Followers

Thursday, May 10, 2012

SEGALA YANG TERSURAT..SEMUA KETENTUAN ALLAH S.W.T.

Alhamdulillah.

Segalanya telah selesai..Terima kasih kepada semua kawan, sahabat handai, rakan taulan, saudara mara yang telah bersusah payah membantu dan mengucapkan takziah di atas kehilangan orang yang paling kami sanjung dalam keluarga..Ayah..Semuanya berlaku dengan sekelip mata.bagaikan tidak percaya, namun itulah realiti..realitinya kami telah kehilangan ayah tercinta..kami telah kehilangan tunggak kepada keluarga..Kami telah kehilangan orang yang amat kami hormati dan kasihi..ya, kami telah kehilangan seorang ayah.

Kisah paling sedih berlaku dalam keluarga kami..Ayah telah dipanggil menghadap Illahi..segala-galanya berlaku atas takdir dan ketentuan Allah..Takdir Allah berlaku dan tiada siapa pun yang mampu untuk melawan kehendak Takdir..Aku percaya apa yang berlaku ada hikmah tersendiri..Mungkin Allah ingin menguji kami sekeluarga dan ingin melihat sejauh mana kesabaran kami..yang penting, Allah tak akan menguji hamba-Na luar dari kemampuan masing-masing..apa yang terjadi pada Ayah kami semua redha.Pahit untuk di telan.sukar untuk terima hakikat.tapi yang pergi tak akan kembali lagi..Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh ayah..Ayah, damailah di sana..dan bersemadi dengan tenang..

Al-Fatihah..

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Surat Al-Munafiqun: Ayat 11

 *******************************************************************

2 MEI 2012

Aku berada di Kuala lumpur..gembira rasa hati kerana Boss aku telah meluluskan cuti tahunan selama 5 hari..bermula 2 mei - 8 mei 2012 aku akan bercuti ke Korea selatan..sebetulnya tahun lepas lagi pada Mac 2011 aku sudah menjejakkan kaki ke Korea Selatan, tapi atas kekangan waktu dan masalah di tempat kerja, aku tak dapat nak ke Korea waktu itu..Kali ini dengan Izin Allah moga aku dapat menjejak kan kaki ke sana..Seperti biasa, bila ke Kuala lumpur pasti aku akan melawat ayah dulu di Hospital Kuala Lumpur..ayah tidak ada tanda tanda lagi akan keluar dari HKL..hanya Tuhan yang Maha mengetahui.


Mak ada telefon aku sebelum aku sampai ke HKL..aku tanya mak apa yang ayah nak makan pagi ni..Mak kata ayah minta belikan dia nasik kerabu..jadi aku ke Kampung Bharu, tempat biasa aku beli nasi kerabu untuk ayah dan terus ke HKL..untuk sarapan pagi bersama-sama..ini rutin biasa.aku gembira setiap kali punya kesempatan untuk bersarapan pagi sama sama dengan ayah..kalau korang nak tahu, HKL dah jadi macam rumah kedua kitorang dah for a past 4 month..Mak pun dah selesa berada di sini..semua Nurse dan kakitangan di bahagian wad ayah ni mak dah kenal..almost of them..Masa ni Ami ada sekali menemani ayah.dah seminggu dia tidur sama sama dengan mak dan ayah di wad.kebetulan dia sedang menunggu untuk sambung belajar di Mesir..Good luck adikku.moga kau sukses selalu. (Gambar di atas merupakan gambar terakhir ayah yang sempat aku rakamkan sebelum ayah pergi buat selama-lamanya)


Nasi kerabu.Biru dari biasa.tapi kali ni ayah makan habis satu bungkus.berselera sangat ayah makan..biasa kalau ayah makan, dia akan cuma makan nasi separuh..dia tak berani untuk makan satu bungkus.entah.aku kalau bab ayah makan memang aku tak berdaya nak halang..orang sakit.bila kita halang dia untuk makan nanti dia merajuk.tapi bila makan banyak sangat pun memudaratkan dirinya jugak..tak apa lah..bukan selalu..sekali sekala kira ok lah.sebab hari lain mak kata ayah tak makan banyak pun.Bila anak anak ada di sisi baru selera makan.Plan pagi ni nak bawak mak dan ami ke Nilai..nak ambik Faiz.Faiz baru selesai pengajian asasi sains nya di USIM..boleh la teman ayah di HKL lama sikit nanti..


Hujan sangat lebat masa aku, mak dan ami sampai di Nilai..ambik barang barang faiz semua sekali dan terus bergerak balik ke KL..Hujan yang lebat sampai air naik di kawasan Ampang..kitorang straight balik ke rumah Kak Tie untuk drop barang barang faiz, Then singgah di Carrefour ampang sebab aku nak tukar Duit Korea..tapi kat situ tak ada money Changer..Mak sempat cari cotton bud untuk ayah dan bawang untuk buat ubat ayah..kemudian dari Carrefour Ampang aku singgah di Kampung Bharu kejap untuk beli makanan, dah pukul 4pm..masih tak lunch..usai tapau ikan bakar di Kampung Bharu, embali ke HKL semula..


Terima kasih buat kawan aku yang tolong tukarkan duit Korea..aku tak sempat nak tukar..1000 Won sama dengan RM2.77..sampai di HKL kami makan sama sam angan ayah..ayah kata macam baru lagi makan nasik pagi tadi..ni makan lagi..maybe sebab dia makan banyak pagi tadi..tu yang Ayah kata macam tu.Ikan Terubuk bakar, Ikan Pari, Telur ikan masak lemak, Tempoyak dan Ulam ulaman jadi seleksi lauk pauk pada tengahari ni.(tak tengahari dah sebenarnya sebab waktu menunjukkan jam 5 pm)..selesai makan kami just berehat sahaja..sesekali dengar ayah merintih kata sakit dada..


Dalam pukul 7pm aku duk sibuk nak berkemas barang untuk ke Korea..Mak tengok barang barang aku macam tak tersusun dalam beg terus dia tolong kemaskan semula.itu lah jiwa seorang Ibu..sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak anak nya..sesekali nak bermanja dengan mak apa salahnya kan..banyak juga stok makanan aku akan bawak ke Korea..sebab makanan kat sana ramai yang cakap mahal.


Kak Tie sampai HKL lebih kurang jam 7.30pm..agak lewat sebab jalan rata rata Jem waktu ni..sebab hujan amat lebat arini..beberapa tempat dah ditenggelami air..kak tie jeles ya tengok mak kemas beg untuk aku travel.hehe..nasib baik lah abang shuk tak ada..kalau tak lagi bising lah dia..ayah masa ni pun duk bersembang macam biasa jer..tak ada apa apa yang pelik pun..


Kak Tie yang akan hantar aku ke LCCT..ami dan Faiz ikut sekali..Mak stay dengan ayah di wad..dalam pukul 8pm kami bertolak dari HKL..bersalam dengan ayah (dan itulah salam terakhir aku)..bersalam dengan mak dan mengucapkan selamat tinggal..masa lalu jalan nak menuju ke Maju Ekspressway, jem sampai tak bergerak..rupanya sebab Smart Tunnel Tutup so jalan memang jem sangat..aku masuk ke KLCC then patah balik lalu jalan lain menuju ke LCCT..ALhamdulillah sampai on time pukul 10 pm..nasib baik sempat checked in bag lagi..Terim akasih kak Tie, Ami dan Faiz yang hantar akku ke Airport.


Hidup aku macam ni lah.aku dah cuba bertolak awal pukul 8pm..flight jam 1120pm..sekali jalan jammed pulak dan aku sampai on time lagik..nasib baik sempat.Kak Leez dan kawan kawannya dah risau dah takut aku kena tinggal flight.nasib baik kak Leez memang dah experienced travel ngan aku sebelum ni.so dia memang dah masak la dengan sikap 'on time' ni..sorry guys to make you worried..First time nak jejak kaki ke South Korea.I'm Excited!


First time juga aku naik AIRASIA X.


Penerbangan ke Incheon Airport Korea memakan masa selama 6 Jam..flight yang paling lama aku pernah naik ialah lapan jam masa pergi Umrah tahun lepas..dalam masa 6 jam ni macam macam aku buat..tengok movie Kuch kuch Hota Hai sampai tertidor, tengok movie alamak  Toyol, main game, then tidor lagi, makan megi, sembang ngan Kak Leez dan sedar sedar akhirnya kami sampai..Alhamdulillah selamat tiba.


Selamat Datang Ke Korea!!


Kami seramai 8 orang ke Korea kali ni..dan aku jer wakil tunggal lelaki.yang lain semua perempuan..Kak Zila jadi our tourist guide..sarapan pagi makan kek dii Airpport sementara tunggu bas 6015.Terima kasih pada LJ atas kek Butter almond yang sedap tu..dari Airport kami ke Namsan Guest House dulu then makan pagi di dapur yang disediakan.kemudian ke Gyeongbuk Gung Palace, elawat Muzium, ke sungai Cheonggyecheon,kemudian ke Dataran Gwanghwamun..semasa berada di Tourist information center kami sempat mengenakan busana tradisional Korea..aku cek FB masa ni dan di situ lah bermulanya satu episod sedih dalam hidup aku.Ami hantar mesej pada aku di FB memberitahu bahawa ayah sudah tidak sedarkan diri..dalam keadaan tak sedap hati, kami pulang ke Namsan Guest House dan makan tengahari dulu sebelum aku mendaoat pengesahan yang sebenar-benarnya bahawa ayah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya..Al-Fatihah..


Air mata mengalir deras.masakan aku tidak sedih.Orang yang bertanggungjawab membesarkan aku hingga aku jadi diri aku seperti hari ini telah pergi menghadap Illahi..Dari Namsan Guest House aku bergerak ke Airport..TQ pada semua travel partner ku yang turut berkongsi kesedihan..sampai di Airport aku terserempak dengan 5 orang dari Malaysia yang akan naik flight jam 12am nanti, sama macam flight yang akan aku naiki..Terima kasih semua sebab sudi bagi coins won untuk aku buat panggilan ke Malaysia..Ayah akan dikebumikan pada malam itu juga, dan aku tak sempat untuk menatap wajah arwah ayah buat kali terakhir..terkilan.tapi itu yang terbaik buat semua..lagi oun jenazah tak elok simpan lama lama..elok dipercepatkan segala urusan..sepanjang dalam flight aku tak lupa untuk baca yassin dan sedekahkan ayat suci alquran untuk ayah..perjalanan pulang 6 jam terasa sangat lama..


3 MEI 2012

Sampai di LCCT jam 6am..terima kasih pada Faiz yang sudi ambik aku di Airport..lebih kurang jam 9am aku bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Kampung Halaman..dalam kepala aku hanya nak cepat sampai untuk melihat pusara ayah..dari khabar yang aku terima , ayah meninggal ketika sedang buat hemodialisis..dan dia pergi dengan amat tenang..segalanya di permudahkan sehinggalah saat dia dikebumikan..Aku percaya Allah memberikan balasan yang baik kepada hamba-hamba Nya yang berbuat kebaikan semasa hayat mereka..dalam perjalanan pulang aku kena tahan polis sebab laju sangat bawak kereta.aku just cakap nak kejar pulang cepat sebab ayah meninggal..encik polis just lepaskan aku pergi..Bila sampai di Gambang kereta aku breakdown pula..Fuel Indicator aku rosak..dan dihantar ke servis center Kuantan.Rupanya Minyak habis..aku pun tak perasan sebab nak cepat..sempat jumpa lanny makan makan ngan dia di kopitiam kuantan..Macam macam dugaan..namun jam 6pm aku sampai di kampung halaman, Kemasek.


