8 APRIL 2012
Bangun tidur seawal jam 5.30am..kemudian bersiap untuk solat subuh..pukul 6.30am dah berjalan kaki menuju ke depan sekolah apa ntah aku tak ingat nama.sekolah tu dekat dengan area menara condong Teluk Intan..starting dan finishing point untuk acara larian bendang adalah di situ..boleh tahan ramai jugak umat manusia yang sertai acara ni.
#Gengkakilari yang hadir untuk this event.
Kami pakai tagline #Gengkakilari belakang baju.promote sikit beb!!
Dalam pukul 7.15am kami semua dilepaskan..Peserta 21KM dilepaskan dahulu.ada kategori lain iaitu 10KM,7KM dan 5KM juga..aku tak sure setiap kategori berlepas pukul berapa..bagi aku kalau untuk peserta half marathon seeloknya lepas jam 6 pagi..so nanti tak lah kena berlari time panas..
Mula mula berlari dalam kawasan pekan..lalu di tepi Menara Condong dan jalan jalan kampung..kemudian baru melalui satu kawasan macam kebun..aku rasa macam menarik juga route kali ni.kawasan kampung..
And this is the reason why larian ni dinamakan larian Bendang.memang bendang berada di kiri kanan jalan yang kami berlari..hijau mata memandang..mula mula aku rasa ok juga berlari..lama lama just slowkan pace dan menikmati pemandangan yang ada..terserempak ngan Zarul masa ni.Runner lain dah entah kat mana mana dah.
ehhh tu pokok jagung ker??
Ada sign board suh kurangkan laju.terus aku berhenti berlari.jalan slow slow.bahay aberlari laju laju di kawasan kampung yek.hehe
Another 5 KM to go
Aku berjaya habiskan llarian dalam masa 2 jam 15 minit..i guess boleh habis cepat dari biasa sebab route nya tak susah..21 KM berjaya di habiskan tanpa sebarang kecederaan..dapat ranking 136..top200 dapat medal..yeayyy another finisher Medal for me.
Faiz orang pertama #gengkakilari yang sampai.Ranking number 90..Bach orang kedu dapat ranking 130..aku sampai kemudiannya rank 136..Zarul dan Izman masing masing number 157 dan 158..yang penting semua Top 200.Alhamdulillah!
Peserta wanita, Izwah mula memunculkan diri..
Idot dan Fazu menyusul kemudiannya..
Bergambar atas jalan..belasah je lah.jalan ni milik orang ramai kan
#Gengkakilari @ Larian Bendang Menara Teluk Intan April 2012
#Gengkakilari VS Shah Alam Pacers
baca sejarah menara condong sekejap
Dari event kami berjalan kkaki menuju ke tempat makan..lapar dan dahaga tidak terkira.tapi singgah dulu ambik gambar di menara Condong..tengah duk ambik gambar aku mintak tolong sorang mamat ambikkan gambar kitorang.sekali bateri kamera kong pulak dah..takpe lah.dapat lah shot yang ni jer.
Then dari Menara Condong ke Food Court berdekatan untuk makan pagi merangkap makan tengahari..dah pukul 11am lebih..dekat tengahari dah..makan nasik ayam.ok lah .not bad..lepas makan kami pulang ke Anson Hotel untuk Check Out pada jam 12pm..Lepas Checkout kitorang jumpa untuk lunch di Restoran Mamak apa nama ntah di Teluk Intan ni.Then baru masing masing beredar pulang ke sarang masing masing..Congratulations to all #Gengkakilari runners yang dapat menghabiskan larian 21KM!Jumpa lagi korang semua in the next event.Insya Allah.
Sekian laporan sukan Gengkakilari kali ini.Majulah sukan untuk Negara!!
*In running, it doesn't matter whether you come in first, in the middle of
the pack, or last. You can say 'I have finished.' There is a lot of
satisfaction in that.
1 comment:
fuuuhh..penat!
Post a Comment