Followers

Wednesday, October 5, 2011

BAHAGIAN 2 : BERAYA RUMAH BUZU DAN RUMAH MAZ DAUD

Sambungan dari Entri sebelum ini

16 SEPTEMBER 2011

Selesai solat Jumaat aku ngan Azuan pi ambik Kak Leez ngan Kak Zahrah di Queensbay Mall..sakan diorang shopping yek..siap beli barang kat Outlet Adidas lagik.heheee..untuk petang ni,agenda seterusnya ialah beraya di Rumah kenalan Blogger/FB/Twitter..orang jemput kena lah raikan..Rumah pertama ialah rumah Buzu di Sg. Gelugor..dekat amat rumah si Buzu ni dengan tempat kerja aku rupanya..


Zul (Tunang Buzu ) pun dah ada kat sini..kali pertama jumpa Zul masa Trip ke Port Dickson dulu..Sempoi orang Langkawi ni boleh bawak bersembang..secocok dah ampa berdua..semoga cepat kawen..dah tak lama dah sebab majlis diorang ialah pada Bulan November nanti..kalau takder aral aku pergi majlis perkahwinan korang.tu pun kalau dijemput lah..


Masa sampai Mak dan bapak Buzu nak keluar pi mana ntah..depan Rumah Buzu ada Parit besar..tempat dia mandi manda zaman kecik kecik dulu..Buzu panggil tok dia sebagai Mak..mula mula aku konpius jugak lepas diberi penerangan baru aku paham..kami di jamu dengan nasi Tomato..yer betul tu..sesungguhnya Nasi Tomato menjadi Juara Carta bagi Open House di kawasan Utara..


silakan..jemput makan..jemput..jemputt..(kata buzu yang tengah ambik gambar kami..)


semua lauk pauk ni mengiurkan..sungguh ghairah melihat makanan di kala perut sedang kelaparan..


masakan 'MAK' sangat sedap!!baru taw nama lauk ni KALIA..belah belah Penang kalau kacang panjang masak ngan Limpa/pedal/hati macam ni depa panggil KALIA..biasa jugak kalau belah bela terengganu pun ada lah sayur macam ni tapi panggil sayur kacang saja.ok dah dapat term baru..KALIA..kalau lepas ni tengok this sayur boleh sebut kalia,orang mesti kata aku ni terer cakap penang..ho ho ho aku dah merapu.


Itu ialah Buzu yang aku duk sebut sebut tadi..(maaf atas pengeditan gambar..aku edit sebab aku sayang kamu sebagai sahabatku)..Thanks Buzu jemput kami semua makan Nasi Tomato yang sungguh sedap itu..'mak' Hang memang pandai masak..teruja..tapi kena simpan perut sebab dapat satu lagu invitation dari kawan Blogger/fb/twitter yang lain - Maz Daud..Thanks Buzu!!ada umur kita jumpa lagik..


nak ke rumah Maz Daud kena seberang jambatan sebab Rumah beliau di Permatang Pauh..aku rasa sekarang aku dah kenal banyak jalan di area Penang ni..nak bawak kawan kawan melawat penang kira boleh lepas lah tanpa pakai GPS..Insya Allah..Jambatan pun tak jem macam dulu dah since ada 3 lane..so kawan kawan semua jangan bimbang dan jangan malu segan untuk datang melawat Penang..anda pasti tidak akan menyesal kalau ambik saya sebagai pemandu pelancong anda..di jamin!mantap dan padu:)


Sampai rumah Maz member Chinese dia dah memenuhi rumah..senang nak cari rumah sebab last year dah datang sini ngan Nikli.tapi tu pun nak sesat sampai tingkat atas.nasib maz hulur kepala dan panggil kami.kalau tak konpiden lah kitorang naik tingkat paling atas.tahun lepas makan nasi tomato..Open house kali ni dia buat nasi tomato jugak..nak kena belajar lah buat nasik tomato,senang nak buat Open House lain kali..


Korang jangan tak percaya,semua makanan yang tersedia hidang kat atas ni maz daud masak sorang sorang dia tanpa bantuan sesiapapun..diulangi - semua hidangan di atas maz daud sorang yang masak takder orang lain tolong..memang dia ni terer memasak..dan memang dia suka memasak rasanya..Untunglah sapa dapat bini macam ni nanti..


wanita yang berada dalam gambar di atas merupakan Colleague maz daud.


makan laksa Penang dulu sebagai Permulaan..



ketika aku,azuan dan Kak Leez sibuk makan makan,tetiba muncul lah kelibat Nikli dan Isterinya,Mak Timah  dan Cia serta suaminya bersama sama Dhia Qaisara memeriahkan majlis open House Maz Daud buat kali ini.owhhh rupa rupanya kali ni Nikli Nodin balik sempena cuti hari Malaysia..bini dia pun ada sekali..maka bertambah meriah lah suasana hari terbuka aidilfitri di sebuag apartment nan sendu itu..


Yo bro!nice to meet you lah!!


suami kacak isteri jelita..memang sepadan..moga bahagia ke akhir hayat.


Dhia Qaisara yang malu malu bila aku nak ambik gambar dia..


Tapi bila hulur Duit raya terus dia muncul menampilkan diri..hehehee


Dah bagi duit raya baru boleh geng ngan dengan ankel ajim kan...:)


meriah ramai ramai macam ni..selamat hari raya aidilfitri semua!!


dalam sejam lebih jugak duk makan bersembang..lebih kurang pukul 5 nak dekat pukul 6 masing masing minta diri..aku pun nak bergerak balik skali lah..banyak lagi agenda lain menanti..memang betul betul macam majlis raya lah..suka tengok kemeriahan ramai ramai macam ni..nasib baik Nikli bawak almost semua family dia..Pak Din sibuk kerja kot tu yang tak mai..

 

kepada Maz Daud terima kasih banyak banyak jemput makan makan kali ini..Tahun depan jemput lah kami lagi..tapi buat lah nasik lain pulak yer..tak mau dah nasik tomato.hehehee..apa apa pun semua juadah yan disediakan adalah sedap..Mak Timah pun duk Puji maz kata maz ni pandai betul memasak..lupa nak bagitau Rendang Ayam tu sedap!!thanks for ayam masak lemak cili api juga..siap makan nasik puteh tu..heheee..kalau ada sumur di ladang boleh hamba menumpang mandi..kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi..mekaseeeeyyyy!!!

*balik dari Rumah Maz,sampai rumah just bersiap siap untuk solat maghrib dan Kuliyyah lepas Maghrib..after isyak rancangan diteruskan lagi untuk dinner bersama keluarga Kak Zahrah di Restoran Kapitan Keling,Chulia Street..nantikan entri seterusnya!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails