Followers

Tuesday, August 31, 2010

HARI KEDUA DI KAMPUNG HALAMAN

Nak sambung kisah hari kedua aku berada di Kampung.

28 OGOS 2010

Hari sabtu.

Hari ni pagi pagi lepas sahur mak dan ayah ke Hospital Besar Kemaman sebab ayah kena buat hemodialisis treatment..so sementara ayah ngan mak takder aku tidor lah seketika lepas subuh.bangun dalam pukul 9 pagi siap siap nak kemas rumah sebab hari ni time berbuka ada sedara mara yang ramai akan datang berbuka bersama sama di rumah kami.

7

Yang paling utama kena basuh kawasan depan Rumah..sangat kotor sebab parking kereta kat bawah tu..aku ngan ami duk sibuk berkemas dalam rumah dan nak basuh depan ni..datang si kecik Nuyul nadeah ni pun nak buat rajin jugak..Nuyul sejak dah makin besar ni memang sangat rajin.pantang tengok orang duk buat apa jer semua dia nak buat.Orang menyapu dia nak menyapu,orang nak gosok baju dia pun nak gosok baju,orang lipat baju dia pun nak lipat baju..sam anaik lah kiranya..Harap bila dah besar nanti dia memang Rajin yang amat.sejuk perut kak Ina mengandungkan dia 9 Bulan.

8

Time petang Abang Shuk ngan Kak Fiza pula sampai Dari Temerloh..banyak menu duk masak untuk sedara mara..aku in charge bahagian Talapia Bakar..ada lauk lain lagi-Siakap tiga Rasa,Babat Masak Lemak,Udang masak Merah,Ulam Ulaman,ayam panggang..Tapi gambar time berbuka bila sedara mara datang entah pasaipa aku tak snap lansung..lepas berbuka semua solat maghrib,Isyak dan Taraweh berjemaah.seronok berbuka dan berjemaah ramai ramai ni..Alhamdulillah.semua tu nikmat sementara dari Tuhan.

9

Time ni semua sedara mara dah balik..kami pulak duk bersidang di Meja Dapur..aku duk dukung syifa' ni lah..sangat kekok kelihatan ya tuan tuan dan puan puan..takpaa lah.nanti dah jadi ayah sendiri mau ingat lah..suka cium baby sebab wangi jer bau mereka..

10

terbeliak mata baby itu..

11

Kebetulan suami Adeq Da merupakan Amil zakat yang ada tauliah so kami duk pakat pakat bayar zakat kat dia jer lah..8 ringgit satu kepala..Zakat fitrah.zakat Pendapatan kira lain.

12

kami sudah,anda bila lagi??dah nak habis Ramadhan ni..

13

Sambil bersembang sambil makan Puding Gula Hangus ni..Kak tie terer lah bab bab buat Puding Gula hangus..Dia buat dua bijik..sebijik dah habis time sedara mara datang tadik..ni kami plak makan..kalau biasa kat KL jual sepotong RM2..kalau kak Tie meniaga mesti dah kaya kan.hehehee

14

Dan begitulah adanya malam kedua aku berada di Kampung..seronok sangat dapat bertemu mata lagi dengan Mak,ayah dan adik beradik yang lain..Kak Ija jer yang takder..still in Mesir..Kalau dia dan Faiz ada lengkap lah kami 9 beradik berkumpul..Syukur pada Allah atas Nikmat kekeluargaan ini..

Next entri aku cerita pasal Hari ke-3 di Kampung.

Adios.

21 comments:

sepul said...

fuhh siap amil zakat mai rumah. insyallah zakat ku akan dibayar selepas ini.

Anonymous said...

Kenapa abg azim x byr zakat fitrah di tmpt negeri (tmpt mencr rezeki)di sn(penang) shj, itukan lebih diutamakan/afdhal..

mummysyafie said...

untung nya bila leh bayar zakat kat rumah je.

tak sabar lak nak balik kpg tiz saturday

kucingorengemok said...

haha, tak agak² ye korang bayar zakat kat meja makan! servis kelas pertama ni :)

m.q said...

aloh aloh..cumelnya dak nuyul tebombom tu..
yg lain2 tu pun cumel juga..hihihih

rasp said...

rajin nye nuyul...
takmo datang tolong kemas umah aunty plak ke hehehehe

Faisal Admar said...

aku ikan darat kureng sikit. ntah kenapa. bau tanah kot?

puding gula hangus tu favorite aku! nak order buleh?

@xiM said...

SEPUL,

sila sila bayar zakat..kalau nak bayar zakat kat rumah aku pun boleh..:)

@xiM said...

ANON,

kesempatan ada di rumah tu yang terus bayar saja di kampung baru baru ini..

@xiM said...

KAK NOR,

sabar kak nor,dah tak lama lagi 3 hari jer..:)

@xiM said...

KOG,

well,see the leg lah..heheheee..

@xiM said...

M.Q,

budak nuyul tu memeng cumilll..suka main ngan dia..:)

@xiM said...

RASP,

kalau akak ajak dia konpem dia nak jer..rajin melampau lampau budak nuyul ni..

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

nak order boleh jer..sms aku ok..

ikan darat lah best..nak nak ikan keli..fuhh..:)

Anonymous said...

puding nmpak sedap :))nice picture...

@xiM said...

MR.LONELY,

thanks!!do come for more ya..:)

@xiM said...

RAPUNZEL,

puding tu samgat sedap..Thanks to Kak Tie yang membuatnya..:)

Faisal Admar said...

kira macam mana kalau nak order?

@xiM said...

FAISAL,

serius ker?kalau serius nanti lepas balik raya aku bawak mai penang bagi ko..betui kaa?tapi tertakluk pada kakak aku lah kalau dia rajin nak buat..aku tak pandai..:p

Faisal Admar said...

ok on. aku memang suka!

pRincESs_N said...

wahh...da lame N x wat puding caramel tuh...trase plak kt tekak ni..ehem2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails