Dah lama rasanya tak masak....rindu plak rasanya nak makan masakan sendiri.jadi arini aku nak wat mee goreng basah versi rekaan sendiri,hehe,whatever it is aku akan pastikan rasanya sedap dan menepati citarasa semua..lets check it out,the recipe..
*Bahan bahan:
-bawang putih,ditumbuk hancur(untuk tumis)
-sedikit lada giling
-sos tomato,sos cili dan sos tiram
-sedikit lada giling
-sos tomato,sos cili dan sos tiram
-kicap manis dan kicap masin
-sotong saiz sedang sedang aja 3 ekor
-telur ayam sebiji
-mee kuning
-sayur sayuran(kobis,lobak,tomato,brokoli)
*cara penyediaan:
-mula mula tumiskan dulu bawang putih dan selepas baunya naik,masukkan sotong dan biar sehingga sotong masak.
-kemudian masukkan lada giling,dan semua sos yang dinyatakan di atas,kuantiti ikut sedap sedap saja.
-kemudian masukkan lada giling,dan semua sos yang dinyatakan di atas,kuantiti ikut sedap sedap saja.
-kemudian tunggu sehingga lada giling masak sedikit(untuk mengelakkan pedas yang terlampau),dan masukkan kicap manis dan kicap masin.(oleh kerana kicap sudah digunakan maka tidak perlulah menggunakan garam lagi)
-jangan lupa untuk masukkan sebiji telur,agar kuah jadi lebih pekat.
-kemudian lepas bahan tumis dah siap disediakan,sayuran dan mee kuning di masukkan dan digaul rata dan sedia untuk dihidangkan...
Lepas dah di hidangkan apa lagi,makan la...sambil nengok tv,syioknyer dapat bersantai hujung minggu ni...takyah nak pikir pasal kerja.seronok sebenarnya dapat memasak sekali sekala ni...at least tak la makan luar je selalu.
1 comment:
MMmm, no further comment..
Post a Comment