Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah sebab dengan keizinanNya malam tadi dapatlah aku menghabiskan satu lagi larian..Putrajaya Night Marathon..walaupun just berlari untuk 10 KM but it does worth it!i didn't managed to break my own record but last night i got my very first finisher medal..Next coming run ialah Penang Bridge Marathon pulak..yang tu aku ambik half marathon 21KM..kurang lebih sebulan jer lagi untuk training..Insya Allah sempat nak baiki mana mana yang kurang..nanti aku akan buat entri berasingan pasal that marathon.Untuk entri kali ni nak cerita kisah makan tengahari semalam sebelum larian di Putrajaya bermula.
Pagi semalam aku drive dari Penang bertolak pukul 10 pagi..hajat awal nak bertolak lepas subuh tapi sebab the night before aku tidur lambat so nak rest lebih sikit..takder apa yang nak di rush sangat cuma dah janji ngan Aida dan Abang Shah untuk lunch sama di Restoran Sari Ratu Desa Pandan..Thanks Aida bagi direction!sampai KL dalam pukul 1pm aku terus ke Ampang ambik kak Tie dulu untuk join lunch sekali..sebab lepas ni nak straight shoot ke Putrajaya.
Tak pernah lagi aku datang Restoran Sari Ratu Cawangan Desa Pandan ni.Biasa makan di Cawangan Ampang waterfront tapi cawangan tu dah lama tutup..since then tak makan dah sari ratu..this time around baru kembali semula..kat this restaurant yang paling aku suka ialah Ayam Pop dengan pucuk Ubi celur..Ambien nya sama je..ok lah.nice dan ekslusif.
Maaf lah Aida dan Dr. Shah sebab kena tunggu lama..Jalan Ampang tu memang sangat jammed.tak pernahnya tak jammed.ok fine.salah aku sebab bertolak dari Penang lambat..kalau bertolak awal tak lah lambat sampai..sorry again guys..sampai sampai terus order lauk dulu..since konsepnya nasi padang so bila order terus jer lah makanna sampai tak perlu nak tunggu lama lama..
cop cop iklan sat naa..aku ada bawak Kek Lapis Sarawak dari Kuching untuk diorang..boleh la rasa rasa sebagai pembuka selera dan pencuci mulut..aku tak sure berapa lama kek Lapis Sarawak ni tahan..ada yang kata kalau buh dalam peti ketahanannya lama..wallhualam.Kek lapis seronok ditengok sebab kaler nya yang berwarna warni.
ok now back to our main story,basically ni lah lauk yang kami makan..ada Daging Dendeng,sambal merah (nak sambal Hijau dah habis sebab dah lewat..)..tempe pun dah habis so ambik tauhu goreng,kerepek meninja,kangkung rebus dan terung sambal.i always love nasi padang.lauk lauknya kena ngan selera aku.
and this is the main Dish for lunch,AYAM POP beserta dengan Pucuk ubi yang dicelur..the best lauk ever for nasi Padang (bagi aku ).ayam pop ni macam ayam pucat macam mana ntah..cicah ngan kicap dan makan ngan pucuk ubi yang dicelur tu saja pun dah sedap..tapi aku rasa yang masa makan kat cawangan ampang waterfront dulu lagi sedap..entah.maybe perasaan aku saja kot.
Team member untuk lunch ialah Dr.Shah,Aida Hanim,Kak Tie dan aku sendiri..4 orang.makan lauk banyak macam ni.ok lah kot.Dr. Shah pun join Putrajaya Night Marathon tapi dia berlari half marathon..21KM..aku still tak berapa yakin nak ambik half marathon so ambik yang 10 KM dulu..Kak Tie pun 10 KM..best lah join aktiviti yang macam ni..especially boleh jumpa member member lama.Lauk dah sampai semua so kami makan dengan bersemangat..Bismillah..(konon konon Carbo Load lah ni..)
Cumanya our meeting this time macam too rush..tak sempat nak sembang panjang lepas dah habis makan terus nak gerak sebab Dr, Shah nak balik ke Brickfield takut jem pulak sementara nak ke Putrajaya..Aida pulak makan macam nak tak nak..aku rasa dia mesti tengah diet ni..tu yang nampak dah kurus sikit.hehee..Alhamdulillah licin semua lauk..makan macam ni baru betul..tak fully penuh sangat..kang semput pula nak berlari.
Anyway good luck to 3 of us for the run!hehe..Nice to meet you Aida..lama tak jumpa dia..almost dah 3 bulan rasanya..since dia ada kursus di Bangi so sempat lah jumpa sekejap di kesempatan yang ada..Abang Bear pulak tak turun KL kalau tak leh jumpa dia jugak..ada umur insya Allah kita akan jumpa lagik.
Overall the food at this restaurant is recommendable..tak rugi kalau nak try.bagi yang minat nasi padang boleh la berkunjung to this restaurant..harga tak murah dan a bit pricey..tapi since rasanya sedap so sekali sekala takper kot.kalau korang komplen mahal toksah duk mai makan restaurant macam ni,pi makan kat Kampung Bharu situ banyak yang murah murah..Alamat This Restaurant :
Restoran Sari Ratu Nasi Padang
No. G26-G28, Jalan 4/76C,
Desa Pandan Kuala Lumpur
Tel: 603 9285 8811 Fax: 03 9285 8841
Tel: 603 9285 8811 Fax: 03 9285 8841
*selamat mencuba ya!hari ni banyak agenda jugak..selamat hari ahad dan selamat berehat kepada semua rakan rakan!
3 comments:
saya mkn sunda last week, kat bumbu desa. ada review diblog.
sari ratu ni sdp kan... saya suka gulai tetel dia :)
Wohooooo... Shah sampai sana pun carik itu ayam pop kaaa?? takper nanti Azim datang KK kita bawak ke ayam pop yang kat sini... cerita lah kalau sama rasa dia
Hi Azim...saya baru jer tadi upload gambor2 masa makan ngan famili kat Sari Ratu cawangan Jln Tuanku Abdul Rahman.
Senang2 tu jenguk la yer
Post a Comment