Dari Penang Hill kami bergerak pula ke Padang Kota..nak santai santai sambil makan Petang..
17 SEPTEMBER 2011
Masih lagi bersedih pasal Henpon masuk air.tapi macam yang aku cakap dalam entri sebelum ni,tu semua hak Allah.bila bila masa sahaja dia nak tarik balik tu semua hak dia.kita hanya meminjam sahaja semua nikmat yang Allah beri pada kita di Dunia ni.Hakikatnya kita tak miliki apa apa pun..kena beri'tikad dengan bersungguh sungguh bahawa segala yang ada di bumi dan di langit adalah kepunyaan Allah..
.
Dah lama jugak aku tak menyinggah di tempat makan Padang Kota..biasa kalau datang pun bila ada tetamu jauh datang..macam minggu sebelumnya dah datang jugak padang Kota ni sebab bawak family makan pasembur dan kerang bakar..so kali ni bawak diorang pulak untuk lepak santai di sini.
seperti biasa bila masuk jer kawasan tempat makan semua peniaga akan berusaha sedaya upaya supaya kita singgah tempat depa..jangan dilayan sangat..duduk jer lah tempat mana yang korang rasa suka dan selesa..then nanti ramailah yang datang mintak kita order nak makan apa..
aku suggest kat diorang untuk makan di Gani Pasembur..sebab antara 3 kedai pasembur yang terdapat di Padang Kota,ni yang paling best..tak pedas sangat dan tak over manis..Just Nice.Tekak aku lah.kalau tekak korang aku tak taw camana..
Kerang Bakar pun ada tapi depa tak mau..
Sotong kangkung wajib juga diorder atas permintaan azuan azmil kamaludin
sotong kangkung yang sedap!not a big fan but the taste is Good..!
pasembur harga RM30.memang mahal.ambik sotong dua keping kena caj sampai taraaaa tu.hampesss.
Mahal ker murah ker lain cerita..bukan selalu datang pun kan..so senyum dan nikmatilah hidangan anda dengan sebaik mungkin.tengok makanan yang menyelerakan ni hilang ingatan kejap pasal BB ku yang masuk air..takpaa lah.hopefully boleh diselamatkan..kalau ada rejeki insya Allah ok lah tu nanti..
air kelapa muda tidak dilupakan yer kawan kawan..
Char Kuey Tiow special.apa yang speselnya?sebab campur kerang dan udangnya bapak besar gabak.sepinggan macam ni RM9.mahal lah sebab saiz udang macam tu..main order jer tadi tak tanya harga..makan jer lah..sedap jugak Char Koteau sebelah Gani Pasembur ni.
khusyuk wanita wanita itu sedang makan..
Setel makan ambik peluang untuk berjalan tepi pesisir pantai..
Dari Padang Kota ni dah dekat pukul 7 pm..kitorang bergegas ke area Bukit Jambul sebab malam tadi masa makan di Restoran Kapitan abang zahrah,Mad Noor ada bagitau kami yang Ustaz Kazim Elyas akan datang ke Bukit Jambul untuk ceramah Perdana.Bukan senang nak bertemu mata ngan Ustaz Kazim..so dari Padang Kota kami terus ke Taman Bukit Jambul untuk solat maghrib seterusnya menghadiri ceramah perdana tersebut.Berjalan berjalan jugak..Urusan dengan Allah tetap kena utamakan baru Allah akan permudahkan urusan kita..Insya Allah.
Nama surau sikit punya cantik..surau Raudhotul ulum..nak cari this surau sampai sesat jugak lah sebab GPS tak berapa nak berfungsi..hahaha..so what to do,just call mad noor dan mintak dia bagi direction untuk ke surau ni.sampai sampai baru sudah azan maghrib.yang jadi a bit kelam kabut sebab lepas azan terus diorang iqamat nak solat..tak sempat aku nak kejar sebab nak mandi dan tukar baju..seharian tak tukaq baju jadi rasa tak selesa..sempat lah masbuk rakaat ketiga..diorang nak cepat solat sebab Ustaz Kazim nak mai sini..
pukul 8 pm Ustaz Kazim Elyas sampai..tajuk yang dia cuba kupas ialah pasal hukum memaki orang..banyak lah perkara yang dia kupas..antaranya pasal 3 golongan yang mula mula masuk neraka nanti iaitu dikalangan ahli ibadah,ahli qiraat dan golongan yang mati syahid..kenapa masuk neraka?kerana dalam diam mereka tidak ikhlas dalam berbakti kepada Allah.kalau nak hurai panjang pulak so aku ringkaskan pointnya kat sini..Ustaz kazim jugak menyeru kita semua untuk menjadi pemula kebaikan..setiap kebaikan yang akan berlaku berkat hasil tunjuk ajar kita Insya Allah akan mendapat ganjaran dari Allah..dan begitu jua lah sebaliknya..
ramai tetamu yang hadir..Alhamdulillah..
Ustaz Kazim ni humble sahaja..teruskan perjuanganmu Ustaz!!
Biasanya aku akan dengar CD pasal Ustaz Kazim dan banyak tengok dia dalam You Tube saja..malam ni berpeluang untuk bergambar bersama sama ustaz kazim elyas al hafiz!!teruja..rasa seronok bila berdamping dengan orang orang berilmu macam beliau..semoga Allah akan merahmati perjalanan dakwah beliau dan semoga beliau dikurniakan kesihatan yang memberansangkan setelah melalui frasa sakit masuk wad dan sebagainya.Jujur aku pun tak tahu apa penyakit sebenar yang dia hadapi..tapi cukup lah dengan melihat kesanggupan dia untuk datang dan memberi sedikit panduan buat kita semua..Alhamdulillah moga diberkati Allah..
*Dari Bukit Jambul kitorang terus ke Batu Feringghi sebab akan bermalam di sana satu malam..dah tempah..hopefully sempat merasa Night market di sana.
Hadis riwayat Abu Musa ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang soleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap
-sumber hadis dalam kitab Sahih Muslim
4 comments:
Sedapnya makanan2 tu. Dah lama tak p Padang Kota. :)
Btw, ceramah Ustaz Kazim memang best. :)
hampir terkene jugak makan pasembor kat padang kota..gerai yg same kalo tak silap..same price.. RM30..tp bile die dengar my FIL speaking utara..dan..dan jadi RM10.. nasib baik..
betul... dunia jalan ke akhirat . Dimana pun kita ...dahulukan amanah Allah ...
Allahu.. rindunya nak pi lepak kat padang kota penang..
dulu, masa kaktiny ambil kelas british council kat penang, sotong kangkung, kerang bakaq adalah MENU WAJIB.. (eh eh.. axim tak order laksa ka?.. hihihi)..
ni yg nak balik penang nih!.. huhuhuhu...
kaktiny pon suka dengar ceramah ustaz kazim.. dari KL ke Penang, layan CD ustaz kazim.. tak ngantuk langsung.. dalam ceramah dia pon ada jenaka.. tapi mmg makan dalam.. dan mmg jelas, terang dan mantop!. Alhamdulillah..
Post a Comment