Sampai di Rumah Kak Tie dah tunggu aku di luar..Hujan renyai renyai masa ni..aku peluk kak Tie dan menangis mengenangkan apa yang telah terjadi..sekarang kami dah tak punya ayah lagi.sedih.memang kami sedih..masuk ke dalam rumah aku tengok mak sedang melayan tetamu..Mak kelihatan tenang dan tabah..aku peluk mak.dan mak menyapu air mata di wajah aku..mak kata jangan sedih sedih lagi.ayah dah tak ada.Biarlah ayah pergi dengan Tenang..aku kagum dengan kekuatan yang mak ada..sentiasa tabah dan kuat..dan kami anak anak pun harus kuat.agar mak punya kekuatan yang sama itu berpanjangan..

Di bahagian dapur adik beradik semua sedang sibuk untuk khatam al-Quran sedekah buat ayah..aku ditugaskan untuk menghabiskan juzuk 3 dan juzuk 4..Suasana sedih menyelubungi..petang yang sama juga aku, Kak Tie dan abang Jali melawat Kubur ayah..seperti semalam aku baru bertemu ayah, kali ini dia sudah tidak kelihatan lagi..Ayah, maaf kan azim sebab tak sempat nak kucup wajah ayah buat kali terakhir..maafkan saya..semoga Ayah tenang di sana.


Kami janji, kami akan selalu lawat ayah.walau ayah sudah tak ada lagi, kami tetap rasa bahawa ayah ada di sekeliling kami.tetap akan sentiasa hidup dalam hati dan sanubari kami..lepas ni, setiap kali balik kampung aku janji aku akan lawat ayah..cuma bezanya kali ni aku tak akan dapat untuk bawak nasi kerabu lagi untuk ayah.tak mampu lagi untuk bawak makanan kegemaran ayah..hanya yassin dan bacaan ayat suci al quran yang lain akan aku bawa untuk ayah..Semuanya dalam perancangan Allah..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami semua dan untuk ayah..ini yang terbaik.kali ni ayah dah tak perlu rasa sakit lagi.tak perlu nak buat hemodialisis lagi seperti selalu..tenanglah ayah di sana..kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan ayah..terima kasih pada semua yang terlibat untuk buat tahlil arwah ayah.


Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud

Banyak hikmah yang aku nampak sebelum ayah meninggal dunia..kalau tak kerana ayah masuk ke hospital kuala lumpur 4 bulan yang lalu aku mungkin tak akan sempat untuk luangkan masa yang panjang bersama mak dan ayah..kerana jarak dari penang ke KL adalah lebih dekat berbanding Penang ke Kemaman..bila ayah berada di HKL ni boleh kata setiap minggu aku akan lawat ayah dan sempat meluangkan waktu bersama-sama..Terima kasih Allah.since 2010 sejak tragedi ayah masuk ICU, hingga kini Allah beri peluang pada kami selama dekat 2 tahun untuk cuba buat yang terbaik untuk ayahy..Tiada penyesalan buat kami semua..Rancangan Allah sentiasa sempurna..aku yakin itu.


Lepas ni setiap kali tengok wajah ayah, akan aku sedekahkan Al-Fatihah..ayah tak pernah mati dalam hati aku.sentiasa hidup di situ..dalam blog aku ni terlalu banyak kenangan yang ada bersama ayah..semua kenangan dan memori tercipta akan tetap indah sampai bila bila..Kami janji untuk jaga mak dengan sebaik baiknya..semestinya aku rindu.rindu untuk makan sama sama dengan ayah..aku akan rindu dengan bebelan ayah..akan rindu dengan rungutan ayah..rindu nak tengok dia bergaduh dengan mak..rindu nak bersembang dengan dia lagi..rindu untuk dengar suara dia lagi..rindu segala galanya tentang ayah..semua tu tak akan mampu aku lihat lagi..hanya tinggal kenangan..yang mana kenangan itu akan sentiasa segar dalam ingatan..Biarlah kisah ini tetap tersimpan abadi untuk sebuah masa depan.biar nanti aku akan ceritakan pada anak anak aku yang mereka punyai seorang datuk yang dihormati ramai dan disegani.biar anak nak akan datang tahu siapa datuk mereka yang sebenarnya..

