Followers

Friday, January 11, 2008

Akhir Rasa Ini

Aku cuba mencari jawapan kepada semua simpulan yang melanda.namun aku bungkam kerna setiap simpulan itu tidak mampu untuk aku untaikan.nyata sekali simpulan itu telah menjadi satu simpulan yang hampir mati.tambah menggentarkan aku bila mana aku rasa simpulan itu harus dibiarkan begitu saja tanpa diuntaikan.walau segigih mana pun aku coba namun ia semakin sulit bagi aku,dan akhirnya keputusan tercipta.

Aku mengalah.aku mengalah bukan kerna aku mau lari.namun aku hampir pasti bahawa ini sahaja jawapan kepada semua yang telah berlaku lewat kebelakangan ini.jawapan kepada semua persoalan yang sentiasa berlegar dalam gumpalan fikiran.aku sentiasa yakin setiap yang terjadi ada hikmah menanti.lantaran itu aku gagahi juga untuk tidak berganjak dari keputusan ini..sejujurnya aku bukan insan yang mudah untuk membuat apa apa keputusan,seharusnya aku akan pikirkan sedalam dalamnya agar tiada penyesalan di hari mendatang.kali ini aku sudah pikirkan semasak masaknya dan aku pasti dengan keputusan ini.

Bukan mudah untuk aku mengakhiri apa yang telah terbina sejak setahun yang lalu..namun apa guna jika mahligai bahagia itu saban hari makin suram dan makin terhakis secara senyap walau tak nampak dek pandangan mata kasar.bukan aku tak cuba untuk membina kembali bagian bagian yang cela itu.realitinya semakin aku cuba semakin aku hampiri untuk kecundang..semakin aku hampir untuk jadi insan yang berputus asa.sedangkan aku tahu aku bukan insan yang mudah berputus asa.

Aku tealah tanamkan kekuatan dan kesabaran dalam diri sejak lama dahulu,sejak aku betul-betul merasa manisnya cinta..sejak aku mula kenal erti cinta,namun segalanya hilang runtuh dan ranap sebegitu,seolah-olah apa yang telah dibina selam ini tiada membawa apa-apa makna.Kerna cinta aku bahagia dan kerna cinta lah aku jadi derita.Aku tak kan pernah untuk salahkan sesiapa atas segala yang terjadi.biarlah rasa ini berakhir sampai di sini.

Aku tak sanggup lagi untuk melihat orang yang aku paling sayang menderita dan aku juga mungkin sudah penat untuk mengorbankan perasaan sendiri lagi,maka keputusan ini tercipta.mungkin dia akan berduka dan membenci aku...tapi hanya sementara cuma kan,dan itu lebih baik dari menanggung derita yang panjang jika terus bersama.maafkan saya sayang atas keputusan ini.demi kebaikan kita bersama mengapa kita harus memilih jalan yang salah?suatu hari nanti jika ada jodoh antara kita pasti segalanya mungkin.dan hati saya akan tetap teguh untuk sentiasa menyayangi awak dan tetap akan sentiasa memberi ruang yang luas seperti dulu bagi diri awak..maafkan saya sayang atas yang terjadi..meski terluka mungkin ini sahaja jalan akhir yang kita miliki.

Terima kasih sayang atas semua kenangan yang telah tercipta indah.Maafkan saya kerana mungkir bahagia.

'maybe this is the best for us..and sadly,maybe not....'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails