Followers

Monday, January 14, 2008

Mimpi Yang Tak Berkesudahan


Entah sampai bila saya akan dihantui dan diburu dengan rasa rasa yang tidak enak ini...semakin saya cuba untuk lari dari bayangan ini semakin dia menghampiri..kadang kadang saya hairan dengan diri sendiri yang selalu gagal untuk bertindak mengikut akal fikiran yang waras.bukan saya tidak dapat berfikir tapi diri sendiri menghalang untuk bertindak seperti yang difikirkan.mungkinkah itu menjadikan saya seorang yang dungu?...entahlah..saya pun tidak tahu..apa yang saya tahu sekarang jiwa saya seakan akan kosong dan seolah olah tiada tempat untuk saya mengadu..dan mungkin rasa ini akan berterusan sampai ke pengakhiran cerita hidup saya.

Orang kata tak semua benda yang kita dambakan akan kita miliki,oleh sebab itu saya sentiasa mengingatkan diri saya agar menghargai semua yang saya ada sebelum semua itu akan hilang..hidup ini memerlukan banyak pengorbanan sama ada kita sedar atau tidak,tapi itulah hakikat sebuah kehidupan.tapi bila bercakap soal kehidupan berapa ramai manusia yang mampu mentafsirkan makna kehidupan itu dengan sebenar benarnya?...bagi saya,tiada.tiada orang akan dapat mentafsirkan dengan tepat apa itu erti hidup kerana ianya sangat subjektif dan abstrak,mengikut penilaian individu masing masing.

Cara kita menjalani kehidupan ini juga berbeza beza antara satu sama lain.ada yang dapat hidup bersendirian,dan tak kurang juga yang memerlukan insan lain sebagai sokongan dalam apa jua keadaan..saya pernah menjadi insan yang amat memerlukan sokongan ramai namun,hakikat itu berubah kini..seolah olah bersendirian itu lebih baik buat masa sekarang..bukan saya tiada teman yang akan menemani saya cuma di saat saat ini saya amat butuhkan waktu untuk saya jalani hidup secara tunggal..mungkin saya sudah penat dikecewakan dan mengecewakan orang..dan mungkin juga saya sudah letih untuk hal hal ini,tapi jangan anggap saya sudah putus asa.saya tak pernah putus asa.apa yang saya butuhkan hanyalah sedikit waktu.

Saya butuhkan sedikit waktu untuk menilai balik siapa saya yang sebenarnya.kerana saya sendiri selalu gagal untuk mengenali siapa saya yang sebenarnya..lantaran itu bagaimana saya akan dapat mengenali insan lain sedalam dalamnya.

Saya butuhkan sedikit ruang untuk saya kembali berpijak di bumi yang nyata setelah lama berada di ruang khayalan yang tiada berkesudahnnya..mungkin ini satu kesedaran bagi saya yang selalu leka dalam meniti arus dunia yang serba indah ini.

Dan saya butuhkan sedikit rasa yang saya simpan dalm hati saya ni untuk diri sendiri..saya sudah penat untuk menjag dan terus menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati sendiri merana dan terluka..hingga memaksa saya untuk berfikir bahawa jika saya sendiri tidak cuba untuk menjaga hati saya sendiri siapa lagi yang akan melakukannya.

Orang lain mungkin akan melihat saya gembira dan ceria sahaja dari aspek luaran namun dalamnnya hanya saya dan tuhan sahaja yang tahu.. kadang kadang saya hairan kenapa saya terus terusan membawa diri saya terjerumus ke dalam mimpi yang tak sudah ini...hmmmmm....entah lah...saya cuma perlukan masa untuk memulihkan segala galanya.

Insya Allah,time will heal everything.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails