Followers

Wednesday, October 5, 2011

BAHAGIAN 1 : NASI LEMUNI KAK BEDAH @ KOMPLEKS LEBUH NIPAH BUKIT JAMBUL

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua..

Sebetulnya sejak akhir akhir ini saya memang sibuk dan tak punya banyak ruang untuk mencoretkan kisah kisah hidup ku di sini..Alhamdulillah..dengan rahmat dan kasih sayang Allah saya masih mampu bernafas dan mengutip nikmat nikmat yang Allah beri satu persatu..sekarang banyak perkara aku nak perbetulkan..terlalu banyak kekhilafan dalam diri..Moga Allah beri pertolongan untuk aku jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Hamba di muka bumi ini..Insya Allah.

 Kisah lama.

Tapi tetap menarik jika dikongsikan di ruangan ini..cerita pasal member yang datang berjalan ke Penang.Member yang sama sama menjelajah Pulau Perhentian Bukan Julai yang lalu..Orang kata berkasih biar satu,berkawan biarlah beribu..aku dapat kawan baru as well as new expeeience..so jom kita layan kisah Trip Penang by Geng Perhentian Island pada bulan September yang lalu.

16 SEPTEMBER 2011

Minggu sebelum diorang datang Penang,aku menerima kunjungan dari Keluargaku..kebetulan aku pun baru pindah rumah..so memang banyak lagi tak sempat nak kemas..buat apa yang ada jer dulu..Azuan,Kak Leez ngan Kak Zahrah drive malam tadi ke Penang,sampai dalam pukul 1 pagi..so Azuan tidur rumah aku,kak leez tumpang tidur rumah abang kak Zahrah..Mesti korang pening kan apa aku cuba sampaikan ni.hahaa.layankan ajer lah yek..


Rumah baru aku ni quite besar jugak..duduk sensorang macam ni memang terasa kosong..Alhamdulillah dah decorate sikit sikit sebagai permulaan..more to come lepas ni,Insya Allah..kena pi IKEA ni nak borong barang keperluan rumah.bila rumah dah besar mula lah aku nak beli macam macam..tak bagus betul sikap macam ni..aku suka barang perhiasan rumah.dan aku suka bila tengok rumah kemas..tak la serabut sangat lepas balik kerja penat penat..Ok ni macam dah menyimpang dari storyline asal.mai aku nak fokus balik pada cerita sebenar.


Pagi jumaat dalam pukul 9 pagi kitorang bergerak masuk ke Pulau..Hari jumaat ni cuti sempena hari Malaysia..Hari Ulangtahun kelahiran seorang kawan aku juga yang menetap di Penang..(Happy Belated Birthday to u..You know who you are)..Niat masuk ke Pulau nak ke area Bukit Jambul,dah lama janji ngan Kak Bedah nak makan NASIK LEMUNI di gerai nya..lokasi gerai terletak di Medan Selera Kompleks Lebih Nipah.aku pun tak pernah singgah sini padahal selalu pi makan kat Restoran Kayu.


Sampai Gerai Kak Bedah terus di jamunya dengan Nasik Lemuni.menurut kata Kak Bedah nasik lemuni ni sengaja simpan untuk kami semua..kalau tak simpan alamatnya dari tadi dah habis..yer lah dah dekat pukul 11 pagi..Hujan renyai renyai masa ni..memang sedap lah kalau makan.semua pun memang duk kelaparan sengaja tanak makan nak tunggu penangan nasik lemuni..


Dah 2 bulan lebih tak jumpa sama mereka semua..last jumpa masa Trip Pulau Perhentian tu lah..so bila dah bertemu muka apa lagi sakan lah masing masing bergambar..kebetulan abang Zahrah pun ada..Abang mohd Noor (yang pakai kopiah putih dalam gambar di atas) siap satu family ada..Nice to meet you abang Mohd Noor!ada umur leh jumpa lagi nanti ya..


Untuk pengetahuan semua yang masih belum makan NASI LEMUNI,meh ceq nak habaq sket..nasi lemuni di buat dengan Daun Lemuni..daun herba bagus untuk kesihatan.cara masak macam nasik lemak jugak..kena taruk santan cuma additionalnya Daun lemuni yang dikisar halus.kalau letak daun lemuni banyak jadi hitam lah nasik..kalau letak sikit macam ni pun dah berasa ke-lemuni-an nya itu..aku duk kat Penang dah lebih 5 tahun so memang dah biasa makan.mereka mereka yang datang dari KL itu baru pestaim mencobaa...sila sila menjamu selera..kita kasi gegar warung kak bed pagi ni..


Bukan setakat nasi lemuni jer ada,Kuih Muih siap ngan Kek skali ada..kan masih lagi Syawal masa ni..at this time aku pun belum habis puasa 6..so memang tak terlarat la nak makan semua makanan yang ada tu..jamah la jugak sikit sikit..Kek Cokelat tu sedap!!Kak Bed boleh celen ngan Kak Leez lah lepas ni..bersaing secara sehat..


Ini ialah dua orang KL yang baru pestaim makan nasik lemuni.amacam?sedap????


Agar-agar jagung tu sedap!!i likeeee...


Untuk permulaan ni Kak Bed belanja kitorang makan..Orang jauh datang nak beraya kena lah layan betul betul..kalau mai lagi lepas ni kena siap duit lah..takder mender free sekarang hoi..rugi lah meniaga kalau asyik bagi orang makan free tak gitu kak Bed.hehee..Tapi aku suka nasik lemuni kak Bedah sebab tak hitam sangat nasi nya..ada satu warung di Taman Tun Sardon nasinya hitam pekat..sampai pening kepala aku makan..yang ni just nice.(ewwwaaahhhhh  puji bukan main mentang mentang makan free kannnnn..)


Masya Allah lupa aku nak kenalkan mana satu kak Bed..Kak Bedah merupakan seorang pengusaha Nasi Lemuni yang berjaya di Kompleks Lebuh Nipah ini bersama sama suaminya yang tercinta..Anak nya turut serta membantu di kala tidak sibuk..family business katanya..kedai beroperasi sampai jam 12 tengahari..kak Bedah yang duk tengah tengah di barisan belakang..mami Bedah sangat kan..Kak Bedah ni Kakak kepada Kak Zahrah..jangan Konpius yer..aku pun macam dah konpius dengan penggunaan tatabahasa melayu yang agak berterabur di entri kali ini..


sakan beliau bergambar di apit bunga bunga kembang mekar..


Kak Bedah kata muka aku ada iras muka anak dia tapi versi Hidung mancung lah.Hidung aku penyek dan kembang..


aisehhh aku ingat dah nak habis entri ni rupanya ada lagi gambaq kat bawah..


Tak cukup dengan Nasi Lemuni kak Bed jamu pulak kitorang dengan Kuih Raya..rupanya diorang terlupa nak hidang masa kitorang mula mula sampai tadik...duk kalut layan ramai sangat kastemer lah tu..hehe.tapi memang ramai jugak orang duk makan kat kedai Kak Bed..majulah nasik lemuni kak bed untuk kesejahteraan keluarga kak Bed..Ameen.Part paling best,aku bawak balik semua balance kuih raya ni..orang memberi kita menerima lah kan.kalau aku tolak takut depa kecik ati pulak..


Ada Umur kita jumpa lagik ya..Terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Bed yang sudi melayan kitorang dan belanja kitorang makan..Selamat hari raya aidilfitri!!Alhamdulillah akhirnya aku pun sampai jugak kat kedai makan ni walaupun memang duk kerja kat Penang..Busy uols!tu yang tak sempat sempat lagi nak sampai..lepas ni kalau rajin aku singgah pi beli nasik lemuni kat sini naa..Insya Allah..Dari kedai kak bed aku ngan azuan hantar kak leez ngan kak Zahrah ke Queensbay Mall..sebab nak bersolat Jumaat pulak..

*ni baru permulaan..banyak lagi agenda menyusul sempena trip diorang ke Penang ni..nantikan entri seterusnya ya!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails