama ni seronok..at least boleh tahu perkembangan masing masing..makin kembang ke makin mengecil ker.hehee..


Air kelapa sedap.dan air lai chee Kang tu tak tahu sedap ker tak.sebab tak rasa.Thanks korang atas ucapan Takziah untuk arwah ayah aku..Tahun lepas Anis pun dah kehilangan ayah beliau..Tahun ni giliran aku pula..apa apa pun kita semua pasti akan mati juga suatu masa nanti..cuma kita tak tahu bila..mungkin esok, lusa atau 10 tahun lagi.Hanya Tuhan mengetahui tiap sesuatu yang tidak kita ketahui.


Ayah bermain dengan anak sulung nya..Irsyad baru bangun tidur


Sembang sembang tapi tak lah lama sangat.Anis pun nak cepat balik


Kenyang okeh makan pasembor!!


Time to say Good bye.ada masa kita jumpa lagi nanti..masa berlalu dengan sangat pantas kan..sedar tak sedar dah 2012..dulu kitorang habis belajar tahun 2006..dalam masa 6 tahun ramai dah berubah status dari single kepada berkahwin..yang dah kahwin ada anak sorang..aku jer macam ni jugak.still single dan masih mencari waktu yang sesuai untuk aku tamatkan zaman bujang..Insya Allah kalau ada jodoh tak ke mana..aku percaya itu..bukankah Allah itu Maha Adil..


Irsyad menangis takut kat auntie anis.


Nice to meet you again my best friend!!


Good luck Anis for VIVA esok!!do your best ya!


Dari medan selera padang Kota Lama kitorang bergerak ke Tesco semula sebab Sam park kereta dia kat situ..Then aku balik lah.Insya Allah esok malam kita jumpa lagi..depa nak pekena Nasi Kandar Beratur pulak..nanti aku ajak LJ skali join kita dinner esok..kalau dia berkelapangan..Insya Allah..Malam ni dinner masak nasik kat rumah..makan lah apa yang ada..Lama tak jumpa Anis..semoga esok dia boleh present dengan baik..aku ni entah bila nak sambung belajar..harap Allah berikan kelapangan waktu dan akal fikiran suatu masa nanti.Insya Allah.Sekarang ni setiap hari kena sedekahkan pada ayah surah Yassin dan Al-Fatihah..itu jer yang mampu aku beri untuk ayah (dan juga untuk semua yang telah meninggalkan kita) sekarang..semoga Allah meringankan beban ayah di sana..Ameen.

Semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kita semua..aku dah nak tidor dah..jumpa lagi esok ya.Assalamualaikum!!

*Ketenangan hati hanya akan diperolehi dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadrat Tuhan, mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum Tuhan, mengharapkan kebahagiaan di akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama manusia dan ikhlas beramal semata-mata kerana Allah. Kebahagiaan di dunia ialah melalui ketenangan hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails