Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba jua.
This SIEMENS RUN sepatutnya diadakan pada bulan Jun yang lalu tapi sebab BERSIH punya hal diorang tunda this event pada 25 September 2011..Jenuh nak tunggu 3 bulan tapi atleast ada masa nak training..aku join this run for 10 KM sahaja..nak ke Half Marathon or Full marathon masih belum percaya dengan kemampuan diri..Penang Bridge Marathon nanti aku sign up for 21KM..Insya Allah kena train harder!
25 September 2011 - Pagi tu semua peserta dah mula membanjiri Dataran Merdeka..flag off pukul 7.30am..so lepas subuh aku gerak ke sini dengan azuan..naik Train sahaja.kalau bawak kereta payah pulak nak parking nya..
Anjuran SIEMENS 2011
Kak tie rupanya memang berminat ngan event event macam ni..cuma dia takder geng..lepas dia tahu aku pun berminat nak join acara cenggini terus dia pun ligat sign up..ok lah tu kak tie,aktiviti ni pun sihatkan badan..Yang penting seronok ramai ramai macam ni..
Aku dan Kak Tie yang dah ready untuk berlari..tak warming up pun.main redah jer..
Azuan selaku Manager aku yang pegang kamera dan snap apa yang patut masa kitorang tengah berlari..Good job Mr.Manager!!bagus dia ni,at least takyah la aku usung bag kamera bawak berlari sama macam apa yang berlaku masa Standard Chartered KL Marathon yang lalu..aku nak berlari pun terganggu sebab duk usung beg..Thank you mr.Manager sebab dapat snap gambar gambar aku berlari!
ni mesti dari KENYA ni..entah.tak sure.
itu dia kelibat pelari yang kononnya tak mengenal erti penat lelah..padahal time tengah berlari tadi ada berhenti jugak..tak larat wehhhh..nasib baik station air ada 3 tempat so boleh la recharge ngan air 100 Plus..aku tengok orang lain siap bawak air tambahan kat Pinggang aku tak peduli pun..berlari bawak badan jer..hahaaaa.nampak sangat tak berapa pro lagik.
laju tu aku berlari sampai kamera handshaking..
Masa dah nak dekat kat Garisan penamat banyak betul musik yang dimainkan..ada gendang lah nafiri lah ada main tamborin tapi semua tu penguat semangat..dengar havoc havoc macam tu memang lagi semangat nak habiskan larian..running is a mental game..remember that.bukan pasal saiz badan pun.kalau korang kurus tak semestinya korang fit.please examine yourself ok.take care garnier.
Terer lah manager snap gambar aku!akhirnya aku berjaya habiskan larian 10 KM ni within 1 hour 6 minutes..track pakai Endomondo..time sampai quite kecewa sebab medal dah habis...huhuhuu..lambat sikit..tapi actually dalam race macam ni setengah minit pun boleh berikan perbezaan yang besar..
ni mesti geng geng yang dah sampai awal..KEnya punya orang memang ini macam..saja cari duit join acara macam ni.aku ingat lagi masa standard Chartered KL marathon.nombor satu sampai sepuluh semua orang Kenya jer..dah la hadiah lumayan pulak tu..kaya kaya kaya..takyah kerja lah engkau.masuk berlari jer dah boleh sara hidup kan..
itu dia nampaknya lagak seorang pelari yang sangat bersungguh sungguh nak menghabiskan lariannya..Alhamdulillah kak tie boleh habiskan larian ni within i jam 34 minit..for the first time trial that was really really good!!seriously,good job my sister!!nak seribu daya tak hendak seribu dalih..lepas ni kita pulun Putrajaya Night Marathon pulak yek!
Ohhh lupa nak bagitau aku jumpa ngan Arman,member Blogger zaman mula mula berblogging dulu..kenal dah dekat 4 tahun this is the first time jumpa..Kuchalana.blogspot.com.biasa dulu komen kat Blog jer..kali ni baru jumpa depan depan.masa mula mula berlari kitorang berlari sama sama..last last semua hilang.haha..
Abang Shah pun ada..Shahsrambling.com.tapi tak sempat nak sembang panjang ngan dia because he seem so kelam kabut maybe sebab tumpang orang kot so takleh nak buat plan sendirik..nanti jump alagi ya dr. shah di Putrajaya Night Marathon!!
pehhhh sakan melompat!!
baru lah muncul mr.manager aku,azuan.Thanks a lot to him sebab tolong jaga barang masa aku tengah berlari dan yang paling penting sebab tolong ambik gambar gambar yang best!owe you a lot!!nanti aku belanja pizza.hehee
Ni antara barangan yang ada dalam beg yang dapat..berbaloi apa bayar tak sampai seratus ringgit pun nak masuk then dapat Voucher RM120 untuk beli barangan Brooks..tak masuk lagi voucher mekdi dan yang lain lain..banyak kompeni nak taja tu yang best..
Lepas berlari kami pi makan dulu kat belakang stesen masjid Jamek di sebuah kedai mamak.kedai mamak apa nama ntah..makan roti canai..sakan duk bakar kalori tadi ni kena tambah balik lah kalori..
Sembang sembang sambil makan..Thanks arman sebab belanja makan!!Then arman hantar kitorang ke Ampang,kami ke Rumah Azuan dulu..kak tie pun singgah sekali siap sarapan pagi lagi sekali makan Bihun.heheee..Nice to meet you arman!see you in Putrajaya Night Marathon 15 October 2011 nanti!
this is my time recorded by Endomondo Track GPS
Seronok jugak pakai ENDOMONDO punya Tracking GPS ni..boleh track berapa KM berlari dan siap ada berapa kalori di bakar..This is another achievements for me..first time try 10 KM..so i'm glad i can do it within 1 hour ..Next run ialah PUTRAJAYA NIGHT MARATHON pulak on 15 Oktober 2011..see you guys there!!
No comments:
Post a Comment