Followers

Sunday, January 27, 2008

Ayam Masak Merah Masam Pedas

Hari ini kita akan belajar cara-cara untuk memasak Ayam masak merah masam pedas.Bahan-bahan yang di perlukan ialah:

-ayam yang dah siap dipotong.
-bawang putih dan bawang merah(untuk menumis)
-sedikit halia(juga untuk tumisan)
-lada giling
-Ring onion
-ubi kentang 2 biji
-2 biji tomato
-sekeping asam keping
-Sedikit garam dan penambah perasa

-Mula-mula kita siapkan dulu ayam yang akan di gunakan.basuh bersih-bersih dan buang segala bulu-bulu ayam yang masih terlekat.

-Kemudian buka api secara sederhana dan tumiskan bawang putih dan bawang merah beserta halia yang telah ditumbuk halus itu tadi.

-Ni lah dia orang yang diupah khas untuk membantu aku.hakhak

-Lepas dah naik bau bahan tumisan itu tadi masukkan cili giling dan tumis sehingga cili giling masak.(pastikan jangan letak cili giling terlalu banyak nanti rasa akan pedas menyengat,takut selera terbunuh plak nanti..)


-Sekali lagi dia nak interframe...ish..ish,,kasi la peluang..

-Kemudian masukkan ayam ke dalam bahan tumisan itu tadi.

-Jangan lupa untuk masukkan ubi kentang dan ring onion sekali.

-kemudian perlahankan api dan masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa.Tudungkan periuk dan tunggu selama lebih kurang 30 minit untuk ayam masak dan ubi kentang menjadi empuk.

-selepas 30 minit bila kuah sudah mengering masukkan tomato (kalau masuk awal-awal nanti tomato hancur) dan rasa kuah ayam..kalau masam ke tawar ke pandai-pandai la adjust rasa tu ok..

-Akhirnya ayam masak merah masam pedas siap untuk di hidangkan.simple kan?selamat mencuba ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails