Followers

Saturday, January 19, 2008

Lara Hati


'Aku dah bosan dengan hidup axim...kenapa masalah datang bertimpa-timpa pada aku..kenapa aku tak boleh untuk jadi bahagia macam orang lain..orang lain bahagia jer aku tengok..takder pulak masalah macam aku ni..aku nak lari kalau boleh..lari dari semua orang..baik aku hidup bersendirian jer..aku lemas zim..aku lemas dengan hidup aku ni...'

Ini sms yang aku terima semalam dari seorang teman.teman lama dari universiti dulu..dan dari mesej yang aku terima ni dapat aku simpulkan dia seolah-olah kecewa dengan hidupnya yang sering di timpa masalah..who doesn't?setiap insan pasti akan ada masalah nya yang tersendiri.Dan berikut merupakan sms yang aku balas kembali kepada teman lama itu:

'Nis,jangan pernah bosan dengan kehidupan.bukankah kehidupan yang mencorakkan hari hari kita dengan penuh warna..sama ada warna itu hitam,putih ataupun warna warni namun ia tetap sebuah perjalanan yang harus di lalui..semua dugaan yang tiba adalah dugaan dari tuhan..Dia nak uji sejauh mana kita sebagai hamba mampu bersabar dengan apa yang Dia timpakan pada kita..Setiap insan pasti ada masalah nya yang tersendiri..yang membezakan antara kita semua ialah cara kita mengawal masalah tersebut..jangan pernah sekali kali memberi peluang untuk memmbiarkan masalah itu mengawal kita...sedangkan kita punya akal untuk mengawal masalah masalah tersebut..percayalah nis,takda satu pun yang tuhan timpakan atas kita ni sia-sia...semua tu ada hikmah yang menanti..di pihak kita,sentiasalah bersangka baik dan berfikiran positif k?aku tak nak tengok ko sedey sedey lagi...bukankah hidup ini terlalu singkat untuk dilewati dengan perkara perkara yang menyedihkan?cheer up gal,i know u can do better than this..juz believe in yourself and you gonna be fine ok?...peace..'

Dengan sedikit kata kata semangat ini,aku harap dia akan kembali percaya yang hidup ini penuh dengan warna..hmmm aku pun ada masalah aku yang tersendiri.tapi aku rasa lebih baik jangan fikirkan sangat tentang apa yang dah terjadi..biarlah angin lalu membawa semua itu pergi jauh,hilang dari kotak fikiran..bagi aku ini cara terbaik untuk mengharungi hari yang sedih.

Dan ini mesej yang aku terima kembali daripadanya pagi ini:

'i'm ok now...skang on the way ke tempat kerja..('',)'

I really hope that she's gonna be better.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails