Followers

Saturday, May 26, 2012

PENANG NATIONAL PARK : JUNGLE TREKKING TO PANTAI KERACHUT

Hujung minggu lepas (20 Mei 2011)


Teringin untuk ke Penang National Park.Dah dekat 6 tahun stay di Pennag tak pernah singgah di Penang National Park Teluk Bahang.maybe sebab lokasinya yang jauh tu aku malas pergi..Teluk Bahang lagi atas dari Batu Feringghi..lebih kurang dari seberang Prai ni dalam 45 minit jugak untuk ke sana.


Sampai di Teluk Bahang, tengok je papan tanada menuju ke Taman Negara Penang..Daftar dulu nama di pintu masuk..Tiada bayaran dikenakan.Misi hari ini ialah untuk Jungle Trekking sejauh 3405 M ke Pantai Kerachut. There's nothing special about pantai Kerachut tu, except the meromiktik lake.nanti aku story lebih lanjut.


Taman Negara Pulau Pinang, yang terletak di daerah Barat Daya berhadapan Selat Melaka, adalah taman negara yang pertama diwujudkan di bawah Akta Taman Negara 1980.Setelah diwartakan pada 10 April 2003, Taman Negara Pulau Pinang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan. Jumlah keseluruhan keluasannya ialah 2,562.983 hektar merangkumi keluasan darat 1,181.949 hektar dan laut 1,381.041 hektar. 


Taman Negara Pulau Pinang terdiri daripada lima jenis habitat dan ia juga terkenal dengan jolokan Bay of Glowing Amber kerana pemandangan yang menarik pada waktu senja yang berlainan pada setiap hari.


Bila dah masuk ke dalam hutan baru lah terasa mengahnya..nak kena nak turun tangga pulak..alah bisa tegal biasa..jam menunjukkan pukul 12 tengahari.tapi sebab dalam hutan so tak terasa panasnya pun.


Nama jalan yang dilalui..


Ada satu sungai dinamakan Sungai Tukun.ada jugak a few budak budak sekolah kot yang duk main main air di sungai ni.


Keliru aku dengan signboard.kata 5 minit lagi akan sampai ke Pantai Krachut.tapi tak sampai sampai pun..bukan 100 meter rasanya.wallahualam..sebelum sampai ke Pantai Kerachut ada satu sungai tempat orang mandi manda.tapi tak terasa nak mandi sungai pun.


Jambatan Gantung ke Pantai Krachut


ini ialah Tasik Meromiktik.Tasik yang unik.


Tasik Meromiktik adalah tasik unik yang hanya terdapat di Taman Negara Pulau Pinang dan 19 tempat lain di seluruh dunia. Keunikan tasik ini bukan terletak pada lokasi mahupun saiznya, tetapi unik dari segi kandungan serta cara peralihan pasang surut airnya.

Meromiktik bermaksud dua lapisan air iaitu air laut dan air sungai yang tidak bercampur antara satu sama lain. Lapisan air yang tidak bercampur ini akan menjadikan suhu air tersebut berlainan dan menjadi habitat dua jenis hidupan berlainan. Struktur lapisan air di Tasik Meromiktik kebiasaannya dilatari oleh air laut pada dasar tasik dan air sungai pada bahagian atas dan permukaan kerana ketumpatan air laut adalah lebih tinggi berbanding dengan air sungai. Menyentuh mengenai kehidupan di dalam tasik seumpama ini, keistimewaannya masih dapat dilihat apabila hidupan air seperti ikan-ikan kecil dan udang juga datangnya dari berlainan jenis iaitu ikan-ikan laut dan sungai.



View di Pantai Krachut


Cuaca Panas Terik..pukul 1pm..sejam juga lah berjungle trekking


Masak nasik ayam.bawak bekal dari rumah


Picnic kali ni bekas di taja oleh IKEA.heheee


Selesai makan tengahari cari surau..di kawasan Pantai Krachut ni ada kemudahan surau disediakan.solat zohor dan baca yassin untuk arwah ayah..Rasa tenang bila buat aktiviti dengan alam sekitar ni..melepaskan tekanan dalam diri..lately macam macam berlaku..tapi aku tahu,aku lebih tabah dari yang aku sangka.Dugaan dan cabaran dalam hidup mematangkan aku dalam perjalanan menjadi dewasa.


Selesai solat, bentang kain tepi pantai, terlena!!


Terjaga dalam pukul 4pm lebih..kena bergerak balik lah..


Penerangan pasal Tasik Meromiktik ada kat atas.


Jom lah balik.nak kena jungle trekking lagi.kat sini line telefon adalah tidak ada ya.


penat bermandikan matahari


Kawasan yang aku lalu ni namanya Bukit Belah.sebuah bukit yang dibelah tengah tengah hanya menggunakan cangkul.untuk buat tarik kayu balak suatu ketika dulu.dashyat orang dulu belah bukit pakai cangkul jer.gagah sangat!


Cerita lanjut pasal bukit belah ada tulis di papan ni.nak tahu?pergi lah penang national park.


Lebih kurang jam 5.30pm sampai kembali di pintu masuk..Best lah jungle trekking kat sini..Penat tu biasalah..patut dulu sebelum panjat Gunung Kinabalu mai try trekking kat sini dulu untuk dapat feel..actually Penang National Park bukan setakat ada Pantai Kerachut jer, banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.

*ok dah.tu jer.aku rasa entri ni sangat skema.tak kisah lah kan.sekali sekala.bawak lah keluarga ,sahabat serta rakan taulan mengunjungi Taman Negara Pulau Pinang hari ini!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails