Followers

Wednesday, November 11, 2009

HOLIDAY @ BALI DAY 2 - RUMAH TRADISIONAL BALI,ART PAINTING & PASAR UBUD

And the Journey Continued..

29 0KTOBER 2009

Bangun di awal pagi untuk menyedut udara segar di Bali..Walaupun waktu di Bali adalah sama dengan Malaysia tapi kat sini pukul 6 pagi dah terang benderang macam pukul 8 pagi di tempat kita..makanya waktu gelapnya juga cepat,pukul 6 petang dah start nak gelap..

1

MATAHARI BUNGALOW-tempat kami menginap selama dua hari yang pertama..malam tadi tak nampak sangat kawasan sekitar homestay ni seab gelap,tang siang semuanya jelas..so boleh lah ronda ronda tengok kawasan..Walaupun harga Hotel ni boleh di kategorikan sebagai bajet hotel tapi kawasan sekitarnya sangatlah di jaga rapi..Sejuk mata memandang..

2

tak BALI lah kalau takder lampu macam ni

3

Ini sebahagian dari kawasan sekitarnya..kawasan Swimming Pool areanya juga boleh tahan cantik..aku ingat nak mandi pagi ni tapi tak sempat,Pak aris akan datang jam 9 jap lagik..so rancangan nak terjun kolam postponed ke hari esok la pulak sebelum Check Out..hehehe..

4

6

Swimming Pool Matahari Bungalow

5

Bersih dan indah..well maintained la senang citer..jangan men men kolam kat sini paling dalam 2 meter..memang ikut ketinggian Foreigner dari europe nun..kalau dari Asia semua mesti pakat duk lemas dah masa berenang..2 meter memang tenggelam habis la kan.Kalau terer berenang lain citer.

7

dari pandangan hadapan

8

Breakfast ada di sediakan untuk setiap penghuni Bungalow..bermula dari jam 7 pagi hingga jam 10..

9

quite cool jugak tempat makan ni

10

Actually pagi ni masing masing bangun lambat sebab semalam tidur lewat..so lepas bersiap siap terus jer kami semua ke tempat makan dan ambik apa yang ada..sat lagi pak supir sampai jenuh pulak dia nak menunggu kami kan kalau lambat..Pak supir aku tak kesah,orang hat duk booking pak supir tu yang aku kesah.sat lagi dia duk pekik macam komander sebab kitorang lambat naya jugak tuh...(sapa orang tu tak taw..thehehehhehehehhhhheee...)

11

makanan yang ada..macam tak menarik

12

roti ni nampak sedap..

13

Dalam duk kata tak menarik dan nampak tak sedap masuk jugak ke mulut..Rezeki depan mata tak baik di tolak..tapi memang pun,makanan kat sini macam tak berapa nak best.mungkin sebab variety nya tak banyak ataupun memang macam ni cara masakan di Bali,wallahualam..

14

sebab rasa macam tak ada makanan aku order pulak telur hancur nih..apa namnya daaa tetiba aku hilang ingatan pulak..apa apa jer lah tapi hat ni kena bayar asing,13000 rupiah kalau tak silap aku..buat makan ngan mee baru rasa sedap sikit..

15

mee yang kembali bertenaga bersama telur hancur itu

16

tambah dalam roti pun sodap..

17

Lupa nak bagitau kat sini Cafe nya sahaja menyediakan WIFI percuma..maknanya kalau nak online kat sini jer boleh,kat bilik tak di sediakan..sampai sekarang aku duk ingat lagi Password Wifi nya-DECADE2009..pada sapa yang nak curi Wifi kat sini boleh lah amik password ni yek..takyah tanya orang kat restoran tu dah nanti..tapi tak tau lah kan kalau password depa duk set sebulan satu password.

18

awat gambaq auntie & neneks ni menyelit tetiber..

19

Makan sudah Online pun sudah(actually masa online duk sibuk cari Video Klip Wali-Cari Jodoh duk pakat tempek kat wall FaceBook..hehehe..seronok gak lagu tuh kalau layan..).Then terus bersiap siap untuk memulakan hari ni dengan agenda seterusnya..

20

Pak Aris pun dah sampai,siap nak tonyoh kepala aida lagi sebab kami lambat..(ok aku tipu,Takkan lah dia nak tonyoh,kang tak pasal pasal hilang mata pencarian dia..aku agak merepek sebab ketandusan idea lah nak menaip..tak tau nak tulih apa dah..mengantuk sebenaqnya nih..kalau tidur pun sodap..takpaa takpaa aku fokuskan diri jua untuk menghapdet demi kalian sumer..)ok dah habis merepek,jom kita sambung balik.

21

Tempat pertama yang kami singgah ialah di sebuah Mall beli belah barang keperluan rumah yang aku dah tak ingat namanya sebab aku ngan Nikli nak cari plag tiga pin,kat Bilik Hotel sumer Dua Pin so kena la cari extension untuk plag tiga pin tuh..kang tak pasal pasal tak leh caj Bateri Kamera,bateri HP mahupun bateri laptop..harga nya 24000 Rupiah..dalam 7-8 hengget macam tu lah..(gambar atas:membeli air Fanta yang femes kat Indonesia ni untuk hilangkan dahaga..Makin dahaga ada lah sebab minum minuman manis)

22

Then minta Pak Aris singgah di mana mana kedai Sim Kad tepon sebab aku,Nikli dan Liyana nak beli satu Nombor Indon,katanya Murah sikit nak bermesej dan Kol ke Malaysia kalau pakai No.Indon..Try jer lah kan sebab harganya pun takder la mahal..no harm done..aku ngan Liyana beli SIMPATI manakala Nikli pulak beli XL..(gambar atas:kegembiraan setelah mendapat Sim Kad baru,hahaha)

23

Perjalanan di teruskan..Sepanjang perjalanan kami duk berbual dan bersembang mana topik yang sempat..Pak Aris ni sempoi jaa orang nya..seronok duk bergurau dan melawak ngan dia..sambil duk minum air fanta dan makan keropok kentang seaweed..sungguh sedap keropok itu,yang di beli di Giant berhampiran..jangan main-main kat Bali GIANT pun ada ok..international lagik.Tempat pertama yang Pak Aris bawa kami:

I-RUMAH TRADISIONAL BALI

Apa nama tempat ni aku pun tak tahu..Cuma yang aku tahu kawasan ni masa On the way nak pergi ke Pasar Ubud..Barangkali ini kawasan Ubud juga.Tiada apa yang sangat istimewa di sini,Cuma mempertaruhkan senibina ataupun rekaan Rumah-rumah di Bali..Konsep dan design yang di guna pakai orang tempatan.

24

Pintu Gerbang mesti ada..

25

Tok pekong yang duk kat Pintu Gerbang ni pun mesti ada

26

Aku berkenan juga tengok atap yang macam nih..atap rumbia ker apa ke ntah namanya aku tak taw jugak,tapi konsepnya bagus sekali..sedap lah mata memandang..kalau kita tengok macam ni konpem dah taw ni Bali Style kan..Cuaca panas yang amat masa nih..tak tau nak habaq macam mana kepanasannya..Berpeluh luar dan dalam..Hangitnya tuhan jer yang tahu.

27

C.H.A.R.L.I.E- A.N.G.E.L.S

28

Siap ada tilam macam bilik tidur tapi terbuka..kat sini jugak ada lah kandang beberapa haiwan yang kita tak berapa biasa lihat-ada kandang landak dan kandang Babi..aku ada duk snap gambaq babi tuh tapi tak sampai hati nak tempek kat Blog ni gambar menatang tuh takut mencemarkan kesucian yang ada..hahaha..Tapi meremang siot tengok kandang babi..Geli yang amat.Binatang suci tuh kat sini.apa yang suci nya aku tak ambik peduli.

29

Ada sejarah yang tersendiri mengapa kalau kat Bali boleh di lihat setiap Rumah pasti punyai Pintu Gerbang dan pintu nya mesti muat muat nak masuk badan jer..kereta konpem diorang park kat luar rumah..Kata Pak Aris sejarahnya dulu orang Hindu berperang dengan Orang Islam-Orang Hind nya kalah lalu lari ke kepulauan Bali dan membentuk koloninya di sini..Pintu gerbang dan pagar di buat kecil kecil supaya mengelakkan musuh masuk..Itu jer lah ceritanya..Turun temurun sampai ke hari ini Budaya itu.(pehhh geli tekak bila aku duk berbicara pasal sejarah..hihihihi)

30

pak aris bersama 3 cewek maneh

30a

aku suka gambar nih!!

30b

ada ramai la jugak tourist yang ada(termasuk kami)

31

Masa nak keluar dari kawasan ni ramai la jugak Peniaga jalanan yang duk sibuk jual hasil keras-tangan diorang kat kami..sampai duk ikut ke kereta nak jual barangan..tapi satu pun kami tak layan..duk beli satu nanti ramai plak duk mai nak suh beli..so baik tak payah beli lansung..terus kami bergerak ke destinasinya seterusnya,asal asal nak pi Pasar Ubud sekali terjebak di kedai painting yang jual lukisan cantik cantik(Ni semua kak nona punya pasai):

II-ART PAINTING GALLERY

Dalam perjalanan ke Pasar Ubud,kelihatan di kiri dan kanan jalan begitu banyak sekali kedai Lukisan yang menjual karya karya yang menarik..Ziana yang berminat melihat hasil karya seni yang indah itu meminta Pak Aris supaya memberhentikan keretanya di salah satu kedai tersebut,atas tujuan ingin membeli Lukisan sebagai Bingkisan ke tanah air..(pehhhh skema nak mati kan ayat aku masa nih...tetiba la pulak skema kan ayat ayat yangterbina)

33

ni memang dah kawasan Ubud

33a

Banyak sekali lukisan lukisan yang ada di sini..meang aku tak nafikan banyak yang menarik dan cantik cantik..kalau ikutkan hati nak jer aku beli yang besar besar tuh taruk kat Hall rumah,apakan daya Budget constraint punya pasai terus membatalkan hasrat murni itu.

34

antara Lukisan yang ada..Nice!!

35

nak yang abstrak ada,nak yang x censored pun ada..

36

Tapi dalam banyak banyak lukisan kat situ,hat ni jugak paling mencuri tumpuan..memang besar Lukisan ni..aku tanya harganya berapa Tuan kedai kata 1 juta Rupiah-which is bersamaan dengan 4 ratus lebih macam tuh..tapi boleh sangat kalau nak tawar separuh harga..

37

ehhh ni ikan mana pulak nih..

38

Lukian ni kalau aku beli pastu taruk kat dinding umah aku yang kaler Hijau tuh mesti cantik bangat!!kalau ada duit lebih masa ni mesti aku rembat punya lah..lain kali lah yek..kalau datang Bali lagi nantik..hehe..(ada hati nih nak mai lagik..)

39

Sebenarnya yang duk nak cari Lukisan ni Ziana,dia nak taruk kat Ruang tamu Rumah..Konsep nak cari yang abstrak..melilau duk pusing satu kawasan kedai lukisan..Luas la kedai nih,ada dua owner kalau tak silap..

40

Then lukisan abstrak kaler kuning tu berkenan di hati dia,mintak tanya harga orang kedai tu kata 500 ratus ribu rupiah(which is dalam dua ratus lebih..)..Khairiliana di tugaskan untuk membargain sehingga ke titisan terakhir,dan akhirnya ziana dapat membawa pulang Lukisan Abstrak kaler kuning tuh dengan separuh harga-250 ribu rupiah(seratus lebih RM-which is murah dowh..kalau kat Malaysia nak dapat harga macam tu untuk saiz lukisan macam ni memang tak dapat ler...)

41

akhirnya menjadi milik Ziana..

42

Sedang proses Bargain membargain berlaku,aku Nikli dan aida duk tengok lah lukisan yang kecik kecik nih..tak mampu nak beli yang besar beli yang kecik pun jadi lah..Pilih punya pilih punya pilih aku dah berkenan dengan Lukisan kecik seperti gambar di bawah..Nikli pun duk beli jugak,tapi dia beli design lain..Harga??satu dia jual 25 ribu rupiah..bargai punya bargain kami dapat tiga keping gambar dengan harga 50 ribu rupiah..whahahahah..Murah ok..dalam 20 hengget lebih jer duit kita..

43

tanpa melengahkan masa aku angkut 6 frame terus

44

Maka lepas masing masing dah beli lukisan yang berkenan di hati penat la pulak si AGUNA ni nak bungkus..nama pelukis ni AGUNA-ada nama dia kat setiap lukisan yang kitorang beli..Aguna ni memang kesian la sebab kami bargain mati matian..nasib dia tak mati kat situ jer..

45

sempat lagi kan.pantang tala kamera

46

dia pun nak empat jugak..apa yang empatnya aguna?

46a

aku geram sebab lukisan kat sini banyak yang cantik!!

46aa

Pak aris seperti biasa sabar menanti jer lah kitorang duk membeli..lama jugak kitorang kat sini,sampai semua dah terjebak hasil hasutan kak nona..Huhuhu..tapi takpaa,puas hati sebab dapat lukisan Cat Minyak nih..jumpa in person lagi dengan pelukis nya depan mata tak ke lagi best gitu..

47

Tak dapat jumpa mikel jeksen,ngan gambar dia pun jadi lah

48

mikel jeksen pipi kembung

49

kan best kalau aku ada bakat melukis..:)

50

Selesai lah proses jual beli di art painting gallery nih..masing masing dah dapat apa yang di hajati so perjalanan di teruskan lagik..kali ni memang kami terus ke Pasar Ubud..nak ke Pasar Ubud dari sini dalam masa 40 minit macam tuh..kalau ikut ni dah lari dari time frame yang asal..Tapi tak mengapa,tak perlu nak strict sangat pada tentatif kang tak enjoy pulak..:-p..Next:

III-PASAR UBUD,BALI

Akhirnya sampai jua kami semua ke destinasi ini-Pasar Ubud..nak pi pasar ni tapi dah tersinggah kat kedai lukisan dulu..hehe..yang penting berbaloi-baloi.Selalu aku dengar kalau orang datang ke Bali mesti singgah di Pasar Ubud ni,so here i am,finally at Pasar Ubud.

51

Kantor Lurah Ubud

52

Bali merupakan satu kepulauan yang majoriti penduduknya menganut hindu/Buddha..mereka sangat kuat dengan adat kat sini,boleh tengok kat mana mana jer ada tempat sembahyang depa..tapi ikut cara depa lah kan.memang upacara adat ada di mana mana,tapi aku tak leh tahan la bau bunga yang diorang pakai tuh..Bunga apa ntah.

52a

Ini lah dia tempat Pak Aris drop kan kitorang,then masuk ikut celah celah orang jual buah tu..Rasanya kat tempat kita pun banyak kan pasar macam ni,cuma yang berbeza kraftangan yang di jual hasil kreativiti orang sini,dan ikut kehendak setempat lah kan.

53

jom jom kita cari barang..

54

Banyak mender ada kat sini,terutamanya barang perhiasan rumah dan cenderamata sebagai kenang-kenangan.barang ukiran kayu juga banyak..senang cakap semua kat sini ni hasil Keras-Tangan Orang bali lah..Cantik cantik juga barang yang ada..rambang mata sampai aku tak taw nak beli apa.

54a

pemandangan di Pasar Ubud

55

bakul bakul hasil tangan

56

Satu lagi yang aku perasan 'mender' alah ni berlambak ada jual kat mana mana kedai pun..sama ada keychain ataupun Pembuka tin,pembuka penutup botol,macam macam ada..Di datangkan dengan berbagai warna dan saiz,siap ada yang bertatu lagik..haha..pilih kak pilih bang mana yang berkenan..

57

Mangkuk Pecah ni pun banyak di jual kat sini..Memang cantik dan menarik mangkuk pecah ni..Cumanya aku tak beli sebab aku takder kegunaan rasanya..kalau aku beli pun buat semak rumah jaa nanti..haha..Harga?kat sini diorang letak harga 150 ribu rupiah satu set..tapi kami dapat 100 ribu Rupiah jer.Murah kan..hehehe..tengok lah sapa yang bargain..:-p

58

mari membeli mangkuk pecah

59

Yang duk sibuk nak membeli mangkuk pecah ni Aida dan Nikli..so pilih punya pilih akhirnya berjumpa lah yang berkenan di hati..Tapi memang betul pun,mangkuk pecah ni sangat cantik..Cuma aku tak beli sebab tak nampak apa purposenya nanti.sebagai hiasan lah kan tapi aku tak berminat.

60

ada berbagai warna dan bentuk

61

Da setel bab mangkuk pecah kami duk pakat pakat nak cari souvenir kecil untuk di bagi bagi kat Orang..aku duk sibuk nak cari Fridge Magnet dan diorang pun sama..nak cari keychain pun yer..Tapi aku tak puas hati sebab Frodge magnet tak banyak pilihan kat sini..tak menarik pula tuh..tapi beli jer lah.what to do.

62

borong sakan hampa ni aih..

63

Dalam tak berapa berkenan tu ambil jugalah mana yang sempat,takut nanti tak beli terus..Liyana pun duk sibuk cari keychain tu untuk opismate dia..aku just beli ala kadar jer.kata percutian bajet kan,hehe.

64

Selesai lah sudah Urusan membeli belah di Pasar Ubud..Kitorang keliling satu pasar sebenarnya siap naik ke atas lagi tempat jual kain baju..ada la jugak diorang beli beberapa helai baju kat atas tuh(tiada dalam gambar)..Tapi as for me,aku tak berminat sangat la dengan pasar Ubud nih.tak kena ngan Jiwa kot.

65

sementara menunggu pak aris..

66

Jalan kat Tepi Pasar Ubud ni quite busy so memang kitorang menunggu Pak Aris dengan sabar dan tekun..apa nak buat lagi kan,sambil menunggu sambil men-snap gambar apa yang patut walaupun cuaca sangat lah panas masa nih..dahaga yang amat..

67

sempat la pi beli air di kedai berhampiran..

68

lawak pulak patung tu pakai kain petak-petak

69

Tak lama kemudian pak aris tiba dan kami bergerak ke destinasi seterusnya..masa ni perut masing masing dah berkeroncong,mau tak lapar masa ni dah dekat pukul 3 petang..tak makan tengah hari lagi..Tanya lah Pak Aris mana tempat makan yang best dan ada pemandangan Indah,maka Pak Aris pun membawa lah kami ke tempat tersebut..

Tunggu entry seterusnya ya!!da panjang sangat entri nih kang korang tak larat nak baca pulak..Entri seterusnya aku akan cerita pasal lunch di tempat yang sungguh nyaman..Stay tune with AXIMUD!!

(to be continued..)

Everything i can’t be
Is everything you should be
And that’s why i need you

29 comments:

pijankodok said...

salam...
axim, naper takde citer yg last tu... penat erk... kena citer gak...
hehehehhe...

azimask said...

waaahh bagus laaa... leh buat info sebelum mie g bali.. nanti nak no tepon pak supirnyer yeee...

berkenan ngan lukisan yg berjaya dirembat tuh... so axim amik 6 keping yg kekcik tuh hanya dalam rm 40 je la duit kita???

berbaloiiii nyer.. kat mana kedai tuh?

@xiM said...

Scarlettr,

heheh..yang last tu baru nak sambung nih..semalam tak larat nak taip lor..hehe

@xiM said...

Mimie,

ok nanti azim kasi no.pak supirnya yah..
haah,3 dapat 50 ribu rupiah so 6 dalam 40 hengget jer duit kita..berbaloi la kot..

alamat tempat ni ada tertera dalam gambar di atas..hehe

kucingorengemok said...

teruk korang keje kan aguna tu sampai berplaster² kat telinga, hahaha

Qumairah said...

heheheh mcm2 benda ada..menarik..yg pelik2 pon ade kan hahahahaha best nampak percutian kali nih . Sangat mengujakan

khairi said...

cayalah....hik22...itulah bali...tawar jangan tak tawar....hik, hik22

khairi said...

banyak lagi kan gambar, citer jgn tak citer kami semua nak baca....mana teh botolnya...sostro tu..

bozzobattousai said...

baca ngan tengok gambar pun dah letih rasanya...klu ikut korang berjalan mesti kaki lenguh tak hengat...

ps: telur tuh nama dia scramble egg kot...

@xiM said...

Incik Kucing,

tu lah pasal,meraung dia sebab rugi tak hengat kami tawar habis habisan..hahaha

@xiM said...

Qumairah,

tu lah..berjalan kat tempat orang memang berjumpa yang pelik pelik..tapi that's interesting!

@xiM said...

Kairi,

memang kena tawar sampai 50 persen kan..memang boleh dapat lebih dari tu pun ada..haha..

teh botol sostro tu takdal rasanya bro..kami tak da beli..

@xiM said...

Bozzo,

baca pun lenguh??ish ish ish..kalau camtu abang duk kat hotel jer lah..hanimun sepanjang masa..heheh

*haaaa scramble egg!!boleh terlupa pulak masa taip..yer ah..telur tu scramble egg namanya..terhilang ingatan sat..haha

anne said...

sangat worth it paintings yg axim beli tu. 6 keping baru dalam RM50 kan. mana nak dapat...berbaloi baloi :)

@xiM said...

Anne,

yezzza..memang sangat berbaloi-baloi(macam tagline shati berdansa pulak kan..heheh)..kat sini memang tak dapat la harga tuh..

rudy bluehikari said...

uwaaaa..mcmana ni...esok dha fly ajim xabis citer lagiksss

Jard The Great said...

arghh!!! BALI!! beshnya!

anaklaut said...

salam....


sangat indah pemandangan di Bali tu,
saya menikmati panaroma yg sangat menarik sekali..

zafi said...

Bali! how i miss the place! yeah lovely scenery.. diversity of culture!

p/s regards to Aida... she workin' with Lhdn ? If yes...Send my salamz to her.. -Zarul-

@xiM said...

Rudy,

what to do..tak sempat la nak habiskan semua entri..takpaa..pi dulu nanti kita share pengalaman k..:)

@xiM said...

JARD,

yer..memang sangat besh!!:)

@xiM said...

Anak Laut,

betul..banyak panoraman menarik di sini..akan saya kongsikan untuk entri seterusnya ya..:)

@xiM said...

Zarul,

yeah..cultural village sangat kan..

*already send your regards to Aida..she knows u..hehe..:)

Anonymous said...

best tul blog ko ni..
nti nk g bali,rujuk kat sini je la..hehehe

keychain yg menarik..macam2 size ade..hahahaha

Anonymous said...

Best nye best nye... gambar semua cantik-cantik la axim... suke tgk :)

khairi said...

citer bali nie rupanya ramai peminat..semua tak sabaq nak tunggu entri berikutnya.....

khairi said...

so sapa2 yg nak pergi silakan...tadik saya ada cuba airasia..pergi balik utk 3 tetamu dan 2 infant baru rm 800++..tak termasuk hotel tu...
not bad jugak...zaman saya pi dulu...naik mas...one way rasanya rm1500, bila nak beli tiket dari bali ke malaysia..kena pakai dolaar ler pulak...bali depa implement usd..sbb currency depa naik turun.....

tapi kalau sapa baik ngan manager mas kat bali..boleh dapat tambag murah..hik2.hik222

khairi said...

lupa pulak nak bg tahu..cawangan mas kat bali hanya ada sorang aja org malaysia..itupun manager.lain2 staff adalah balinese...tapi rupa depa mcm org melayu..yelah..kita kan serumpun..
depa bangsa indonesia..agama hindu..tapi hindu depa tak sama ngan hindu di malaysia nie..tak ada pakai sari2...depa hindu dulu..purbakala...ala hindu gajahmada, yg kota2 lama dulu..ala2 parameswara tu..
org hindu kuat semayang...depa selalu semayang..cara depa ler..guna bunga2 melur kot..dan bauan letak dlm bekas kecik...tepi2 kedai, n etc..

khairi said...

yg kuil tu...depa tak panggil kuil...depa panggil pura..tempat suci depa..tempat depa semayang ler...upacara keagamaan selalu dibuat disitu..hik22 sorinoe..terlebih komen pulak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails