Apabila mengunjungi Pulau Pinang,Ramai yang akan terpesona dengan Variety makanan yang ada di sini..bagi aku Penang jadi begitu istimewa bila bab bab makan ni kerana kepelbagaian kaum yang ada di sini..ada Chinese..ada mamak..ada pure malay..so makanan dari pelbagai kaum dan bangsa ni menjadikan Penang dikenali ramai sebagai syurga makanan.(tetiba penulisan blog aku sangat skema pulak..)
16 SEPTEMBER 2011
Menyedari hakikat itu,rakan rakan saya dari Kuala Lumpur yang bertandang ke Penang tidak akan melepaskan peluang untuk merasa kepelbagaian makanan yang terdapat di sini..Malam tu depa request nak rasa Tandoori di Restoran Kapitan Chulia Street.
Sebab apa kalau nak makan Tandoori kena ke Restoran Kapitan?sebab menurut mulut aku yang pernah merasai tandoori chicken di restoran mamak yang pelbagai,Restoran Kapitan menduduki carta teratas sebab paling sedap.hal ini di akui oleh penduduk Penang setempat.so tak salah la kalau aku rekemen diorang makan di Restoran Kapitan.
itu dia nampaknya abang Mohd Noor dan keluarganya sudah sampai di tempat kejadian..malam ni kami dinner di Restoran Kapitan bersama sama keluarga Zahrah..dah memang dia asal Penang..seronok juga bila kenal orang baru..at least boleh bertukar tukar pendapat dan pandangan..
Kami duk seat tingkat atas..masa mula mula nak cari tempat brader sebelah aku tu kata takleh duduk sini,dah cop kan untuk orang..rupanya memang dia dah cop kan tempat untuk kami..dah tak kenal macam tu lah..Kak Zahrah pulak duk buat pasaaii mai lambat sikit sebab dia pi teluk bahang..on the way nak mai ke Chulia Street Jem teruk..nasib baik azuan kenal jugak ngan si Mohd Noor.kalau tak tak tau caman anak recognize.hehe..anyway,brader sebelah aku tu abang kak Zahrah jugak..Razak namanya.adik beradik semua ni..
Budak paling kecik tu Asri..anak bongsu Abang Mad Noor..wife dia yang pakai tudung purple,Kak Maya..yang tudung Yuna tu anak dia..bdx korea..(sorry lerr buh nama FB sebab tak taw nama sebenar.hehehehe)..Kak Bedah penat meniaga so tak dapat join.
Order Nan dengan Tandoori Chicken..
semua makan Nan ngan Tandoori sahaja..tu tujuan asal..
Mango Lassi
Apa yang menjadikan Tandoori Chicken di Restoran Kapitan ni sedap?rasanya sebab well marinated dengan rempah tandoori..rasanya memang sedap.tak reti aku nak eksplen over over.kalo nak try pi ke Chulia street order satu talam.then you gonna know what i mean..
aku yang over senyum..budak asri ni takder perasaan pun..
yer..sedap..saya suka!!sambil makan sambil lah sembang dan berbicara dengan lebih lanjut with kak Zahrah Siblings..kalau tak silap depa ada 11 adik beradik..ramai tu..family aku boleh celen lah..hehee..nice to meet your family member kak Zahrah!diorang semua friendly (except wife Razak yang tak banyak cakap..)
Alhamdulillah kenyang..syukur dengan rejeki Allah..
Bergambar bersama di hadapan Kedai..sebenarnya rancangan makan makan kali ni tak habis lagi..ni hanyalah permulaan sebab sebentar lagi kami akan beralih ke Nasi Kandar Beratur pula di Sebelah Masjid Kapitan Keling..heheee..alang alang dah sampai Penang biarlah merasa semua nya bak kata kak Leez..takper..bila lagi nak merasa kan..yang akan ke Nasi Kandar beratur kitorang jer..family kak Zahrah yang lain tak ikut..diorang dah kenyang dah pekena Nan ngan Ayam Tandoori..Next entry aku citer pasal Nasi Kandar Beratur pulak.
*to be continued..
No comments:
Post a Comment