Ini cerita lama.Kisah Bulan April lalu.
Sewaktu menyertai acara Larian Bendang di teluk Intan..Tiba di Teluk Intan Pada 7 April sebelah malam.Acara Larian pada keesokan harinya 8 April (insya Allah nanti aku kongsikan cerita pasal larian tersebut.jika berkesempatan.).Sampai di Pekan Teluk Intan dalam jam 12 tengah malam..Terpukau melihat Menara Condongnya yang berwarna warni..menarik juga rupanya..:)
Menara Teluk Intan - Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung
saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari
kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya
ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan
batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi
menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.
Di bawah bangunan terdapat sebuah
telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur
bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan
tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah
menyembunyikan susunan batu-bata itu.
Awal abad ke-20 menara ini
berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk
keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam
gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu
didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di
antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun
1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan
Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga
terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.
Aku dan Faiz yang sampai paling lewat..Gengkakilari yang lain semua dah tidur diulit mimpi.tengah berjalan di area menara Condong terserempak Bach dan Zarul tengah beli burger.lapar lah tengah tengah malam macam ni..Carbo load untuk Half Marathon keesokan hari..Ramai anak muda yang duk melepak di bawah menara Condong.ye lah..ni lah satu satunya tarikan Teluk intan.(rasanya lah.heheee.Orang Teluk Intan jangan marah nooo..)
Kami semua menginap di Hotel Anson..ratenya RM90 semalam.berdekatan dengan Menara Condong dan dekat juga dengan starting point untuk berlari esok.Terima kasih pada Izwah yang tolong arrange kan accomodation.ni bilik last nih..yang lain semua penuh.Penangan Larian Bendang..so masuk bilik terus berehat untuk menyimpan tenaga bagi menyelesaikan 21 KM nanti..
Nanti aku share story kisah larian bendang.agak menarik juga.
Stay Tune with AXIMUD.
No comments:
Post a Comment