Dan ayah tetap akan jadi lagenda dalam hidup kami sampai bila-bila.

*Hari ini genap seminggu ayah pergi meninggalkan kami semua..Ayah meninggal pada 3 Mei 2012 jam 2.25pm..Al-Fatihah..Semoga Allah mengampunkan dosa kami pada ayah..dan semoga Allah mengampunkan dosa ayah dan meringkan beban ayah di sana.Ameen.

14 comments:

just.HY said...

takziah bro. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh. al-fatihah..

kucingorengemok said...

takziah azim & keluarga, semoga roh ayah ditempatkan bersama orang² beriman

beruntung dia dapat anak² soleh & solehah dan sayang-menyayang macam kamu semua

illa said...

setiap kali membaca coretan pasal arwah..sebak sungguh dada ni.. tumpah juga air mata mengenangkan saat2 indah azim dan family..
semoga azim n family tabah...

Unknown said...

Azim...menitis air mata k.Chah mendengar luahan rasa dari seorang anak buat bapanya yang telah pergi buat selama-lamanya...Perlu redha dengan apa yang berlaku dan Azim perlu ingat yang Azim masih ada Ibu...Alfatihah buat yang telah tiada..

geraugebang said...

al fatihah.Insyaallah arwah akan tenang di sana kerana arwah mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. Amin

Leez M. Saaid said...

sabar yea azim. Akak pun pernah melalui perkara yg sama saat kehilangan ayahanda pada 17 mei 2005 semasa akak di tanah suci. Akak faham perasaan azim ketika tu. Bila baca coretan ni...akak jadi sebak dan akhirnya tertumpa juga air mata ini. Yg penting skrg doa2 anak yg soleh. Arwah sentiasa menantikan doa dari anak-anak. Insya Allah azim seorang yg tabah.

yanizz said...

Tersentuh hatiku membaca coretan ikhlas azim. Takziah azim.

mohdkhairi said...

minitik air mata nie...sabar axim...hari nie baru tahu ..sbb dah lama tak masuk blog nie sbb terlalu bizi...dok follow kisah azim..tup2 pagi nie terkejut baca entry kematian ayah tersayang...alfatehah utk ayah...
bnyk bersabar...saya pernah alami..bila kehilangan ibu tahun 2002..sampai lani duk rasa ibu masih ada...saya paham perasaan tu...

ikhlas khairi
gerbangkasih

angah sam said...

takziah zimm...sedihnye aku baca entry kali ni :'(. InsyaAllah next week sam akan ke penang. aku nak follow gak jumpe ko ;( takziah zimmm..

Unknown said...

berjurai air mata saat entry ini habis dibaca...al-Fatihah

pena said...

as salam. from the bottom of my heart, terimalah salam takziah di atas kemangkatan ayahanda. Tuhan lebih menyanyanginya. harap sabar dan tabah menghadapi ujian ini. we all know the day will eventually come, redzolah pemergiannya bro!

lily lotus said...

salam takziah buat azim dan keluarga. semoga tabah hadapi dugaan..

eKa said...

ya allah menangis saya baca entry awak ni...sedihnya...apa2pun...be strong.semoga tabah menghadapi ujian... al fatihah

nur easy said...

innalillah... al - fatihah untuk arwah. saya juga kehilangan ibu tercinta kala bertugas diluar negara. semoga rohnya tenang di sana si sisi Nya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails